Revenue Monster Memperkasakan Perniagaan Mikro Menghadapi Pkp Terkini Melalui Pautan Pembayaran Dengan Satu Klik

Pasaran Berbilion Dolar – Media Sosial dan Jualan Langsung Kini Lebih Mudah dan Lebih Cekap Melalui Solusi eInvoice dan LivePay

22 Januari, Kuala Lumpur – Revenue Monster – sebuah syarikat teknologi kewangan Malaysia yang merupakan perintis pendigitalan perniagaan sedang berusaha untuk melonjakkan pasaran media sosial dan jualan langsung (live selling) yang bernilai berbilion dolar melalui pengenalan solusi baharu eInvoice dan LivePay. Kedua-dua solusi baharu ini tidak memerlukan sebarang kos pengendalian.

Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat Malaysia dengan lebih daripada 30,000 perniagaan ditutup dan hampir 100,000 rakyat hilang pekerjaan pada tahun 2020. Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terkini dilaksanakan, jumlah ini dijangka akan terus meningkat. Ciri-ciri baharu Revenue Monster bertujuan memperkasakan ribuan rakyat Malaysia yang sedang beralih kepada penjualan dalam talian untuk menambah pendapatan mereka.

Mengulas mengenai ciri-ciri tersebut, Amanda Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Revenue Monster berkata, “Pandemik dan PKP telah mempengaruhi punca pendapatan pelbagai pihak. Ramai yang mencari kaedah alternatif untuk bertahan, dan sekarang penjualan dalam talian telah menjadi pilihan yang paling sesuai. Tanpa sebarang kos penyediaan awal, solusi eInvoice dan LivePay akan membolehkan perniagaan terkecil sekalipun untuk menggunakan sistem pembayaran tahap profesional untuk memanfaatkan sepenuhnya pasaran dalam talian yang sedang berkembang. “

Revenue Monster Memperkasakan Perniagaan Mikro Menghadapi Pkp Terkini Melalui Pautan Pembayaran Dengan Satu Klik

“Melalui satu pautan yang mudah digunakan, perniagaan dapat memperoleh pembayaran dari hampir semua platform dan sumber. Selain itu, mereka dapat menguruskan semuanya dari satu hab. Kami percaya ini penting dalam membantu mereka bukan sahaja dalam mempertahankan tetapi juga mengembangkan perniagaan dalam talian mereka,” tambahnya.

Melalui penggunaan eInvoice, peniaga dapat mencipta dan kongsi pautan pembayaran sekali (one-off) kepada pelanggan tertentu dengan mudah di mana-mana platform sosial. Sementara itu, LivePay menghasilkan pautan pembayaran pelbagai guna (multi-use) yang sesuai untuk beberapa pembayaran serentak yang biasanya berlaku semasa penjualan secara langsung.

Mengulas mengenai perkhidmatan tersebut, Amanda mengatakan bahawa pembayaran sekarang menjadi semakin mudah bagi pengusaha baru. “Sekiranya anda ingin menyelesaikan transaksi sekali sahaja, masukkan maklumat yang diperlukan dan invois digital serta pautan pembayaran akan dibuat secara automatik. Anda kemudian boleh berkongsi pautan ini seperti yang anda mahukan, melalui e-mel, teks, WhatsApp, Instagram dan banyak lagi. Pelanggan anda akan dapat membayar dengan cara pilihan mereka dengan satu klik pautan yang mudah. Untuk penjualan langsung di Facebook, hanya tampal dan sematkan pautan LivePay di bahagian atas live stream anda dan pelanggan boleh menggunakan pautan tersebut untuk membeli pada bila-bila masa. “

Revenue Monster Memperkasakan Perniagaan Mikro Menghadapi Pkp Terkini Melalui Pautan Pembayaran Dengan Satu Klik

Ciri eInvoice dan LivePay disatukan terus ke hab pedagang bersepadu Revenue Monster yang membolehkan pengguna mengesan pembayaran dalam masa nyata dan menerima notifikasi bagi setiap pembayaran yang berjaya. Jika dikombinasikan dengan solusi pembayaran bersatu Revenue Monster, pengguna akan dapat menerima pembayaran dari pelbagai sumber seperti eWallet, perbankan dalam talian dan kad kredit / debit.

Jualan langsung telah terbukti berkesan bagi peniaga tempatan yang ingin melakukan perniagaan lebih digital memandangkan sekatan pergerakan yang berterusan. Pelbagai industri telah mendapat manfaat daripada perkhidmatan Revenue Monster seperti pusat latihan dan pendidikan serta persatuan keagamaan.

Platform Revenue Monster secara keseluruhan telah membantu hampir 13,000 cawangan perniagaan dari 6,000 jenama makanan & minuman, fesyen dan aksesori, perkakas rumah, kecantikan / penjagaan diri, kenderaan dan banyak lagi.

“Rangkaian perkhidmatan holistik Revenue Monster dirancang terutamanya untuk membantu proses perdagangan menjadi lebih cekap dan mudah. Kami sedar akan potensi digital dan eCommerce dan kami ingin menjadikannya mudah dan lancar bagi rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk memanfaatkan potensi ini,” tambah Amanda.

Perkhidmatan lain dari Revenue Monster termasuk solusi kedai dalam taliannya – á la carte. platform kesetiaan dan baucar, alat pengurusan media sosial dan penyelesaian sekuriti perniagaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai eInvoice dan LivePay atau untuk mempelajari cara menggunakan rangkaian perkhidmatan lengkap Revenue Monster bagi benar-benar memperkasakan perniagaan tempatan anda, layari www.revenuemonster.my.

Revenue Monster Memperkasakan Perniagaan Mikro Menghadapi Pkp Terkini Melalui Pautan Pembayaran Dengan Satu Klik
© 2023 BlackButterfly DesignArts