ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan

Pilihan Penyelesaian Pembersihan yang Lembut, Selamat, dan Mesra Alam untuk Ibu Bapa

ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan

Petaling Jaya, 28 Ogos 2024 – ReadyCare Signature (ReadyCare), jenama perintis produk pembersihan berasaskan bio Malaysia, dengan sukacitanya memperkenalkan barisan produk Baby Care yang terbaru, menawarkan ibu bapa cara yang selamat dan mesra alam untuk penjagaan kebersihan si kecil mereka. Barisan terbaru ini menampilkan produk yang diformulasikan dengan teliti seperti Baby Bottle & Utensil Cleaner, Baby Laundry Detergent, dan Baby Sanitizer Spray, semuanya dihasilkan dengan bahan berasaskan tumbuhan (bio) bagi menggantikan bahan kimia yang berasaskan fosil.

ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan

Kajian menunjukkan bahawa bayi dan kanak-kanak kecil mudah terdedah kepada toksin dari persekitaran mereka. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2022, kanak-kanak di bawah lima tahun terdedah kepada tahap bahan pencemar yang lebih tinggi, dimana ia boleh membawa kepada pelbagai isu tumbesaran, masalah pernafasan, dan isu kesihatan yang lain. Tambahan pula, permintaan terhadap produk yang tidak toksik dan selamat untuk bayi semakin meningkat, dengan pasaran penjagaan bayi global dijangka mencapai AS$206.68 bilion menjelang 2029, menurut laporan Research and Markets pada 2023.

ReadyCare Signature adalah jenama Malaysia pertama yang telah memperoleh persijilan berasaskan bio daripada Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan barisan produk Baby Care tersebut, sama seperti rangkaiannya yang lain, semua penawarannya turut mempunyai sijil Halal serta diperakui mesra vegan oleh Persatuan Vegan UK.

Pelancaran ini menangani kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan ibu bapa mengenai pendedahan bahan kimia, dengan menawarkan alternatif yang lebih selamat bagi melindungi anak-anak mereka dan alam sekitar.

ReadyCare Signature Melancarkan Barisan Produk Penjagaan Bayi Berasaskan Tumbuhan

Pengasas dan Pengarah Urusan ReadyCare, Yeoh Eng Foo berkata, “Menurut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kanak-kanak yang lebih terdedah kepada pendedahan bahan kimia kerana organ dan sistem imun mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Rangkaian produk Baby Care kami direka dengan mengambil kira kebimbangan ini, memberikan pengalaman yang berkesan, sihat dan lembut, yang boleh dipercayai oleh ibu bapa.”

Sempena pelancaran ini, ReadyCare Signature turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Unifood International Pte Ltd bagi mengedarkan produknya di Singapura. Kerjasama strategik ini akan membantu ReadyCare Signature memperluaskan jangkauannya dan menyediakan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak ramai lagi pengguna di seluruh rantau ini.

“Kerjasama dengan Unifood, sebuah syarikat yang berakar umbi dalam segmen perniagaan makanan bernutrisi ‘on-the-go’, mewujudkan sinergi yang mantap dan selari dengan falsafah kami di ReadyCare Signature. Kepakaran dan rangkaian mereka di Singapura akan membantu kami memperluaskan penyelesaian pembersihan mesra alam kepada lebih banyak keluarga, mengukuhkan lagi peranan kami sebagai Teman Kehidupan Bersih yang dipercayai,” tambah Yeoh.

Produk Baby Care ReadyCare Signature kini boleh didapati di kedai-kedai terpilih dan dalam talian menerusi rcsignature.com.my, di mana pelanggan juga boleh memilih model langganan untuk menerima produk kegemaran mereka.

© 2024 BlackButterfly DesignArts