Samsung Pamer Rumah Bespoke AI Dengan Kerjasama Gamuda Land

Menawarkan penyelesaian kediaman pintar dan lestari untuk memudahkan kehidupan harian dan mengoptimumkan penggunaan tenaga

Samsung Pamer Rumah Bespoke AI Dengan Kerjasama Gamuda Land

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024 – Samsung Malaysia Electronics (“Samsung”) hari ini mengumumkan ketersediaan unit pameran Rumah BESPOKE AI Samsung yang pertama di The Camellia. The Camellia merupakan fasa  berkembar pertama di presint mewah Gamuda Cove, Wetlands Estates yang mempunyai Arboretum Wetlands seluas 90 ekar sebagai latar belakangnya. Pameran ini merupakan hasil daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dengan Gamuda Land, pemaju bandar, untuk mewujudkan rumah bersepadu AI komprehensif yang pertama di negara ini, yang bertujuan memajukan kehidupan dan gaya hidup rumah pintar untuk pemilik hartanah Gamuda Land. Majlis pelancaran ini mempamerkan perspektif semasa dan masa depan Samsung tentang bagaimana peralatan rumah bersepadu AI dapat mengubah dan menerajui masa depan pengalaman hidup moden untuk semua rakyat Malaysia.

“Samsung BESPOKE AI Home di The Camellia, Gamuda Cove mencerminkan visi kami untuk masa depan peralatan rumah, membuka peluang baharu melalui inovasi dalam kecekapan, ketersambungan dan personalisasi. Bersama-sama Gamuda Land, kami menawarkan gambaran sekilas tentang masa depan rumah pintar hiper-sambung kepada pemilik rumah. Pengalaman rumah pintar yang lengkap ini menunjukkan bagaimana peralatan bersepadu AI Samsung, melalui kuasa SmartThings, membolehkan peranti berfungsi secara harmoni, membolehkan pengguna menguruskan rumah mereka dengan mudah dan menikmati lebih banyak kemudahan dengan usaha yang minimum,” kata Denny Kim, Presiden Samsung Malaysia.

“Dengan persediaan lengkap rumah AI BESPOKE kami di Camelia Residences, kami akhirnya dapat mempamerkan ciri-ciri AI terkemuka kami dalam persekitaran rumah sebenar, melebihi penempatan produk di rangkaian kedai runcit dan acara. Bersama-sama dengan Gamuda Land, kami berhasrat untuk mewujudkan inovasi dan teknologi canggih melalui penyelesaian peralatan rumah bersepadu AI untuk memenuhi pilihan individu dan keperluan gaya hidup dinamik pemilik rumah baharu Gamuda. Samsung kekal teguh untuk menawarkan keselesaan tanpa tandingan, produk yang cekap tenaga, dan penyelesaian lestari, serta menerajui teknologi AI pada masa akan datang,” kata Denny Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Chu Wai Lune, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land berkata, “Kami berbangga menjadi pemaju hartanah pertama yang bekerjasama dengan Samsung untuk mempamerkan Rumah AI BESPOKE mereka di perbandaran kami yang sedia dan dikuasakan 5G, Gamuda Cove. Integrasi inovatif teknologi AI dalam kediaman kami adalah selari dengan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian hidup yang pintar, lestari dan berkualiti tinggi untuk penduduk kami. Dengan membawa automasi rumah yang canggih dan peralatan cekap tenaga kepada komuniti kami, kami bukan sahaja meningkatkan pengalaman hidup harian tetapi juga menyokong masa depan yang lebih lestari.

“Perkongsian ini menyerlahkan dedikasi kami untuk mewujudkan persekitaran yang memenuhi gaya hidup dinamik pemilik rumah kami, menjadikan kehidupan moden lebih mudah dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu, sambutan pasaran yang kukuh terhadap The Camellia, dengan hampir 90% daripada Fasa 1 terjual sepenuhnya, menunjukkan kejayaan produk kediaman kami dan permintaan yang tinggi untuk kehidupan berkualiti di Gamuda Cove.”

