SDAC-Ford dedah Ford Ranger WildTrak Sport di Jerayawara ‘Norma Baharu’ 8-12 Disember ini

Roadshow ‘norma baharu’ pertama Ford berlangsung dari 8 hingga 12 Disember 2021 di Ground Floor, Luxe Wing, 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya – di mana semua orang boleh menikmati tawaran yang menarik, termasuk percutian domestik menerusi pembelian WildTrak Sport dengan mengunjungi mana-mana pengedar sah Ford, atau di jerayawara itu sendiri sepanjang tempoh lima hari berlangsung

Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition baharu bermula dari RM158,388* dan termasuk jaminan pengeluar lima tahun atau sehingga 160,000 km, yang mana terdahulu. Tambahan pakej tawaran servis percuma 18-bulan akan ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian sebelum 31 Disember 2021

Penambahan yang terkini pada model Special Edition merangkumi rekaan jeriji hadapan baharu, plet ambang pintu beriluminsai, pemegang pintu berwarna hitam, rim aloi hitam bersaiz 18 inci, cermin sisi ebony black dan pemegang pintu tailgate berwarna hitam untuk menunjukkan lebih keberanian

WildTrak didatangkan standard dengan teknologi termaju seperti ciri pertama di dalam kelasnya Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesan kenderaan dan pejalan kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan yang terus menawarkan pengalaman pemanduan yang selamat dan pintar kepada pemandu

Kuala Lumpur, 8 Disember 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini memperlihatkan Ford Ranger WildTrak Sport baharu, di mana ia merupakan varian Edisi Khas dengan penawaran unit yang terhad untuk dijual di seluruh negara.

Ford Ranger Sport Special Edition baharu ini diperkenalkan secara rasmi kepada umum di acara roadshow norma baharu pertama Ford yang bertempat di Tingkat Bawah (Ground Floor), Luxe Wing, 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya dari 8 hingga 12 Disember.

Roadshow ‘norma baharu’ pertama Ford itu akan membolehkan sesiapa sahaja di seluruh negara untuk menjadi sebahagian daripada acara pendedahan Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition baharu, yang akan disiarkan dari 1Utama dan menerusi Facebook Live di laman Facebook Ford Malaysia.

Mengambil satu langkah yang lebih jauh berbanding apa-apa yang biasa diadakan ketika pertunjukan secara langsung, setiap pembeli boleh menikmati tawaran yang sedia ada di roadshow dengan mengunjungi mana-mana pusat pengedar sah Ford di seluruh negara. Pelanggan yang telah menempah sebuah Ford Ranger WildTrak Sport baharu dalam tempoh lima hari roadshow berlangsung akan berpeluang untuk memenangi pakej bercuti di dalam negara, tidak kira sama ada mereka menempahnya di roadshow atau di pusat pengedar sah Ford yang berdekatan.

Pelanggan juga berpeluang untuk menyertai aktiviti roadshow yang akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live dalam beberapa sesi sepanjang hari, di mana mereka juga berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif Ford. Pemenang juga akan dihantar hadiah mereka ke mana-mana alamat terpilih di dalam Malaysia.

Ranger WildTrak Sport Special Edition Interior
(From Left to Right) Mr. Turse Zuhair, Managing Director, Sime Darby Auto ConneXion; Phat Fabes, Radio DJ.

Radio DJ, Phat Fabes akan menjadi pengacara dan para peminat juga berpeluang untuk bersemuka dengannya secara langsung atau dalam talian pada hari pelancaran.

“Ketika negara beralih ke fasa normal, kami melihat pengenalan Ford Ranger Wildtrak Sport Special Edition sebagai tepat pada masanya, untuk menjadi satu tambahan yang paling sesuai kepada portfolio Ranger kami yang amat terkenal, di mana pelanggan menggunakannya untuk bekerja, keluarga atau bermain,” ujar Turse Zuhair, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Penambahbaikan Edisi Khas yang dipertingkatkan

Aspek luar dan dalaman Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition ini menawarkan kadar keselesaan dan penggayaan yang premium dengan perincian istimewa. Ia boleh didapati dalam dua warna – Saber dan Absolute Black. Harga jualan bermula dari RM158,388* dan disokong oleh jaminan pengeluar lima tahun atau 160,000 km (yang mana terdahulu). Tambahan pakej tawaran servis percuma 18-bulan akan ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian sebelum 31 Disember 2021.


Reka bentuk luaran dan aksesori yang disegarkan:

  • Rekaan jeriji hadapan baharu
  • Cermin Sisi Ebony Black
  • Pemeganng Pintu Hitam
  • Pemegang Pintu Belakang Hitam
  • Rim Aloi Hitam Bersaiz 18”
dTrak Sport Special Edition Exterior

Rekaan dalaman yang dipertingkatkan

  • Tempat Duduk Kulit Timbul
  • Plet Ambang Pintu Beriluminasi dengan Logo
  • Roda Stereng dengan Kemasan Jahitan
Ranger WildTrak Sport Special Edition Interior

Teman gaya hidup baharu yang menawarkan keupayaan sepanjang masa

Direka untuk menempuh pengembaraan kehidupan, Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition baru mempunyai keupayaan yang impresif, terima kasih kepada enjin 2.0L Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatic 10-kelajuan untuk menghasilkan 213 PS dan 500 Nm, menawarkan prestasi yang mengkagumkan baik di atas jalan raya mahupun di laluan off-road.


Tambahan kepada keupayaan yang impresif itu, Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition terus mendahului dengan ciri teknologi termaju dan bantuan pemanduan inovatif seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Hadapan, dan Amaran dan Bantuan Keluar Laluan yang berterusan menawarkan pengalaman pemanduan yang selamat dan pintar kepada pemandu.


Cabaran Media Social #FORDeverysecondcount

Orang ramai boleh menyertai cabaran media sosial #FORDeverysecondcount untuk memenangi barangan eksklusif Ford. Phat Fabes bakal memulakan cabaran dari 1Utama apabila beliau mengacarakan pengenalan Ranger WildTrak Sport Special Edition ini.


Cabaran ##FORDeverysecondcount ini menggambarkan perubahan keutamaan kehidupan seseorang semasa negara beralih kepada fasa normal. Cabaran ini bertujuan untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan menghasilkan montaj berdurasi 1 saat yang memaparkan gaya hidup yang mereka mahu jalani bermula sekarang, dan tidak ketinggalan untuk memasukkan tanda pagar ##FORDeverysecondcount dan #fordmalaysia.

Untuk Jalani Kehidupan dengan Ford Ranger dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Ford Ranger WildTrak Sport Special Edition baru, anda boleh menghubungi pakar Ford Ranger menerusi aplikasi WhatsApp atau layari https://www.sdacford.com.my.


Nota kepada Editor:

*Harga atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia

© 2024 BlackButterfly DesignArts