ReSkills Meraikan Ulang Tahun yang Ke-4 dengan Membuka Pelan Hala Tuju 5 Tahun yang Bercita-cita Tinggi

Syarikat ini juga mengumumkan bahawa ia sedang mengambil langkah untuk disenaraikan di NASDAQ sebagai sebahagian daripada visinya untuk menjadi Hab Pembelajaran global berkuasa AI utama di dunia.

ReSkills Meraikan Ulang Tahun yang Ke-4 dengan Membuka Pelan Hala Tuju 5 Tahun yang Bercita-cita Tinggi

Kuala Lumpur, 15 Jun 2024 — Kepentingan pendidikan yang boleh diakses terutamanya yang berkaitan dengan pembelajaran dan pembangunan korporat (P&P) terus menjadi tumpuan utama bagi ahli perniagaan. Menurut Indeks Keyakinan Eksekutif LinkedIn, sebanyak 90% eksekutif di seluruh dunia berhasrat untuk meningkatkan atau mengekalkan pelaburan mereka dalam L&D sepanjang tahun ini. Untuk platform pembelajaran dalam talian global ReSkills, sambutan kejayaan ulang tahunnya yang ke-4 hanya bertujuan untuk menyerlahkan betapa pentingnya misi mereka bagi memastikan pendidikan mampu milik serta boleh diakses oleh setiap individu di mana-mana sahaja.

Majlis sambutan ulang tahun tersebut diadakan di One World Hotel, Bandar Utama pada 15 Jun 2024, dengan kehadiran 700 tetamu – termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli pasukan, pemegang saham, rakan kongsi, termasuk wakil dari pasaran USA & Amerika Latin, VIP dari negeri-negeri, agensi kerajaan, dan wakil korporat, rakan kongsi negara, pegawai persatuan, jurulatih, rakan dan keluarga yang telah hadir bagi pelancaran pelan hala tuju 5 tahun ReSkills yang bercita-cita tinggi untuk tahun 2024 sehingga 2028.

Tokoh utama yang hadir termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Reskills, Jin Tan, Pengerusi ReSkills, Dr. Steve Tan, dan Pengarah Urusan terbaru ReSkills, Vince Caruso. Selain itu, rakan kongsi dari ReSkills USA dan Amerika Latin turut hadir pada majlis itu serta memberi perkongsian tentang beberapa pandangan mengenai latihan korporat dan peluang pasaran syarikat. Misalnya, topik topik seperti pandangan tentang tawaran kursus yang diperluas, ciri-ciri dan kemaskini terbaru untuk aplikasi dan platform dalam talian serta usaha lain untuk memperluas jejak antarabangsa ReSkills sebagai destinasi utama untuk pendidikan dalam talian di rantau Amerika Syarikat dan Amerika Latin.

ReSkills Meraikan Ulang Tahun yang Ke-4 dengan Membuka Pelan Hala Tuju 5 Tahun yang Bercita-cita Tinggi
[Gambar di atas: Jin Tan, Pengasas dan CEO ReSkills memberikan ucapan semasa majlis ulang tahun ke-4 mereka]

“Daripada permulaan yang sederhana hingga ke tahap yang luar biasa, saya amat berterima kasih atas perjalanan yang telah kami kongsi selama empat tahun yang lalu,” tambah Jin Tan, Ketua Pegawai Eksekutif ReSkills. “ReSkills bertujuan untuk mencabar status quo dengan membawa lebih banyak syarikat Malaysia ke pentas antarabangsa untuk mempamerkan bakat dan keupayaan kami. Walaupun perjalanan ini tidak selalunya mudah, semangat dan keazaman yang kuat akan menjadikan matlamat kami akhirnya tercapai.

