Sambut Hari Gawai dengan Hidangan Ikonik dari Sarawak

Pada bulan Jun setiap tahun, negeri Sarawak menjadi lebih ceria apabila masyarakat Dayak meraikan Hari Gawai, sebuah perayaan yang meriah sebagai tanda terima kasih atas hasil tanaman yang banyak. Seiring dengan peredaran masa, Hari Gawai telah menjadi perayaan budaya yang lebih besar untuk adat istiadat dan tradisi Dayak, bagi memperingati hubungan masyarakat tersebut yang mendalam dengan tanah.

Perayaan ini bukan sahaja merupakan satu perayaan meriah yang amat bermakna bagi masyarakat Dayak, tetapi juga memperlihatkan warisan budaya yang kaya di Sarawak. Sebahagian besar daripada budaya dan warisan Sarawak adalah makanan. Oleh itu, kami telah bertemu dengan Adeline Tang, seorang warga Sarawak yang terlibat dalam industri makanan untuk mengetahui lebih lanjut tentang hidangan Sarawak.

Seperti ramai warga Sarawak lain, Tang tinggal di Lembah Klang untuk bekerja. Sempena Hari Gawai, beliau berkata, “Setiap bulan Jun dipenuhi dengan nostalgia dan rindu yang mendalam kepada kampung halaman. Saya percaya ramai warga Sarawak yang menetap di luar negeri Sarawak juga turut merasakannya. Namun tentu saja sebagai rakyat Malaysia, apa yang paling saya rindukan adalah hidangan asli Sarawak.”

Bagi Tang, terdapat empat hidangan khas Sarawak yang terbaik mewakili negeri tersebut. Salah satu hidangan yang istimewa dalam perayaan Gawai adalah Pansoh Ayam atau turut dikenali sebagai Manok Pansoh, sejenis hidangan lazat tradisional Sarawak yang dimasak di dalam buluh. Untuk menyediakannya, ayam akan dimasak di dalam buluh yang baru dipotong bersama bahan-bahan seperti bawang, halia, serai, bawang putih, bunga kantan yang dibakar, dan lengkuas. Buluh tersebut dipanggang di atas api terbuka, memberikan rasa yang unik kepada ayam.

Pansoh Cage-free Ayam
Pansoh Ayam

Memandangkan persiapan Pansoh Ayam memerlukan masa yang agak lama, kepakaran, persediaan, dan ruang yang sesuai untuk membina bara api, sukar untuk kebanyakan orang yang tinggal di kawasan bandar seperti Lembah Klang untuk menyediakan Pansoh Ayam dengan betul.

Satu lagi hidangan yang unik bagi negeri ini ialah Laksa Sarawak dengan asal usul yang bermula dari abad ke-20. Penciptaan mi sup ini masih misteri – ia dipercayai telah dicipta oleh imigran Cina di Sarawak dan dipopularkan oleh keluarga Tan pada tahun 1960-an dan 1970-an dengan penghasilan pes laksa jenama Swallow.

Laksa Sarawak dengan Udang Tangkapan Liar
Laksa Sarawak dengan Udang Tangkapan Liar

Laksa ini terkenal dengan rasanya yang kompleks dan berbeza daripada hidangan laksa lain seperti kari laksa dan asam laksa dengan penggunaan sambal belacan, sejenis pes cili kisar yang dihasilkan daripada belacan, memberi hidangan ini rasa yang tersendiri. Bergantung kepada siapa yang ditanya, pes laksa Sarawak yang paling asli sebenarnya berwarna jingga terang dan mengandungi antara 20 hingga 36 (atau lebih!) bahan termasuk bawang putih, bawang merah, cili, buah keras, dan udang kering.

Dengan ayam rebus carik, udang, taugeh, dan hirisan telur dadar, ciri khusus laksa Sarawak adalah supnya yang pekat dan berkrim. Seperti semua laksa, pes laksa adalah komponen yang paling penting untuk mendapatkan rasa yang tepat. Walau bagaimanapun, seperti yang dijelaskan oleh Tang, pes laksa Sarawak yang asli agak sukar untuk didapati. “Pes laksa Sarawak memerlukan banyak bahan, jadi ia mungkin lebih sukar dari yang anda jangkakan untuk mendapatkan rasa yang tepat jika anda membuatnya sendiri. Adakalanya pes laksa Sarawak boleh didapati di sini, tetapi ia tidak semestinya akan memberi rasa asli yang diingini,” katanya.

