
Rohto Eye dengan kempen “Sending Love & Care: The Joy of Seeing,” telah menaja cermin mata preskripsi kepada lebih 11,000 pelajar sejak 2022
KUALA LUMPUR, 6 Jun 2025 – Bagi ribuan pelajar sekolah, penglihatan yang jelas bukan sekadar manfaat kesihatan — ia adalah pintu kepada keyakinan diri, pembelajaran yang lebih baik, dan masa depan yang cerah. Kempen tahunan Rohto Eye Care, “Sending Love & Care: The Joy of Seeing”, telah memberi impak bermakna di bilik darjah dengan penajaan cermin mata preskripsi kepada lebih 11,000 pelajar B40 sepanjang empat tahun pelaksanaannya.
Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, menegaskan keperluan yang semakin meningkat terhadap kesedaran kesihatan mata, dan menekankan bahawa semua kanak-kanak, tidak kira latar belakang mereka, berhak mendapat akses yang sama kepada penjagaan mata.
“Dengan peningkatan kadar miopia — yang berkemungkinan berpunca daripada penggunaan skrin secara berlebihan, kekurangan aktiviti luar dan faktor gaya hidup lain — adalah penting untuk mendidik pelajar mengenai penjagaan mata yang betul. Berdasarkan kejayaan besar kempen kami pada tahun lalu, kami kekal komited untuk membantu pelajar kurang berkemampuan dengan pengetahuan dan sumber yang diperlukan demi penglihatan yang lebih sihat. Kami juga amat menghargai sokongan padu daripada rakan-rakan strategik kami — Watsons, Focus Point dan Yayasan PINTAR — yang telah bersama kami sejak awal pelaksanaan kempen ini,” tambah Lim.
Para pendidik dari beberapa sekolah penerima turut melaporkan bahawa pelajar yang sebelum ini menghadapi kesukaran melihat papan pembelajaran kini berjaya menyiapkan kerja rumah tepat pada masanya, lebih aktif menyertai perbincangan di dalam kelas, serta berperanan memimpin aktiviti pembelajaran.
“Pada pendapat saya, program ini sangat membantu para pelajar daripada keluarga B40. Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan keluarga, tetapi turut mengembalikan keterujaan dan kegembiraan dalam kalangan pelajar,” kata En. Ishak bin Bidin, guru di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Selangor — salah sebuah sekolah yang menerima tajaan pada tahun lalu.
Didorong oleh maklum balas positif sejak beberapa tahun lalu, Rohto Eye Care — jenama penjagaan mata dari Jepun yang terkenal dengan dedikasinya terhadap kesihatan mata — berbangga untuk meneruskan inisiatif ini pada tahun 2025. Kempen tahun ini telah memberi manfaat kepada lebih 4,000 pelajar dari lima buah sekolah, dengan lebih separuh daripada mereka berasal daripada komuniti B40. Para pelajar ini menerima saringan mata percuma, cermin mata preskripsi serta pendidikan kesihatan mata yang penting — melengkapkan mereka dengan keperluan asas untuk pembelajaran yang lebih baik, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Sekolah penerima bagi kempen tahun ini termasuklah Sekolah Kebangsaan Petaling 1, Sekolah Kebangsaan Setapak; Sekolah Kebangsaan Polis Depot, Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya in Kuala Lumpur; serta Sekolah Kebangsaan Telok Gong in Port Klang, Selangor. Rohto Eye Care komited untuk meneruskan usaha berterusan dalam menjangkau individu yang mempunyai akses terhad kepada perkhidmatan penjagaan mata yang penting.
Pengalaman Penjagaan Mata Komprehensif untuk Para Pelajar
Kempen ini menampilkan satu siri pengaktifan yang direka untuk memberikan pengalaman penjagaan mata yang menyeluruh bagi para pelajar:
isu-isu seperti rabun, astigmatisme, dan gangguan penglihatan yang lain, memastikan mereka menerima intervensi tepat pada masanya dan penjagaan mata yang betul.
Pendidikan Penjagaan Mata Menjadi Lebih Seronok dan Bermakna
Untuk menjadikan kempen ini lebih seronok dan bermakna, Rohto Eye Care turut menganjurkan satu siri aktiviti menyeronokkan bagi mencabar persepsi visual dan daya ingatan pelajar. Aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah-sekolah tersebut adalah seperti berikut:
Kemuncak kempen ini adalah poster gergasi yang direka oleh wakil Rohto Eye Care bersama para pelajar, yang menampilkan langkah-langkah penjagaan mata untuk mengukuhkan pembelajaran dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Poster ini dipamerkan di perkarangan sekolah sebagai sumber pendidikan, berfungsi sebagai peringatan penting tentang amalan penjagaan mata yang betul.
Pembiayaan untuk kempen “Sending Love & Care: Joy of Seeing” diperoleh melalui inisiatif pengumpulan dana, di mana RM1 daripada jualan setiap produk penjagaan mata Rohto di Watsons sepanjang Mac 2025 telah disumbangkan kepada kempen ini. Inisiatif ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan. (UNSDG)#3: Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan, menggalakkan kesedaran kesihatan mata dalam kalangan kanak-kanak dan menyokong akses kepada keperluan penting perkhidmatan penjagaan kesihatan.