Rangkaian QSR Halal Tempatan, Marrybrown Dipilih Sebagai Pengendali Kafe Rasmi Pavilion Malaysia Untuk Ekspo Dunia 2020 Akan Datang

Marrybrown membawa sajian kegemaran Malaysia ke World Ekspo Dubai 2020

MALAYSIA, 18 JUN 2021 – Rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama di Malaysia, Marrybrown akan membawa nama Malaysia dengan kepelbagaian aneka makanan tempatan serta perkhidmatan yang terbaik ke seluruh dunia dengan menjadi pengendali kafe rasmi Pavilion Malaysia untuk Expo Dunia 2020 yang akan berlangsung di Dubai dari 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022!

Sepanjang 40 tahun perkhidmatannya dengan sentiasa memperkenalkan ‘something different’, Marrybrown akan membawa sajian makanan citarasa Malaysia dengan variasi juadah tempatan seperti Hidangan Kebanggaan Malaysia iaitu Nasi Lemak MB; Nasi Kari Ayam; Teh Tarik; ayam goreng rangup dan banyak lagi yang dijamin dapat memikat selera antarabangsa.

Rangkaian QSR Halal Tempatan, Marrybrown Dipilih Sebagai Pengendali Kafe Rasmi Pavilion Malaysia Untuk Ekspo Dunia 2020 Akan Datang

“Selain daripada kepelbagaian budaya, apa yang menjadikan Malaysia sebuah negara unik adalah makanannya yang lazat. Kami amat berbangga kerana telah dipilih untuk mempamerkan kepada pengunjung ekspo tentang kebanggaan negara melalui pengembaraan gastronomi hidangan tempatan Malaysia,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Marrybrown, yang kini menyambut ulang tahunnya yang ke-40 ingin membawa penggemar mereka mengelilingi dunia dengan memperkenalkan makanan dari negara-negara luar yang masih lagi memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Dengan menjadi pengendali kafe rasmi di Pavilion Malaysia, mereka juga gembira kerana berpeluang untuk memperkenalkan Malaysia ke seluruh pelusuk dunia.

Memandangkan situasi terkini, Dato’ Joshua juga menyuarakan matlamatnya untuk menyajikan kepada semua pengunjung Ekspo untuk menikmati juadah sajian tempatan disepanjang Ekspo berlangsung.  

“Walaupun Marrybrown sudah terkenal di Dubai dengan beberapa cawangan kami yang berkembang maju di sana, kami tidak sabar untuk menyajikan hidangan lambang rakyat Malaysia seperti Nasi Lemak MB yang disajikan bersama nasi Lemak wangi yang disempurnakan dengan sambal MB yang asli kepada pengunjung yang datang ke kafe ini nanti,” tambah Dato’ Joshua.

Encik Shamsul Bahar Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan agensi pelaksana Expo 2020 Dubai berkata pengunjung akan terpikat dengan aroma ayam goreng rangup serta hidangan Marrybrown lain yang terkenal.

‘Pavillion Malaysia sangat gembira kerana Marrybrown menjadi pengendali kafe sekaligus mewakili identiti Malaysia. Marrybrown adalah contoh Rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama Malaysia yang telah mempelopori rangkaian sistem francais dan berjaya melebarkan sayapnya ke peringkat global,” kata Encik Shamsul.

Pavilion Malaysia di Expo 2020 Dubai direka seperti “Kanopi Hutan Hujan” dan bertemakan “Energising Sustainability“. Ia terletak di antara Daerah Kelestarian dan Daerah Mobiliti di tapak ekspo seluas 438 hektar. Pavilion akan menempatkan segmen untuk paparan dan pameran kekal, pusat perniagaan, amphitheatre, kedai runcit dan kawasan kafe.

“Kami berharap agar mendapat lebih banyak lagi peluang seperti ini untuk meneruskan perjalanan kami demi memperkenalkan jenama tempatan di peringkat global. Kami mahu Marrybrown menjadi jenama yang sering terlintas difikiran sesiapa sahaja dan sinonim dengan nama Malaysia yang boleh dibanggakan,” kata Dato’ Joshua.

Rangkaian QSR Halal Tempatan, Marrybrown Dipilih Sebagai Pengendali Kafe Rasmi Pavilion Malaysia Untuk Ekspo Dunia 2020 Akan Datang

MENGENAI MARRYBROWN

Marrybrown kini menyajikan berjuta-juta pelanggan di lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan objektif memberikan kualiti yang standard, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman yang sempurna. Setelah memasuki tahun ke-40, Marrybrown bersyukur kerana sokongan penggemar mereka yang tidak pernah putus dan bertekad untuk terus menyajikan menu “something different” dan hidangan lazat untuk semua.

MENGENAI PAVILION MALAYSIA DI EKSPO 2020 DUBAI

Malaysia akan menjadi antara 192 negara yang menyertai Expo 2020 Dubai, yang dijadualkan pada 1 Okt. 2021 hingga 31 Mac 2022. Bertemakan “Connecting minds, Creating the Future”, ekspo dunia ini adalah yang pertama diadakan di Rantau Timur Tengah, Afrika & Asia Selatan.

Pavilion Malaysia dibina sendiri dan menggambarkan Kanopi Hutan Hujan. Ia membawa tema “Energising Sustainability” untuk menawan komitmen dan pendekatan negara terhadap pembangunan lestari. Ia adalah pavilion karbon bersih. Aktiviti Malaysia semasa ekspo ini akan merangkumi paparan kekal, pameran, ceramah poket, sidang kemuncak dan forum, persembahan kebudayaan, demonstrasi dan 26 program perdagangan dan perniagaan bertema mingguan. Minggu perniagaan akan diterajui dan disokong oleh 22 kementerian, 44 agensi dan 5 kerajaan negeri. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merupakan kementerian utama bagi penyertaan Malaysia pada acara mega itu. Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) adalah agensi perlaksanaan.

© 2023 BlackButterfly DesignArts