Restoran Berkonsep Retro A&W Pertama Dibuka Di Seventeen Mall, Pj

Petaling Jaya, 20 Julai 2020 – Penggemar A&W bergembiralah!  Restoran A&W Malaysia terbaharu akan mengimbau suasana dan nada zaman 60-an, 70-an dan 80-an ketika muzik funk, soul, disco dan klasik berkumandang di udara. Restoran A&W Malaysia yang ke-49 kini dibuka di Seventeen Mall, Section 17, Petaling Jaya – dengan satu kelainan yang tidak didapati di mana-mana restoran A&W di negara ini.

Sempena memperingati perjalanannya sebagai restoran makanan segera yang pertama di Malaysia pada tahun 1963, cawangan baharu yang dibina dengan pelaburan dana berjumlah RM1 juta ini menampilkan tema berkonsep retro yang pertama di Malaysia.  Ia  menampilkan sentuhan moden kepada rekaan keanggunan retro, lengkap dengan ruangan berpetak dan tempat duduk ala-bar, menjadikannya satu lokasi hebat untuk berinstagram yang lain daripada yang lain!

Untuk mengekalkan keaslian suasana nostalgia, sebuah peti muzik atau Juke Box akan menawarkan pilihan lagu-lagu retro kepada para pelanggan. Restoran ini dapat menampung lebih daripada 80 pelanggan pada satu masa, dengan Zon Persendirian (Private Zone) yang boleh memuatkan seramai sehingga 20 orang untuk majlis istimewa seperti sambutan hari jadi dan majlis keramaian.

George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia berkata, “Kami merasa teruja untuk membawakan konsep retro A&W yang terbaharu ini. Sejak tahun 1963 lagi, rakyat Malaysia telah membesar dengan jenama ini, dan juga menggemari hidangan menu ikonik termasuk Coney yang enak, waffle yang menyelerakan dan A&W RB yang menyegarkan. Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysian turut menggemari hidangan istimewa kami termasuk Mozza Burger dan A&W Aroma® Chicken, yang diperbuat daripada ramuan-ramuan yang segar untuk memastikan kualiti yang terbaik daripada kami.

“Restoran berkonsep retro ini melambangkan komitmen kami yang berterusan kepada para pelanggan. Kami berhasrat untuk membawa kembali ‘kegemilangan zaman dahulu’ dan pada masa yang sama menarik pelanggan di kalangan generasi muda dan moden. Sementara restoran baharu ini mempunyai keunikan yang disukai oleh generasi lebih berumur, kami percaya golongan milenial juga akan mendapati restoran ini menarik dan ‘layak untuk di-instagram’ kerana keunikannya,” tambah George.

Bagi mengutamakan keselamatan para pelanggan dan kakitangan kami, Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dilaksanakan di semua restoran kami termasuk prosedur sanitasi yang ketat untuk memastikan pengalaman menjamu selera di restoran kami adalah selamat dan menceriakan di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Pemulihan (PKPP). Ini termasuk proses sanitasi yang dilakukan ke atas meja, kerusi, alat penggera, talam dan pemegang pintu. Pelanggan yang menjamu  selera di restoran digalakkan untuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial. Saringan suhu badan akan dijalankan di pintu masuk. Para pelanggan turut akan menerima sos dalam paket kecil dengan ketiadaan kaunter sos seperti dahulu. Kepada pelanggan yang ingin membeli pelitup muka surgeri di pintu masuk, ia boleh didapati (dengan permintaan) pada harga RM1 sekeping, dan semua keuntungan akan disalurkan kepada badan amal.

Pada tahun 1963, A&W mencipta sejarah apabila ia menjadi restoran makanan segera pertama yang dibuka di negara ini. Sejak lebih daripada setengah abad, jenama ini telah menambat hati rakyat Malaysia dengan hidangan terkenal dan lain daripada yang lain seperti RB, float, burger, ice cream waffle dan maskot kesayangan, Rooty® The Great Bear. Ia akan kekal sebagai sebuah jenama kesayangan rakyat Malaysia yang berperanan dalam mencipta memori yang sukar dilupakan bersama sahabat-sahabat dan orang-orang tersayang.

Sebagai peneraju dalam industri makanan segera di Malaysia, jenama ini telah merancang untuk mengangkat warisan yang kaya dan legasinya di Malaysia bagi mengembalikan zaman kegemilangan, menawan semula hati dan minda pelanggan generasi baharu yang bersifat lebih memilih.

Buat masa ini, A&W mengendalikan 49 restoran di seluruh negara termasuk cawangan terbaharu di Seventeen Mall. Menyusuli pembukaan restoran berkonsep retro yang pertama ini, sebuah lagi restoran dengan penampilan dan suasana retro yang sama akan dibuka di Ipoh Parade.

© 2023 BlackButterfly DesignArts