Ready, Jet-Set, Go! SKS Airways Berlepas Secara Rasminya

Memperkenalkan laluan jarak dekat ke tiga destinasi pulau popular di Malaysia, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman

Subang Jaya, 25 January 2022 – SKS Airways, syarikat penerbangan komersil terbaharu Malaysia melancarkan penerbangan sulungnya hari ini dalam sebuah majlis ringkas lagi bermakna bagi menandakan pencapaian penting ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan yang melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor. Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato’ Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.

Ready, Jet-Set, Go! SKS Airways Berlepas Secara Rasminya
Ready, Jet-Set, Go! SKS Airways is officiated by YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Minister of Transport and Dato’ Rohman Ahmad, Director of SKS Airways.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Dato’ Rohman berkata, “Penerbangan sulung ini amat bermakna kepada kami semua di SKS Airways kerana ia menandakan permulaan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial yang menawarkan perkhidmatan penumpang, kargo dan charter. Menerusi hab kami yang terletak di Subang dan Senai, kami merancang untuk menghubungkan Malaysia ke destinasi di ASEAN dan selatan China.

“Sebagai sebuah syarikat penerbangan baharu, kami aktif, tangkas dan fleksibel, serta berkemampuan memanfaatkan sebarang peluang yang wujud. Kami mengambil kesempatan untuk memenuhi permintaan perjalanan terpendam (pent-up travel demand) untuk perjalanan domestic dan bersiap sedia untuk perjalanan antarabangsa apabila dibuka semula.”

Ready, Jet-Set, Go! SKS Airways Berlepas Secara Rasminya
SKS Airways DHC6-300 Twin Otter Aircraft

Berucap kepada tetamu pada majlis pelancaran itu, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia berkata, “Saya amat berbesar hati untuk menyaksikan pelancaran syarikat penerbangan terbaharu Malaysia ini. Ini adalah indikasi sentimen positif pelanggan terhadap perjalanan udara, terutamanya perjalanan domestik. Pada Oktober 2021, MAVCOM mendedahkan hasil Tinjauan Pengguna yang menunjukkan  bahawa 60% pengembara Malaysia masih memilih perjalanan udara domestik. Antara faktor yang dinyatakan kenapa perjalanan domestik tetap menjadi pilihan termasuklah kos perjalanan yang lebih rendah, risiko terdedah kepada COVID-19 lebih tinggi apabila melancong ke luar negara dan responden yang tinggal bersama ahli keluarga berisiko tinggi. *Oleh itu, saya percaya dengan pelancaran SKS Airways khususnya ke destinasi pulau popular seperti Pulau Pangkor yang bebas cukai akan menjadi sesuatu yang dinantikan untuk perjalanan domestik dan memberikan nafas baru buat semua pengendali pelancongan tempatan di kawasan tersebut.”

Ready, Jet-Set, Go! SKS Airways Berlepas Secara Rasminya
SKS Airways uses a 19-passenger turboprop DHC6-300 Twin Otter aircraft in connecting underserved and unserved destinations.

SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.

Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapasiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala. SKS Airways menggunakan sistem Tambang 3 Peringkat yang boleh dipilih oleh pengembara bergantung pada destinasi dan masa tempahan. Ia adalah SKS PROMO, SKS LITE dan SKS PLUS.

Jadual Penerbangan Twin Otter SKS Airways ke Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman

PENERBANGAN  No.DESTINASI DARI – KEFrekuensi PenerbanganTarikh Berkuat Kuasa
KI6512Subang – RedangSetiap hari31-Jan-22
KI6513Redang – SubangSetiap hari31-Jan-22
KI6351Subang – PangkorSetiap hari26-Jan-22
KI6352Pangkor – SubangSetiap hari26-Jan-22
KI6516Subang – RedangSetiap hariSuku kedua 2022
KI6517Redang – SubangSetiap hariSuku kedua 2022
KI6602Subang – TiomanSetiap hariSuku kedua 2022
KI6603Tioman – SubangSetiap hariSuku kedua 2022
KI6606Subang – TiomanSetiap hariSuku kedua 2022
KI6607Tioman – SubangSetiap hariSuku kedua 2022
KI6131Johor Bahru – TiomanSetiap hariSuku kedua 2022
KI6132Tioman – Johor BahruSetiap hariSuku kedua 2022

SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek. Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.

SKS Airways dijangkakan dapat menarik minat individu Gen-Y dan Gen-Z yang celik IT, keluarga muda dan semua pengembara serta pencinta pulau yang tercari-cari pengalaman percutian pendek hujung minggu ke destinasi pulau popular di Malaysia!

Untuk perkembangan terkini, berita, aktiviti, promosi mahupun untuk menempah percutian pulau anda yang seterusnya dengan menaiki SKS Airways, layari www.sksairways.com atau ikuti media sosial SKS Airways di Twitter (twitter.com/sksairways), Facebook (facebook.com/sksairways), Instagram (@sksairways) dan LinkedIn (SKS Airways).

Jom mulakan perjalanan paling indah dalam hidup anda sekarang. Ready, Jet-Set, Go!

© 2023 BlackButterfly DesignArts