Barisan Rumah AI Bespoke menampilkan rangkaian peralatan rumah berasaskan AI yang telah dipasang di seluruh unit pameran dan kini tersedia untuk dialami sendiri oleh para pengunjung.

Meningkatkan Pengalaman Visual dan Audio di Ruang Tamu

Sebaik memasuki rumah cohtoh, pengunjung boleh mengaktifkan Bixby terlebih dahulu, pembantu suara AI intuitif yang disepadukan ke dalam SmartThings Samsung, sekali gus menyediakan Kawalan Rumah Pintar yang bebas tangan dan mudah, melalui arahan suara. Pengunjung kemudiannya akan menemukan skrin gaya hidup paling laris Samsung, The Frame, yang hadir dengan pilihan bingkai yang boleh disesuaikan untuk memenuhi pilihan individu. The Frame berfungsi sebagai bingkai gambar yang canggih dengan ArtMode untuk pengoptimuman tenaga melalui penyesuaian kadar penyegaran berbeza dan paparan matte yang mengurangkan pantulan, sekali gus meningkatkan pengalaman menonton keseluruhan dan mencipta detik-detik yang menggamit kenangan bersama rakan dan keluarga.

Di bawah skrin terletak Soundbar Gaya Hidup ultra-nipis bersama Sub Woofer –  tambahan hebat untuk peminat audio dan filem yang ingin meningkatkan pengalaman sinematik mereka di ruang tamu. Disokong oleh sambungan tanpa wayar dan Dolby Atmos yang unggul, Soundbar ini diselaraskan dengan TV untuk mengaktifkan Q-Symphony, teknologi canggih yang mengharmonikan bunyi daripada kedua-dua peranti. Selain itu, pemilik rumah boleh menikmati bunyi yang jelas dan memukau dengan True 3.1.2 Sound yang menampilkan dua saluran lantunan bunyi.

Meningkatkan elemen audio dan visual di ruang tamu ialah Music Frame, yang diilhamkan oleh The Frame,sebagai produk yang sangat boleh disesuaikan. Pembesar suara dalam bingkai gambar ini berpadu dengan estetik mana-mana ruang, sekali gus menawarkan keharmonian yang sempurna antara bunyi dan visual. Music Frame boleh dipaparkan dengan mudah di rak atau dipasang di dinding bergantung pada pilihan individu. Untuk meningkatkan pengalaman audio, pemilik rumah boleh menghubungkan Music Frame ke TV, yang juga serasi dengan Dolby Atmos.

Tetapan Pengurusan Kerja Rumah AI yang Mudah

Bagi pencinta kulinari, peti sejuk Side By Side Family Hub ialah tambahan yang menyerlah di dapur. Ia merangkumi Family Hub yang komprehensif, antara muka versatil yang membolehkan pengguna berkongsi visual yang menarik, mesej dan jadual yang diperibadikan terus pada skrin. Kamera dalaman View Inside yang inovatif menawarkan pandangan masa nyata terhadap kandungan peti sejuk, sekali gus memudahkan pengurusan barangan masakan tanpa membuka pintu. Dengan All Around Cooling untuk mengekalkan suhu yang sekata dalam setiap ruang, model canggih ini juga dilengkapi Teknologi SpaceMaxTM yang menggunakan dinding yang lebih nipis untuk mewujudkan lebih banyak ruang untuk penyimpanan makanan.

Tahap keselesaan di dalam rumah berkait rapat dengan kebersihan. Dengan BESPOKE Jet Bot Combo Steam, pembersih vakum robot revolusioner yang dilengkapi AI Floor Detect, mengekalkan kebersihan ruang tamu dengan mudah. Vakum ini mempunyai daya sedutan yang kuat dan sistem pembersihan kendiri bersuhu tinggi yang menggunakan wap dan air untuk menghilangkan kotoran daripada mop selepas pembersihan. Reka bentuk premium ini memastikannya sesuai dengan perabot sedia ada, menjadikannya lebih daripada sekadar vakum biasa.

