Rekaan Dalaman Pejabat Unik Di Kuala Lumpur Kini Mudah

Kerjasama sulung antara Guocoland dan EzyOffice menawarkan kemudahan unik untuk penyewa Menara HLX

Kuala Lumpur, 12 July 2022 – Pemilik perniagaan yang sedang mencari lokasi perniagaan di kotaraya Kuala Lumpur mempunyai sebuah lagi alasan untuk bertapak di Menara HLX, Jalan Kia Peng.

Terletak di tengah bandar Kuala Lumpur, menara yang sebelum ini dikenali sebagai Menara HLA, telah membawa inovasi yang bakal memudahkan penyewa. Tower Real Estate Investment Trust (Tower REIT) milik Guocoland menawarkan khidmat pengubahsuaian pejabat fleksibel melalui kerjasama bersama EzyOffice.

Dikenali sebagai “Office Made Ezy”, perkhidmatan sehenti menyeluruh untuk pengubahsuaian pejabat ini merupakan servis pertama seumpamanya di Malaysia. Melalui servis ini, penyewa baru boleh memilih dari beberapa templat dan pelbagai variasi unit ruang kerja telah tersedia untuk keluasan dari 2,000 kps sehingga 13,000 kps.

“Secara amnya, penyewa baru dapat menjimatkan masa, mengurangkan kerumitan renovasi dan mempercepatkan proses renovasi supaya dapat memulakan operasi mereka secepat mungkin tanpa perlu bimbang mengenai aspek pembinaan atau penghiasan ruang dalaman, “kata Noorbaizura Hermeyney, Ketua Pegawai Eksekutif Tower REIT.

Bakal penyewa hanya perlu memilih templat tersedia di platform EzyOffice untuk penyesuaian khas selanjutnya. Platform ini kemudiannya akan memberi kos anggaran serta merta. Pakej yang disediakan mempunyai pilihan komprehensif termasuk perabot pejabat, dinding pemisah asas, dinding, kemasan lantai dan siling serta pemasangan mekanikal dan elektrik.

“Kami teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan Menara HLX kerana dapat membuktikan kepakaran kami dalam rekaan dalaman komersial dan servis pengubah suaian,” kata Teo Khai Lee, Pengasas dan Pengarah Urusan EzyOffice.

Dalam usaha untuk memartabatkan industri reka dalaman dan pemasangan di Malaysia, rekaan templat EzyOffice memenuhi keperluan pekerjaan yang berbeza samada secara hibrid (kegunaan pekerja yang bekerja di rumah dan juga pejabat), kompak (sesuai untuk perniagaan pusat panggilan)  atau keperluan asas (ruang kerja konvensional yang lengkap dengan bilik pengarah, bilik mesyuarat dan sebagainya). Keperluan gaya kerja yang berbeza ini telah dikenal pasti selepas berbincang dengan pemilik perniagaan, termasuk mengambil kira perubahan keperluan akibat pandemik.

EzyOffice memberi nilai tambahan  kepada penyewa dengan mendigitalkan konsep dan idea pejabat, seterusnya membentangkannya dalam format yang mudah difahami. Ia juga mampu menyenaraikan semua rekaan susun atur yang boleh ditempa khusus,” kata Teo yang menerangkan bahawa pelanggan mampu mempercepatkan proses renovasi dalam dua hingga empat (2-4) minggu dengan menggunakan proses mereka, selain daripada memberi peluang untuk membina suasana kondusif di dalam pejabat.

“Kami bukan sahaja syarikat rekaan dan renovasi, kami juga telah melebarkan sayap untuk memberikan servis sewaan perabut pejabat juga teknologi pengurusan ruang,” katanya.

Selain Menara HLX, EzyOffice juga pernah bekerjasama dengan jenama antarabangsa dan syarikat tempatan seperti Dormakarba, Classic Chair, Kian furniture, Dellform dan lain-lain.

“Kebiasaannya, pemilik bangunan mungkin mempunya panel syarikat rekaan dalaman yang akan disyorkan kepada pelanggan, tetapi proses konvensional ini mengambil masa lama. Dengan EzyOffice, penyewa hanya perlu memilih dari templat susun atur dan pelan lantai yang tersedia untuk membuat keputusan yang lebih cepat” kata Noorbaizura. Tambahnya, Tower REIT mungkin akan menggunakan konsep yang sama di Plaza Zurich pada masa akan datang.

Bagi Teo, kerjasama dengan Tower REIT membuktikan Menara HLX berpotensi untuk menjadi pemangkin konsep ruang kerja masa depan kerana menerapkan teknologi terkini, rekabentuk ergonomik dan solusi pemasangan kelengkapan inovatif.

Untuk kemudahan bakal penyewa, Menara HLX juga akan mengadakan bilik pameran seluas 2,100 kps yang memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dan mengalami sendiri potensi empat templat boleh ubah yang sesuai di guna pakai untuk tiga susun atur dan empat plan yang berbeza.

“Terdapat 48 variasi yang tidak termasuk perubahan tambahan. Bilik pameran ini mengambil inspirasi dari tema Oasis Eksperimental- tempat untuk bereksperimen dengan pelbagai cara kerja, rekaan dan teknologi. Ia adalah ruang untuk mencuba pelbagai konsep, warna dan kemasan sehingga mereka berpuas hati dengan pilihan mereka tanpa sebarang risiko,” kata Teo.

Untuk yang berminat untuk berpindah ke Menara HLX atau untuk mencuba platform EzyOffice, anda boleh layari https://www.ezyoffice.com.my/office-made-ezy , sebuah laman sesawang yang dilancarkan bersama oleh Noorbaizura dan Teo ketika pelancaran kerjasama di antara kedua pihak tersebut.

© 2024 BlackButterfly DesignArts