Ramadhan 2025, Maxim Memberi Sokongan Pada Pihak Masjid dan Komuniti Pemandu

Ramadhan 2025, Maxim Memberi Sokongan Pada Pihak Masjid dan Komuniti Pemandu

Pada minggu-minggu awal Ramadhan tahun ini, Maxim Johor Bahru telah menyumbangkan pelbagai usaha derma kepada masyarakat dan pemandu rakan kongsi. Usaha monumental ini bertujuan untuk menghormati bulan suci dan memberi kembali kepada komuniti.

Minggu pertama tertumpu kepada pembangunan infrastruktur masjid, di mana Maxim E-hailing menyumbang dengan derma bangku di sekitar masjid. Secara keseluruhan, 20 masjid telah menerima bangku tersebut, yang merupakan kerjasama jangka panjang dengan pengurusan masjid dan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada masyarakat. Bangku ini adalah salah satu solusi untuk memenuhi keperluan segera orang-orang yang memerlukan.

“Bangku-bangku ini bukan sahaja meningkatkan infrastruktur masjid tetapi juga menguatkan rasa komuniti kita. Ia menyediakan ruang untuk orang duduk, merenung, dan berhubung. Kami benar-benar bersyukur atas sokongan ini. Jumlah pengunjung yang datang adalah golongan warga emas yang memerlukan ruang untuk duduk sementara menunggu, dan derma ini benar-benar ditujukan untuk kami,” kata pengurusan Masjid Kampung Melayu Majidee.

Tidak hanya itu, pada hari Jumaat lalu, pasukan pengurusan Maxim Johor Bahru telah mengagihkan makanan percuma kepada pemandu rakan kongsi yang datang ke pejabat. Secara keseluruhan, lebih daripada 50 pek makanan telah diedarkan. Ketua pasukan menyebarkan mesej tentang makanan percuma ke dalam kumpulan chat dan mereka boleh mengambilnya di pejatan.

Usaha ini diadakan untuk berkongsi kebaikan dan membawa kegembiraan Ramadhan bersama pemandu rakan kongsi. Ini kerana Maxim memahami bahawa pemandu tidak mempunyai cukup masa untuk membeli makanan, memandangkan waktu iftar biasanya jatuh pada waktu puncak dan keutamaan mereka adalah memastikan penumpang sampai ke lokasi tepat pada masanya.

“Kempen berterusan ini daripada pasukan adalah untuk menekankan pentingnya menyokong komuniti yang bekerja keras semasa bulan suci ini. Saya ingin menekankan bahawa usaha ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap belas kasihan dan solidariti. Bersama-sama kita membantu pembangunan masjid sambil memastikan pemandu boleh berbuka puasa dengan penuh maruah,” kata ketua Maxim Johor Bahru, Alif Abdull Kher.

Memberi kembali kepada komuniti semasa Ramadhan mempunyai makna yang mendalam, kerana ia mencerminkan semangat dermawan, empati, dan perpaduan yang mendefinisikan bulan suci ini. Kami berharap usaha-usaha ini dapat mencipta impak positif yang berkekalan, menginspirasi orang lain untuk menyumbang dan memupuk budaya kebaikan serta belas kasihan yang melangkaui bulan Ramadhan.

© 2024 BlackButterfly DesignArts