Kuala Lumpur, 2 Disember 2024 – Kumpulan Perbankan RHB (“RHB” atau “Kumpulan”) komited untuk membantu pelanggan yang terjejas oleh banjir baru-baru ini di seluruh Malaysia. Melalui Program Bantuan Banjir, yang bermula dari sekarang hingga 31 Januari 2025, RHB memberikan bantuan kewangan segera dan sokongan pemulihan jangka panjang kepada individu, Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS), serta mikro-PKS yang terjejas oleh bencana alam ini.
Bantuan Kewangan Komprehensif untuk Pelanggan yang Terjejas
Untuk Pelanggan Individu:
Pelanggan individu yang layak boleh memohon pilihan bantuan berikut:
Untuk Pelanggan PKS:
Pelanggan PKS yang layak dan tidak terlibat dalam program penyusunan semula atau penjadualan semula boleh memohon untuk:
Menghulurkan Bantuan Kepada Mereka Yang Terjejas
“Di RHB, kami sentiasa berdiri teguh bersama pelanggan termasuk mereka yang terjejas oleh banjir baru-baru ini. Waktu yang penuh mencabar seperti ini memerlukan sokongan padu daripada semua pihak, dan RHB komited untuk meringankan beban kewangan mereka serta membantu dalam usaha pemulihan mereka. Kami menggalakkan semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi kami untuk mengetahui bantuan yang tersedia,” kata Jeffrey Ng, Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Komuniti, RHB Banking Group.
Cara Memohon
Pelanggan individu boleh menghubungi Pusat Panggilan RHB di 03-9206 8118 atau melawat cawangan terdekat untuk memohon bantuan. Pelanggan PKS pula boleh berhubung dengan pengurus hubungan mereka untuk sokongan yang disesuaikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) mengenai Program Bantuan Banjir RHB di https://www.rhbgroup.com/-/media/pdf/flood-relief-assistance-2024-faq.pdf.