Riang Raya Bersama Jiksoo Ria oleh SK Magic

SK magic lancar penapis air tanpa tangki terbaharu yang mampu dimiliki oleh semua

KUALA LUMPUR, 27 MAY 2021 – Dalam semangat memberi dan berkongsi kegembiraan sempena Raya ini, SK magic, jenama kelengkapan rumah yang terkemuka di Korea Selatan telah melancarkan JIKSOO Ria, iaitu penapis air tanpa tangki terbaharunya yang mampu dimiliki semua!

Berpegang teguh kepada komitmennya dalam menginspirasikan semua rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang berkualiti serta sihat, JIKSOO Ria ditawarkan pada harga mampu milik, bagi mendorong rakyat Malaysia mengambil berat tentang air minuman mereka dan berhenti minum dari air sumber bertakung, yang merupakan kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki.

Dijual pada harga RM3,800, tambahan terbaharu kepada rangkaian penapis air teknologi canggih JIKSOO SK magic ini, didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat, di samping membolehkan mineral-mineral penting melaluinya.

Sebagai peneraju teknologi tanpa tangki, SK magic berpegang kepada kepercayaan bahawa air minuman yang bersih dan segar bukanlah barangan mewah, ia seharusnya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, kerana kita semua berhak mendapatkan yang terbaik.

Riang Raya Bersama Jiksoo Ria oleh SK Magic
Mr. Kim Kyung Won, Managing Director of SK magic Malaysia encourages Malaysian to start prioritising their health by consuming the cleanest water, that is made possible through new technology, JIKSOO system.

“Kami sentiasa mencabar diri dan menginovasi demi mencari ikhtiar dalam memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup sihat dan berkualiti. Dengan cabaran yang kita hadapi sejak setahun lalu, kami ingin memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki. Kami melancarkan JIKSOO Ria sempena Raya ini bagi membawa kebahagiaan ke rumah semua rakyat Malaysia dengan membudayakan gaya hidup sihat menerusi air minuman yang bersih lagi segar,” demikian kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

Riang Raya Bersama Jiksoo Ria oleh SK Magic
Kumpulan pengurusan SK magic Malaysia di Pelancaran Penapis Air Tanpa Tangki, JIKSOO Ria. Kiri ke kanan: Kwak Kihyung (Ketua Bahagian Penjualan SK magic Malaysia), Son Chul Min (Ketua Bahagian Kewangan SK magic Malaysia), Kim Kyung Won (Pengarah Urusan SK magic Malaysia), Kim Tae Jin (Ketua Bahagian Perkhidmatan SK magic Malaysia) dan Kim Jung Min (Ketua Bahagian Operasi SK magic Malaysia),

JIKSOO Ria menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu (sejuk, suhu persekitaran, panas) menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih. Selamat untuk kanak-kanak dan mesra pengguna, penapis air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik. Reka bentuknya yang anggun lagi minimalis bukan sahaja membolehkannya berpadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.

Penapis air tanpa tangki teknologi JIKSOO SK magic juga menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah, dimana JIKSOO Ria hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari. Ini hanya berharga sehingga 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik sekaligus mengukuhkan kedudukan JIKSOO Ria sebagai pilihan alternatif penapis air yang mampu dimiliki di pasaran.

Riang Raya Bersama Jiksoo Ria oleh SK Magic
JIKSOO Ria, penapis air tanpa tangki terbaharu oleh SK magic, dengan harga berpatutan untuk semua!

“JIKSOO Ria menggirangkan, canggih dan mampu dimiliki bagi semua. Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, yang lain daripada yang lain dalam pasaran,” tambahnya.

Mulai 1 Mei 2021, penapis air JIKSOO Ria akan tersedia untuk disewa pada kadar pengenalan istimewa RM75 sebulan, manakala harga pembelian ialah RM3,800. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.skmagic.com.my/main.

Riang Raya Bersama Jiksoo Ria oleh SK Magic
Penapis air tanpa tangki terbaharu SK magic, JIKSOO Ria. Membolehkan pengguna menikmati kopi atau teh pada suhu yang sempurna melalui sistem pemanasan dan penyejukan segera.
© 2023 BlackButterfly DesignArts