Jenama Teknologi Mewah Sweden Golden Concept Membuat Kemunculan Sulungnya di Malaysia
Kuala Lumpur, 5 Disember 2024 – Jenama gaya hidup mewah Sweden, Golden Concept yang terkenal dengan aksesori Apple premium, telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi sekaligus memperkenalkan sarung Apple Watch dan iPhone mewah keluarannya, yang sinonim dengan sofistikasi, seni pertukangan, dan kemewahan. Golden Concept melancarkan butik pertamanya di Pavilion Mall Kuala Lumpur, menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki aksesori teknologi mewah yang tiada tandingannya.
Selaras dengan rancangan jenama itu untuk berkembang ke seluruh dunia, keputusan Golden Concept membuka butik di Malaysia bakal mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau ini, yang mempunyai permintaan tinggi terhadap barangan mewah. Dengan peningkatan pasaran pengguna mewah yang menghargai kehebatan kualiti dan keunikan jenama itu, Malaysia menjadi lokasi strategik untuk Golden Concept melebarkan sayapnya di Asia Tenggara.
Butik Golden Concept di Pavilion Mall Kuala Lumpur mempamerkan koleksi eksklusif sarung Apple Watch yang serba mewah, dengan harga antara RM5,200 dan RM130,000. Setiap sarung dan aksesori dihasilkan dengan teliti, menggabungkan kehalusan seni reka dan gaya abadi, menawarkan pelbagai reka bentuk bagi memenuhi setiap cita rasa dan pilihan.
Selain itu, Golden Concept turut mendefinisikan semula perlindungan untuk iPhone dengan sarung paling mewah di dunia, diperbuat daripada titanium tahan lasak dan boleh didapati dalam kemasan bersadur emas yang menawan. Diperkemas dengan kulit premium atau gentian karbon, sarung ini memberikan keseimbangan yang sempurna antara sofistikasi dan fungsi, menjadikan peranti anda tampak lebih anggun dan bergaya.
Selain pelancaran butik flagship jenama itu, Malaysia turut menjadi negara pertama yang memperkenalkan kerjasama eksklusif Golden Concept dengan Mansory. Koleksi edisi terhad yang terdiri daripada hanya 200 unit ini boleh didapati dalam dua warna menarik, Noir et Menthe dan Noir et Blanc, berharga RM13,000 setiap satu. Karya Mansory yang amat dinanti-nantikan ini mencerminkan pendekatan inovatif jenama itu dalam menggabungkan secara sempurna kemewahan dengan reka bentuk canggih.
Golden Concept tidak hanya sekadar menawarkan aksesori mewah sahaja; ia sebaliknya turut menyediakan pengalaman yang diperibadikan dan dipertingkatkan yang mentakrifkan semula teknologi dan fesyen. Bagi menyerlahkan lagi keunikan si pemakai, Golden Concept menawarkan pilihan sarung bertatahkan permata sebenar, menjadikan teknologi biasa sebagai lambang kemewahan terunggul. Selain itu, Golden Concept turut bekerjasama dengan bintang bola sepak antarabangsa seperti Vinicius Jr. dan Neymar, serta ikon global seperti Khloe Kardashian dan Kylie Jenner, yang mana kerjasama eksklusif ini meningkatkan lagi keterlihatan dan tarikan jenama itu dalam kalangan pengguna berada, menjadikan produknya sebagai simbol status tertinggi bagi mereka yang menghargai aksesori teknologi mewah.
“Selepas pelancaran di Malaysia, kami merancang untuk terus mendefinisikan semula standard aksesori teknologi mewah dalam pasaran ini. Tumpuan kami yang seterusnya adalah untuk mengukuhkan lagi keberadaan pasaran kami menerusi kerjasama strategik yang meletakkan Golden Concept sebagai nama terkemuka dalam sektor aksesori mewah Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Golden Concept, Puia Shamsossadati.
“Asia, terutamanya Malaysia dengan ibu kotanya Kuala Lumpur yang meriah, sentiasa menjadi sumber inspirasi bagi saya. Reka bentuk dan seni bina di sini sememangnya luar biasa. Produk kami memberikan kesan yang mendalam di Asia, dan kami berbangga kerana dapat membuka butik kami di sini. Kami turut menumpukan kepada saluran runcit dan dalam talian kami bagi memastikan pengalaman yang serba lancar dan mesra pengguna, membolehkan pengguna yang arif di seluruh negara mengakses produk kami dengan mudah.”
Menjelang 2025, Golden Concept merancang untuk mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau ini, menembusi pasaran lain di Asia Tenggara dengan tumpuan kepada pertumbuhan serantau. Jenama itu juga bercadang untuk memperluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan lebih banyak pilihan pemperibadian dan perkhidmatan yang disesuaikan, bagi memberikan pengalaman mewah yang benar-benar unik kepada pelanggannya.
Golden Concept memainkan peranan aktif dalam inisiatif peduli alam sekitar dengan menerapkan amalan mampan ke seluruh operasi dan barisan produknya, selaras dengan komitmennya terhadap kemewahan beretika. Jenama ini komited untuk terus membangun dan berkembang demi memenuhi keperluan pelanggan dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi mewah.
Sempena pembukaan butik Golden Concept di Malaysia, satu promosi istimewa yang menawarkan diskaun 20% untuk sarung jam tangan akan diadakan sehingga 15 Disember. Ini merupakan masa paling sesuai untuk mendapatkan hadiah mewah yang sempurna buat insan tersayang. Selain itu, setiap pembelian di sepanjang tempoh tersebut turut disertakan dengan hadiah percuma, menjadikan pengalaman membeli-belah pelanggan lebih bernilai dan bermakna.