Selebriti antarabangsa dan tempatan berkumpul bagi meraikan penyelesaian untuk anti-bintik hitam yang datang dengan kelebihan tambahan untuk kulit kelihatan muda remaja dan berseri
Kuala Lumpur, 14 November 2023 – Bersempena dengan Bulan Kesihatan Kulit Kebangsaan, NIVEA menganjurkan malam sambutan bersama selebriti tempatan dan peminat kecantikan yang merupakan pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630. NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia telah mendapat kepercayaan dan keyakinan ratusan rakyat Malaysia yang telah menguji dan yakin dengan rangkaian anti-bintik hitamnya, NIVEA LUMINOUS630 sebagai penyelesaian utama bagi bintik hitam dan pelbagai masalah kulit menggunakan inovasi terobosan LUMINOUS630 yang terbukti berkesan mengurangkan semua jenis bintik hitam dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit. Ia merupakan sambutan malam yang penting, kerana NIVEA menghargai penggunanya dengan meraikan usaha mereka ke arah kehidupan sihat, muda dan berseri sepanjang hayat.
Dalam ucapanya, Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, melahirkan rasa berterima kasih kepada semua pengguna NIVEA LUMINOUS630 di Malaysia, “LUMINOUS630 merupakan satu pencapaian penting bagi NIVEA di Malaysia! Diiktiraf dan disahkan #TrustMeItWorks daripada pengguna Malaysia, meyakinkan lagi apa yang kami percayai – keberkesanan kejayaan inovasi terobosan kami dalam memerangi bintik hitam yang terdapat dalam rangkaian NIVEA LUMINOUS630!”
Membina legasi LUMINOUS630, NIVEA menambah lagi dua jenis serum terbaharu didalam rangkaian revolusi LUMINOUS630 – NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer dan NIVEA LUMINOUS630 Post-Acne Marks Gel-Like Serum. Dua penyelesaian anti-bintik hitam terbaru ini adalah berikutan kejayaan revolusi NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum yang dilancarkan pada tahun 2020.
Dalam sesi perkongsian pakar, Dr Shazril Shaharuddin menerangkan kebaikan yang terdapat pada serum terbaru. Bahan terobosan LUMINOUS630 telah dipatenkan dan disahkan oleh Institut Dermatologi. Ketiga-tiga serum LUMINOUS630 dalam rangkaian yang dipertingkatkan telah dibangunkan untuk memberi manfaat 2-dalam-1 bagi menangani semua jenis bintik hitam dan pelbagai masalah kulit.
Antara mereka yang hadir pada majlis itu adalah artis Hong Kong – Natalie Tong dan juga pempengaruh kecantikan seperti Yana Samsudin, Emma Maembong, Elizad Sharifuddin, As’ad Motawh, Sazzy Falak, Syatilla Melvin, Christinna Kuan (Ms. Kuan), dan Mayho, yang merupakan pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630.
Sebagai pengguna yang pernah menggunakan NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum sebelum ini dan kini telah mencuba NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer, pelakon Yana Samsudin berkata, “NIVEA LUMINOUS630 merupakan rutin penjagaan kulit yang penting bagi saya setelah menggunakannya selama satu tahun. Ia banyak membantu mengurangkan masalah bintik hitam saya. Baru-baru ini, saya diberi peluang untuk mencuba LUMINOUS630 Anti-Age & Spot 2-in-1 Serum Infused Moisturizer ia bukan sahaja memberikan kulit wajah saya bersih tetapi mengurangkan kedutan. Saya baru sahaja menggunakannya selama 2 minggu dan dapat melihat perubahan yang ketara pada kulit wajah saya. Ianya berkesan terutamanya pada kedutan disekitar garisan senyuman saya yang semakin berkurang.”
Personaliti media sosial, Ms. Kuan adalah pengguna NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum terbaru. Berkongsi pengalaman beliau, Ms Kuan berkata, “Kerana faktor kerja, kulit saya sentiasa terdedah kepada cahaya matahari dan UV. Jadi saya mula mencari penyelesaian untuk mencegah dan mengurangkan bintik hitam sambil memperbaiki kulit saya. Jadi apabila saya mengetahui tentang NIVEA LUMINOUS630 Advanced Spot Serum, saya sangat kagum dengan bahan yang digunakan dalam Serum Anti-Bintik Hitam No. 1 Dunia ini yang dikuasakan oleh LUMINOUS630. Ianya terbukti 10x lebih berkesan dalam mengurangkan bintik-bintik hitam berbanding bahan aktif pencerah terkenal yang lain di pasaran yang boleh menghilangkan bintik hitam dalam masa 2 minggu. Saya telah mencuba formula yang dipertingkatkan ini hampir sebulan, dan saya gembira kerana ia memberikan kesan kulit yang bersih dan muda remaja dari luar dan dalam. Jurusolek saya juga memuji kulit saya yang berseri walaupun dengan solekan yang minima”
Sementara itu, NIVEA LUMINOUS630 Post-Acne Marks Gel-Like Serum memberi penyelesaian penjagaan kulit yang diperkayakan dengan LUMINOUS630, asid Salicylic dan extrak teh hijau yang berkesan mengurang parut jerawat dan mengawal pengeluaran minyak pada kulit dalam masa 2 minggu.
Rangkaian NIVEA LUMINOUS630 boleh didapati di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA Official, dengan harga runcit antara RM105 hingga RM165. Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terbaru, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.