Pelan hala tuju itu juga menggariskan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkasakan lagi individu melalui pendidikan berkualiti yang boleh diakses. Secara ketara, ReSkills sedang bersedia untuk disenaraikan secara langsung di NASDAQ pada tahun 2024, dengan rancangan selanjutnya untuk mengintegrasikan kandungan Kecerdasan Buatan (AI) yang mendalam ke dalam tawarannya, termasuk program seperti Pembelajaran Terjemahan AI dan Kejurulatihan Robot AI. Pada masa akan datang, syarikat itu juga sedang mengkaji untuk memperluaskan ekosistem edtech-nya secara umum serta penyepaduan sinergistik entiti yang diperoleh dan mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran. Berikutnya, ReSkills bakal mewujudkan Hab Pembelajaran berkuasa AI utama dan berpotensi menjadi konglomerat edtech yang dominan di persada dunia.

ReSkills Meraikan Ulang Tahun yang Ke-4 dengan Membuka Pelan Hala Tuju 5 Tahun yang Bercita-cita Tinggi
[Gambar di atas: Dr. Steve Tan, Pengerusi ReSkills menyampaikan ucapan beliau semasa majlis ulang tahun ke-4, menonjolkan kemajuan dan visi syarikat untuk masa depan]

“Ini adalah perayaan pra-NASDAQ yang menandakan tonggak penting dalam perjalanan kami,” kata Dr. Steve Tan, Pengerusi ReSkills, “Pencapaian seperti ini bersama-sama dengan cabaran yang telah kami atasi adalah bukti sokongan tidak berbelah bahagi daripada pasukan kami, rakan kongsi, serta individu-individu yang telah mempercayai visi kami. Kami komited untuk mendorong perubahan positif dalam landskap pembelajaran dalam talian dan memberdayakan individu di seluruh dunia.”

Antara pencapaian ini ialah pembangunan ReSkills S.M.A.R.T Hub. Dikuasakan oleh tenaga suria, hab mesra alam ini menyediakan cara yang mampan untuk menyampaikan pembelajaran berkualiti tinggi kepada komuniti di luar bandar dalam mengatasi cabaran geografi dan sosioekonomi tanpa menjejaskan alam sekitar. Selain itu, menurut laporan Trend Bakat Randstad 2024 yang sejajar dengan jurang kemahiran, ReSkills turut menekankan sokongan dan keterlibatannya melalui program CSR mereka yang tersendiri iaitu Global Reskilling Movement (GRM) yang bertujuan untuk menyediakan individu dengan pendidikan percuma, peluang pembangunan bakat yang komprehensif, dan juga penempatan pekerjaan yang bersesuaian.

ReSkills Meraikan Ulang Tahun yang Ke-4 dengan Membuka Pelan Hala Tuju 5 Tahun yang Bercita-cita Tinggi
[Gambar di atas: Vince Caruso, Pengarah Urusan ReSkills membincangkan aspirasi ke NASDAQ semasa sambutan ulang tahun ke-4]

“Saya percaya bahawa ReSkills berpotensi untuk membentuk semula industri pendidikan dan cara ia beroperasi. Kini, orang ramai mahu mengambil kelas mengikuti masa yang sesuai, asalkan ia berpatutan dan relevan, sejenis kurikulum yang menyesuaikan diri dengan keperluan semasa,” kata Vince Caruso, Pengarah Urusan ReSkills. Beliau juga menambah, “Sementara itu, satu-satunya bursa yang sesuai dengan syarikat seperti Reskills ialah NASDAQ, dan dalam hal ini, perlu diingat bahawa 85-90% daripada syarikat teknologi terbesar di dunia terletak di sana.”

Pada asasnya, sambutan ulang tahun ke-4 ReSkills memberi tumpuan kepada kejayaan syarikat setakat ini serta pelan tindakannya untuk mewujudkan kemampuan, kebolehcapaian dan keterangkuman dalam pendidikan untuk pelajar di mana-mana sahaja mereka berada.

Untuk maklumat lanjut tentang ReSkills, layari https://reskills.com/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts