Rancang Cuti Sekolah atau Percutian Songkran Dengan Jualan Mega 3.3 Trip.com Bermula 29 Februari

Rancang Cuti Sekolah atau Percutian Songkran Dengan Jualan Mega 3.3 Trip.com Bermula 29 Februari

Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 – Ingin tamatkan cuti sekolah dengan percutian singkat atau staycation? Atau mungkin anda sudah merancang untuk bercuti ke Bangkok bagi Sambutan Pesta Songkran pada bulan April atau cuti sekolah yang akan datang? Trip.com akan membantu anda membuat perancangan tersebut dengan pelbagai tawaran untuk kempen Jualan Mega 3.3 yang berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac 2024.

Antara tawaran yang disediakan adalah termasuk kupon yang akan diedarkan pada setiap malam jam 12:00 tengah malam yang bernilai sehingga RM500 untuk penerbangan, hotel dan tarikan. Selain itu, tawaran istimewa dan jualan kilat turut akan dikeluarkan pada tiga slot masa setiap hari sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pengguna Trip.com boleh membuat tempahan hotel, penerbangan, lawatan dan tarikan di negara-negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea dan banyak lagi. Tawaran menarik bagi tarikan yang disediakan termasuk Beli 1 Percuma 1 untuk Lawatan Waktu Malam KL Hop-On Hop-Off dan tiket kereta kabel Genting Awana Skyway. Kempen ini turut menyediakan tawaran penginapan hotel yang luar biasa dengan Hotel Jen Penang Georgetown by Shangri-La dan Thailand yang menyediakan pakej harga yang pasti akan menarik minat pelancong.

Selain itu, pemegang kad Mastercard World & World Elite akan menikmati potongan RM88 untuk semua penerbangan dengan perbelanjaan minimum RM2,000. Belum cukup lagi? Pengguna yang layak juga boleh mendapat potongan sehingga RM60 untuk pembelian tiket penerbangan dari Malaysia ke Thailand, China dan Singapura! Syarikat yang mengambil bahagian dalam tawaran ini termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Etihad Airways, Qatar Airways, Garuda Indonesia, Thai Airways, Philippines Airlines & T’way Air.

Untuk mendapatkan tawaran dan maklumat terkini yang lebih eksklusif, pengguna digalakkan untuk menyertai kumpulan sembang rasmi Trip.com Telegram Malaysia di https://t.me/TriptalksMY dan melanggan e-mel serta pemberitahuan aplikasi di https://my.trip.com/subscribe.

Untuk maklumat berkaitan jualan kilat, sila rujuk jadual di bawah.

TarikhJualan Kilat BermulaDestinasiTawaranTawaran Masa Terhad (RM)Harga Asal (RM)
29 Feb (Kha)12pmMalaysiaSwiss-Garden Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur
Deluxe King Room
88280
3pmMalaysiaSCAPES Hotel Genting
Deluxe King Room
88200
8pmThailandW3 Hotel Hatyai
Superior Double Room
88261
1 Mac (Jum)12pmMalaysiaJen Penang Georgetown by Shangri-La
Deluxe Twin Room
188451
3pmMalaysiaLawatan Waktu Malam KL Hop-On Hop-OffJualan Kilat Beli 1 Percuma 1 @ RM33
8pmThailandRamada Plaza by Wyndham Bangkok Menam Riverside
Superior Twin Room
1881,027
2 Mac (Sab)12pmMalaysiaHotel Sentral Melaka @ City Centre
Superior Room
88142
3pmMalaysiaGenting Awana SkywayJualan Kilat Beli 1 Percuma 1 @ RM10
8pmThailandVince Hotel Pratunam Bangkok
Superior Queen Room dengan sarapan
188241
3 Mac (Aha)12pmMalaysiaRoyale Chulan KL
Superior King Room
188300
3pmMalaysiaHotel Maya KLCC
Deluxe Room
188350
8pmThailandHoliday Inn Express Bangkok Siam
Standard Room dengan sarapan
188520

* Semua jualan kilat berlangsung selama satu jam, sementara stok masih ada.
** Tertakluk terma dan syarat

© 2023 BlackButterfly DesignArts