Ka Chan Ma (Sup Ayam Herba Motherwort)
Ka Chan Ma (Sup Ayam Herba Motherwort)

Ka Chan Ma (Sup Ayam Herba Motherwort) juga merupakan hidangan yang unik dari negeri Sarawak. Hidangan sup ayam ini menggunakan herba motherwort, yang tumbuh secara asli di negeri tersebut dan telah digunakan dalam pelbagai budaya kerana manfaat perubatannya. Jelas Tang, “Seseorang itu perlu membiasakan diri dengan rasa Ka Chan Ma kerana herba motherwort agak pahit. Saya juga begitu, setelah beberapa lama, saya mula menyukai hidangan ini kerana rasanya yang kompleks, pahit namun ada aroma bunga, dan banyak manfaat kesihatannya.”

Herba ini dipercayai dapat membantu mengawal mood dan mengurangkan rasa cemas. Oleh kerana hidangan ini menggunakan herba motherwort, halia, wain, dan rempah-rempah lain, ia juga dipercayai dapat melegakan masalah kembung perut dan mempertingkatkan peredaran darah. Atas sebab itu, sup ayam yang menyihatkan ini sering dihidangkan sebagai makanan selepas bersalin dan popular di kalangan orang ramai kerana rasanya yang unik dan merupakan hidangan yang sangat berkhasiat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Tang juga mengimbau kembali Ding Pian Ho (鼎边糊), sejenis hidangan Sarawak yang unik. Hidangan dari masyarakat Foochow ini secara kasar diterjemahkan sebagai “pes pinggir kuali”, yang merujuk kepada cara mi ini dibuat. Campuran tepung dicurahkan di sekeliling pinggir kuali yang berisi sup. Apabila mi telah masak, ia digesel kembali ke dalam kuali sementara sebahagian campuran tepung tersebut telah masak di dalam sup. Hasilnya adalah gabungan antara mi leper dan bubur.

Bagi ramai warga Sarawak yang sejak kecil melihat penjual makanan menggesel mi di dalam kuali untuk menyediakan semangkuk hidangan Ding Pian Ho, mungkin ia satu perkara biasa. Tang berkongsi bahawa beliau masih ingat betapa kagumnya melihat penjual makanan memasak mi tersebut – tanpa ragu, ia sememangnya salah satu cara yang paling menarik untuk membuat mi leper.

Cuttlefish KangKong
Cuttlefish KangKong

Pada Hari Gawai tahun ini, Tang turut berkongsi rasa rindu kepada masakan rumah bersama warga Sarawak yang lain. Dalam perniagaan makanannya, Freshable, Tang beroleh ilham dari asal usul dan kerinduannya terhadap hidangan asli Sarawak, dan menampilkan hidangan kampung halamannya dalam menu istimewa bulanan pada bulan Jun ini.

“Saya percaya Hari Gawai adalah waktu yang terbaik untuk memberi tumpuan kepada masakan Sarawak. Banyak yang boleh dikatakan mengenai keunikan hidangan kami, tetapi saya lebih suka meletakkan semangkuk laksa Sarawak di hadapan seseorang dan membiarkan beliau merasainya sendiri,” tambahnya.

Bagi warga Sarawak yang merindui kampung halaman pada bulan Jun ini seperti Tang, “Ada sesuatu yang amat menenangkan apabila menikmati hidangan panas dari rumah. Saya berharap dapat berkongsi dengan warga Sarawak lain rasa hidangan asli seperti dari kampung halaman ketika berada di perantauan.”

Tang adalah salah seorang pengasas Freshable, sebuah perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak inovatif yang menghantar kit makanan sedia masak dengan hidangan terpilih terus ke pintu rumah anda. Idea di sebalik ini adalah para pelanggan dapat memilih hidangan pilihan mereka, dan Freshable menghantar kit makanan sedia masak yang terdiri daripada bahan-bahan yang telah dipotong dan diukur terlebih dahulu untuk resepi tersebut kepada anda.

Menu Sarawak bulan ini menampilkan bahan-bahan tempatan dari Sarawak dan resepi yang disesuaikan untuk dimasak di rumah. Beliau menambah bahawa matlamatnya adalah untuk membawakan hidangan terbaik Sarawak ke rumah-rumah di Lembah Klang.

“Saya memulakan perniagaan ini dengan berpandukan minat terhadap makanan. Hidangan Sarawak yang saya nikmati sejak kecil membentuk sebahagian besar minat tersebut. Dengan memberi penghormatan kepada asal usul saya melalui penawaran pelbagai hidangan kegemaran saya dalam menu istimewa bulan ini, ia membawa saya kembali ke saat di mana semuanya bermula,” katanya.

Sama ada anda baru mengenali hidangan Sarawak, atau merindui kampung halaman dan masakan rumah, dapatkan pelbagai hidangan asli Sarawak sekarang di laman web Freshable di https://freshable.co/ dan ikuti perkembangannya di media sosial di Instagram dan Facebook.

© 2023 BlackButterfly DesignArts