Kuala Lumpur, 27 Februari 2024 – Ingin tamatkan cuti sekolah dengan percutian singkat atau staycation? Atau mungkin anda sudah merancang untuk bercuti ke Bangkok bagi Sambutan Pesta Songkran pada bulan April atau cuti sekolah yang akan datang? Trip.com akan membantu anda membuat perancangan tersebut dengan pelbagai tawaran untuk kempen Jualan Mega 3.3 yang berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac 2024.
Antara tawaran yang disediakan adalah termasuk kupon yang akan diedarkan pada setiap malam jam 12:00 tengah malam yang bernilai sehingga RM500 untuk penerbangan, hotel dan tarikan. Selain itu, tawaran istimewa dan jualan kilat turut akan dikeluarkan pada tiga slot masa setiap hari sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pengguna Trip.com boleh membuat tempahan hotel, penerbangan, lawatan dan tarikan di negara-negara termasuk Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea dan banyak lagi. Tawaran menarik bagi tarikan yang disediakan termasuk Beli 1 Percuma 1 untuk Lawatan Waktu Malam KL Hop-On Hop-Off dan tiket kereta kabel Genting Awana Skyway. Kempen ini turut menyediakan tawaran penginapan hotel yang luar biasa dengan Hotel Jen Penang Georgetown by Shangri-La dan Thailand yang menyediakan pakej harga yang pasti akan menarik minat pelancong.
Selain itu, pemegang kad Mastercard World & World Elite akan menikmati potongan RM88 untuk semua penerbangan dengan perbelanjaan minimum RM2,000. Belum cukup lagi? Pengguna yang layak juga boleh mendapat potongan sehingga RM60 untuk pembelian tiket penerbangan dari Malaysia ke Thailand, China dan Singapura! Syarikat yang mengambil bahagian dalam tawaran ini termasuk Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Etihad Airways, Qatar Airways, Garuda Indonesia, Thai Airways, Philippines Airlines & T’way Air.
Untuk mendapatkan tawaran dan maklumat terkini yang lebih eksklusif, pengguna digalakkan untuk menyertai kumpulan sembang rasmi Trip.com Telegram Malaysia di https://t.me/TriptalksMY dan melanggan e-mel serta pemberitahuan aplikasi di https://my.trip.com/subscribe.
Untuk maklumat berkaitan jualan kilat, sila rujuk jadual di bawah.
Tarikh Jualan Kilat Bermula Destinasi Tawaran Tawaran Masa Terhad (RM) Harga Asal (RM) 29 Feb (Kha) 12pm Malaysia Swiss-Garden Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur
Deluxe King Room88 280 3pm Malaysia SCAPES Hotel Genting
Deluxe King Room88 200 8pm Thailand W3 Hotel Hatyai
Superior Double Room88 261 1 Mac (Jum) 12pm Malaysia Jen Penang Georgetown by Shangri-La
Deluxe Twin Room188 451 3pm Malaysia Lawatan Waktu Malam KL Hop-On Hop-Off Jualan Kilat Beli 1 Percuma 1 @ RM33 8pm Thailand Ramada Plaza by Wyndham Bangkok Menam Riverside
Superior Twin Room188 1,027 2 Mac (Sab) 12pm Malaysia Hotel Sentral Melaka @ City Centre
Superior Room88 142 3pm Malaysia Genting Awana Skyway Jualan Kilat Beli 1 Percuma 1 @ RM10 8pm Thailand Vince Hotel Pratunam Bangkok
Superior Queen Room dengan sarapan188 241 3 Mac (Aha) 12pm Malaysia Royale Chulan KL
Superior King Room188 300 3pm Malaysia Hotel Maya KLCC
Deluxe Room188 350 8pm Thailand Holiday Inn Express Bangkok Siam
Standard Room dengan sarapan188 520 * Semua jualan kilat berlangsung selama satu jam, sementara stok masih ada.
** Tertakluk terma dan syarat