Malaysia, 10 November 2023 – Musim perayaan telah tiba dan IRVINS ingin meningkatkan pengalaman pemberian hadiah anda. Ucapkan selamat tinggal kepada biskut “gingerbread”, tart nanas dan Kuih Kapit yang sering kali menjadi kebiasaan menjelang Hari Natal dan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba kerana IRVINS sedang mencipta semula keunikan kudap-kudap perayaan! Rebut peluang untuk memiliki snek IRVINS yang sangat mengasyikkan. Ia memiliki sijil halal dan boleh didapati dalam bungkusan 80g serta 210g. Snek ini memiliki pelbagai perisa yang lazat seperti Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang, dan Kulit Salmon. Jenama snek terkenal dari Singapura ini mempelawa anda untuk berkongsi kenikmatan, menyebarkan kasih sayang dan raikan bersama yang tersayang pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.
Sama ada anda bersama rakan-rakan dan saudara-mara atau mengatur pertemuan pada Hari Natal mahu pun Tahun Baru Cina yang akan datang, IRVINS ingin anda berkongsi kasih dan kegembiraan dengan snek IRVINS. Hidangan 80g yang secukup rasa ini bertujuan memuaskan deria rasa tanpa perlu risau ia akan mengambil ruang yang banyak dalam perut anda. Anda akan ada banyak lagi ruang untuk menikmati saat yang indah ketika berkongsi makanan lazat bersama yang tersayang pada musim perayaan ini. Lebih menarik lagi, anda dapat meneruskan keriangan dan meluaskan kebahagiaan kepada keluarga dan rakan-rakan dengan bungkusan 210g yang lebih besar. Ia diperkaya dengan kuning telur itik sebenar dan bahan-bahan yang berkualiti lantas menawarkan kerangupan sejati yang kita, rakyat Malaysia, gemari. Tiba masanya untuk kita berkongsi rasa yang tidak dapat ditandingi dan mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan bersama-sama!
“Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat berada di pasaran e-dagang dan kedai runcit di Malaysia. Ramai peminat tegar IRVINS dan telur masin dari Malaysia yang sentiasa kami layani di kedai-kedai kami di Singapura. Oleh itu, peluang ini sudah lama kami nanti-nantikan. IRVINS juga tiba pada masa yang paling sesuai ketika kita kini menghampiri musim memberi dan berkongsi pada musim perayaan ini,” kata Irvin Gunawan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IRVINS.
Bermula dari bawah sebagai gerai kecil di Singapura, IRVINS telah berkembang pesat menjadi jenama global yang boleh didapati dalam lebih daripada 10 pasaran dan Malaysia adalah antara salah satu daripadanya hari ini. Ramai yang menyukai IRVINS kerana rasa asli yang disediakan dengan teliti melalui proses memasak menggunakan tangan dengan nisbah yang sempurna daripada bahan-bahan premium. Snek ini diinspirasikan daripada para chef sendiri lalu menjadikan snek mereka premium, menagihkan, dan menarik – semuanya pada masa yang sama. Jika masih belum jelas, reka bentuk jalur bahaya pada bungkusan IRVINS memberi amaran betapa snek mereka #DangerouslyAddictive!
Kini anda boleh membeli bungkusan 80g Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang, dan Kulit Salmon IRVINS bermula dari RM23.50 di beberapa kedai serbaneka terpilih seperti MiX, C U Mart manakala bungkusan 210g bermula dari RM56.00 di pasaran dalam talian Shopee dan Lazada. Selain itu, anda boleh jimat sehingga 11% dengan berbelanja minimum RM111 pada jualan 11.11 yang akan datang di Lazada dan Shopee. Musim berkongsi dan memberi akan menjadi lebih baik dengan tawaran yang lebih baik serta penjimatan yang lebih besar!
Bersama-samalah kita meraikan cinta terhadap snek, semangat berkongsi dan kegembiraan yang luar biasa. Jadikan IRVINS pilihan utama anda pada musim perayaan yang akan datang ini dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik di laman sosial mereka! Untuk maklumat lanjut, ikuti IRVINS di Instagram (@irvins.malaysia) dan Facebook (@Irvins – Malaysia).