Platform pembayaran ini akan berkolaborasi dengan Mobile Legends: Bang Bang dan 8,888 Berlian (Diamond) sedia untuk dimenangi sempena musim perayaan ini!
Kuala Lumpur, 15 Februari 2022 – Codashop, sumber bertaraf bebas yang terkemuka bagi kandungan digital dan mata wang permainan video ingin menjemput para gamer untuk menyertai kempen sambutan Tahun Baharu Cina anjurannya. Menerusi kerjasama dengan permainan video mudah alih yang popular, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Codashop bakal menyajikan hadiah, tawaran tambah nilai dan acara penstriman langsung yang menarik untuk memastikan anda kekal terhibur sepanjang musim perayaan ini.
Tahun Baharu Cina sinonim dengan acara keramaian, sesi Lo Hei dan pemberian ang pow merah. Detik ini juga sempurna untuk orang ramai berehat daripada kerja dan melakukan aktiviti yang digemari. Bagi mereka yang suka meluangkan masa di dunia maya bersama permainan video kegemaran masing-masing, Codashop bakal menambah seri Tahun Baharu Cina kali ini menerusi aneka tawaran menarik di platformnya.
Platform pembayaran dalam talian ini telah menjalin kerjasama dengan MLBB untuk menawarkan ganjaran dalam bentuk kredit permainan video buat sesiapa yang ingin menambah nilai Berlian mereka melalui platform Codashop.
“Di Codashop, kami bertekad untuk menjulang landskap permainan video ke aras yang lebih tinggi dengan membolehkan para gamer membuat bayaran dan bermain dengan selancarnya. Sempena Tahun Baharu Cina ini dan berlatarkan kelonggaran dalam peraturan kawalan pergerakan, kami ingin membawa lebih banyak ‘ong’ buat para Codashoppers. Kami ingin memaksimumkan keterujaan anda bersama rakan kongsi kami, MLBB. Codashoppers dapat menikmati ganjaran, acara penstriman langsung serta pelbagai tawaran tambah nilai yang menarik. Bagi pihak famili Codashop, kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua,” ungkap Narishvin Sukumaran, Pengurus Wilayah – Malaysia, Singapura, Thailand & Myanmar.
Sepanjang bulan Februari ini, sebanyak 8,888 Berlian akan disajikan buat para gamer atas pembelian mereka di Codashop. Pengguna hanya perlu menambah nilai minimum RM20 bagi Berlian MLBB di Codashop dan menghantar penyertaan mereka melalui laman pendaftaran yang disediakan untuk memenangi kredit permainan video. Pengguna boleh menggunakan e-dompet mereka seperti ShopeePay dan TnG untuk membolehkan penambahan nilai dibuat secara langsung dan dengan mudah, atau melalui pindahan bank menerusi saluran FPX untuk membeli kredit permainan video pilihan mereka.
Tawaran tambah nilai Tahun Baharu Cina oleh Codashop ini bukan sahaja melibatkan ganjaran Berlian, malah setiap penyertaan yang ke-100 berpeluang untuk memenangi kosmetik (skin) khas di samping ganjaran Berlian.
Selain ganjaran menarik yang menanti di platform ini, Codashop juga akan menganjurkan beberapa strim langsung sepanjang Februari bersama para penstrim MLBB yang popular. Ia termasuk Soloz, DaddyHood, MakDi, Gemini X, Nessarose dan Ombong Haha antara lainnya. Ketika strim tersebut, para pemain ini akan menghadiahkan paket merah Codacash serba istimewa yang bernilai RM8 atau RM88 kepada penonton, yang boleh ditebus dengan kredit permainan video pilihan mereka di platform Codashop. Bagi pemain baharu mahupun veteran, ganjaran Berlian ini boleh membantu anda mengakses pelbagai keistimewaan di arena pertarungan Mobile Legends. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sambutan Tahun Baharu Cina kali ini bersama Codashop! Ikuti saluran sosial Codashop untuk mendapatkan perkembangan terkini.