BESPOKE AI Laundry Combo™, dilengkapi fungsi inovatif seperti AI EcobubbleTM untuk menghasilkan buih dengan cekap dan AI Wash untuk menyediakan cucian yang disesuaikan bergantung pada berat setiap cucian, direka bentuk untuk memberikan pengalaman cucian yang unggul. Mesin basuh ini sesuai dipadankan dengan teknologi pengering pam haba yang menggabungkan AI Dry, teknologi pelbagai deria untuk pengeringan yang optimum. Kedua-dua peralatan ini disempurnakan dengan teknologi berkelajuan tinggi untuk mempercepat proses mencuci dan mengering, menjadikannya ideal untuk isi rumah yang sibuk yang mencari kecekapan tanpa menjejaskan prestasi.

Penjimatan Tenaga untuk Ruang yang Nyaman

Untuk mengekalkan suhu dalaman yang selesa dan konsisten, ruang tamu dan ruang makan dilengkapi Penyaman Udara Inverter 1-Way Cassette WindFreeTM, manakala ruang lain menampilkan Penyaman Udara Premium Plus WindFreeTM untuk mengekalkan tahap penyejukan yang optimum dengan berkesan. Dibina dengan teknologi WindFreeTM, penyaman udara ini menghapuskan ketidakselesaan angin terus, menyediakan penjimatan tenaga yang cekap dan menyejukkan ruang besar dengan cepat. Model Premium Plus juga dilengkapi Penyejukan Auto AI dan Penapis Tri-Care dengan tiga lapisan: Penapis Ketumpatan Tinggi yang berkesan mengekstrak zarah habuk besar dari udara, dan Penapis Salutan Zeolite yang memerangkap habuk halus dan mengurangkan virus, bakteria, dan alergen tertentu.

Kesalinghubungan SmartThings untuk Rumah Pintar

Paling penting, Rumah  BESPOKE AI di The Camellia disepadukan secara lancar dengan SmartThings, platform Hab IoT terbina dalam yang canggih, yang memastikan semua peralatan rumah berfungsi bersama secara harmoni. Pemilik rumah boleh memantau, mengawal dan menjejak penggunaan tenaga peranti dengan mudah secara masa nyata melalui SmartThings. Ciri ini memudahkan pengurusan dan pengoptimuman tenaga, meningkatkan keselesaan sambil menyokong usaha kelestarian. Dengan memberikan cerapan tentang penggunaan tenaga, SmartThings membantu pengguna mengurangkan jejak karbon mereka dan membuat pilihan yang lebih mesra alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka, sambil menikmati keselesaan ruang hidup yang pintar dan bersambung.

Lengkapkan Rumah Pintar Anda dengan Peralatan Pintar

Rumah  Bespoke AI berfungsi sebagai destinasi utama bagi mereka yang ingin menerokai masa depan kehidupan pintar. Unit pameran di The Camellia kini dibuka kepada orang ramai, dan pembeli rumah baharu boleh menikmati pengalaman secara langsung produk terkemuka Samsung di hartanah tersebut. Barisan Rumah  Bespoke AI ditawarkan dalam tiga pakej eksklusif – Pakej Essentials bermula dari RM30,599, Pakej Platinum bermula dari RM47,199, dan Pakej Diamond bermula dari RM75,999.

Untuk mengetahui selanjutnya tentang Rumah AI BESPOKE Samsung, termasuk rangkaian produk, diskaun pakej dan pengalaman, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/bespoke-ai-home-package.

Untuk mengetahui selanjutnya tentang Rumah  Berkembar The Camellia, sila layari: https://gamudacove.com.my/wetlandsestates/camellia/

© 2024 BlackButterfly DesignArts