Sanren Journey, Jenama Sabun Pencuci Pakaian Buatan Tempatan Yang Berevolusi Menuju Ke Isetan Klcc Tahun Ini

Produk yang direka cipta dengan teliti oleh Sanren Journey memudah dan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian lalu memberi ruang untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Kuala Lumpur, 18 November 2021 — Sanren Journey; sebuah jenama sabun pencuci pakaian buatan tempatan yang memberi definisi baharu kepada kerja rumah harian, mengumumkan kerjasama dengan Isetan KLCC dan bakal dilancarkan pada 19 Nov 2021. Turut dilancar pada masa yang sama ialah set hadiah edisi terhad Hari Natal. Dengan matlamat mengubah semula proses membuat kerja rumah harian, jenama tersebut bukan sahaja menawarkan produk premium kepada para pengguna malah menambah baik dan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian.

Ditubuhkan pada tahun 2020, idea menghasilkan Sanren Journey bermula ketika kedua-dua pengasas jenama tersebut bekerja di luar negara dan bergelut untuk mengimbangi kerja rumah harian dengan gaya hidup pantas mereka.

“Bekerja sepenuh masa membuat kehidupan kami sangat sibuk. Setiap kali kami pulang, ada saja timbunan pakaian kotor yang memanggil nama kami, menunggu untuk dicuci. Leceh dan membebankan. Ketika itulah kami sedar yang kami perlu memikirkan suatu cara untuk memudahkan proses mencuci pakaian di mana proses tersebut juga mampu menambah baik dan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian. Berkat ilmu asas dalam industri membuat  bahan cucian dan setelah bertungkus lumus bereksperimen, kami berjaya menghasilkan Sanren Journey – kaedah terbaik yang memberi makna baru kepada proses pencucian pakaian. Dengan menggunakan produk Sanren Journey, tercetus suatu unsur keseronokan, cara mencuci yang lebih efisien dan menjimatkan masa, lantas memberi ruang untuk anda meluangkan lebih masa untuk membina saat-saat indah dalam hidup,” kata Herne Gan dan Victoria Ng, pengasas bersama Sanren Journey.

Dicipta dan diselidiki dengan teliti khusus untuk mempercepatkan proses pencucian, Sanren Journey membuka tirai dengan produk terulung mereka, Classic Laundry Stones — kantung fabrik inovatif yang mengandungi serbuk pencuci ultra pekat untuk mencuci dengan sempurna tanpa perlu mengasingkan fabrik putih daripada fabrik berwarna. Sejak itu, jenama tersebut telah berjaya mengembangkan rangkaian produknya termasuklah penyerap warna, pemadam noda fabrik, sanitiser fabrik, untuk cucian tangan dan fabrik lembut, penjagaan kain dapur dan tuala serta perapi fabrik (Lihat Lampiran 1). Produk-produk jenama ini dibuat dalam kelompok kecil dan telah direka untuk membolehkan pengguna mempercepatkan proses pembersihan, mengekalkan kualiti pakaian, serta memastikan cucian bersih dan bebas kuman.

Sanren Journey juga percaya bahawa walaupun proses mencuci pakaian kadang kala agak rumit dan melecehkan namun ia patut turut menyuntik keriangan. Dengan itu, pengasas Sanren Journey telah bekerjasama dengan pereka wangian untuk mencipta aroma yang benar-benar unik untuk semua produk mereka. Mereka yakin bahawa seraya mengaitkan bau-bauan dengan kerja rumah seharian mampu mengubah persepsi kehidupan secara positif.

Bersama-sama dengan produk sulungnya, Sanren Journey juga akan melancarkan set hadiah edisi terhad Hari Natal di Isetan KLCC pada bulan November. Pelanggan yang membeli daripada paparan Hari Natal Sanren Journey di Isetan dari 19 Nov hingga 1 Dis 2021 juga akan  berpeluang untuk memutar roda untuk memenangi produk eksklusif. 

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, lawati Sanren Journey di Facebook, Instagram atau  laman web.

© 2023 BlackButterfly DesignArts