Singapura, 4 Disember 2024 – Saudia, syarikat penerbangan kebangsaan Kerajaan Arab Saudi, berbesar hati mengumumkan penerbangan terus pertama di antara Phuket (HKT) dengan Jeddah (JED) dan Riyadh (RUH), menandakan pencapaian penting dalam mengukuhkan hubungan antara Thailand dan Arab Saudi.
Penerbangan sulung tersebut diraikan dalam majlis pelancaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket, yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan daripada pihak Saudia, Lapangan Terbang Thailand dan Lembaga Pelancongan Thailand (TAT). Acara berkenaan menampilkan wawasan bersama semua pihak dalam meningkatkan kegiatan pelancongan, perdagangan serta kebudayaan antara kedua-dua negara.
“Kami berasa gembira dapat melancarkan laluan baharu ini yang menghubungkan pulau Phuket yang indah dengan kota Jeddah dan Riyadh yang menakjubkan. Pencapaian ini menunjukkan komitment Saudia dalam meluaskan lagi rangkaian global kami serta menyajikan pengalaman perjalanan yang tiada tandingan. Kami mengalu-alukan kehadiran penumpang bagi perkhidmatan terus ini, yang menawarkan laluan mudah ke Kerajaan Arab Saudi dan destinasi seterusnya,” kata En. Musaed Al Musaed, AVP Wilayah Antarabangsa di Saudia.
“Pelancaran penerbangan terus oleh Saudia dari Phuket ke Jeddah dan Riyadh menjadi bukti bahawa semakin ramai pengunjung dari Timur Tengah menjadikan Thailand sebagai destinasi pelancongan. Laluan ini pasti akan menyumbang kepada industri pelancongan Phuket yang berkembang maju, menggalakkan pertukaran budaya dan pembangunan ekonomi yang lebih besar,” tambah Siripakorn Cheawsamoot, Timbalan Gabenor Pemasaran Antarabangsa Eropah, Amerika, Timur Tengah dan Afrika di Lembaga Pelancongan Thailand.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket berbangga dapat bekerjasama dengan Saudia dalam memudahkan pelaksanaan perkhidmatan baharu ini ke Jeddah. Laluan ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Thailand sebagai destinasi pelancongan global yang ulung, malah menunjukkan komitmen kami dalam menyediakan prasarana dan sokongan bertaraf dunia kepada rakan-rakan syarikat penerbangan kami,” ujar En. Monchai Tanode, Pengurus Besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.
Laluan baharu ini yang mula beroperasi pada 2 Disember 2024, bakal menawarkan perjalanan lancar ke rangkaian destinasi Saudia yang luas di Eropah, Afrika serta Timur Tengah dengan kekerapan seperti berikut:
● Phuket ke Jeddah (HKT ke JED): Tiga kali seminggu.
● Phuket ke Riyadh (HKT ke RUH): Tiga kali seminggu.
Semua penerbangan Saudia akan menggunakan pesawat serba canggih, memastikan para penumpang menikmati pengalaman perjalanan bertaraf dunia.
Penambahan laluan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Saudia bagi menyokong Wawasan 2030, iaitu inisiatif hebat Arab Saudi dalam mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta merangsang pelancongan negara.
Untuk jadual dan tempahan penerbangan, sila lawati www.saudia.com.