Rakyat Malaysia, Seah Zhang Yu Dinobatkan Individu Paling Gagah Asia Tenggara di R U Tough Enough 2019!

Penasihat Jualan dan Pejuang MMA, Seah, Mengatasi Segala Cabaran untuk Digelar Juara dalam ‘Final Showdown’

Kuala Lumpur, November 5, 2019 – KIX HD (Saluran Astro 729), destinasi utama hiburan aksi di Asia, baru-baru ini mengumumkan keputusan rasmi R U Tough Enough Southeast Asia, menobatkan salah seorang dari empat finalis Malaysia, Seah Zhang Yu, dengan gelaran Individu Paling Gagah Asia Tenggara; beliau memenangi hadiah utama bernilai US$15,000 (RM60,000)! Seah membanggakan Malaysia apabila muncul sebagai juara dari kalangan 18 finalis dari Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, melangkaui batasan dirinya terutama sekali ketika pertembungan akhir pusingan ‘Head-to-Head Challenge’ menentang pencabar utama lain, pegawai tentera udara, Kajohnsak dari Thailand.

R U Tough Enough 2019_Winner Seah Zhang Yu
R U Tough Enough 2019_Winner Seah Zhang Yu

Sebelum ini, Seah pernah memenangi Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) untuk kategori Flyweight tiga kali berturut-turut, sekaligus menumpaskan pesaingnya dalam pusingan pertama salah satu perlawanan MMA untuk membawa pulang tali pinggang kejohanan! Seorang yang percaya akan pentingnya minat mendalam, kerja keras dan dedikasi, Seah ternyata memiliki semua itu termasuklah kecenderungan dalam bidang kecergasan.

“Rasanya seperti sedang bermimpi dan saya tidak percaya yang saya menang! Pusingan terakhir dengan Kajohnsak memang sangat sengit. Saya fikir saya sudah gagal ketika di seksyen mengangkat tayar, kerana mengangkat bebanan bukanlah kekuatan utama apatah lagi dengan saiz badan saya yang kecil, namun saya tetap bertahan dan tidak putus asa. Di akhirnya, saya merasakan saya berjuang bukan semata untuk menang demi keluarga dan rakan-rakan, tetapi untuk negara tercinta Malaysia, dan itu telah memberikan dorongan terakhir untuk saya terus maju mencapai apa yang dianggap mustahil!” kata Seah.

“Kami bangga dengan pencapaian Seah menjuarai R U Tough Enough Southeast Asia tahun ini dan memperlihatkan bagaimana kekuatan fizikal, mental dan emosi merangkumi dan mengatasi segalanya. Ia adalah satu pertempuran yang sangat sengit mengalahkan 17 finalis lain dalam Final Showdown ini, dan Seah sememangnya layak untuk menang!” ulas Annie Chan, Pengarah Eksekutif Pengiklanan Afiliasi & Jualan, Celestial Tiger Entertainment. “Ketabahan, sikap ingin bergelar juara dan keazamannya jelas mewakili semangat R U Tough Enough – ia sangat memberikan inspirasi untuk melihat bagaimana seseorang dapat membangunkan kekuatan dalam diri dan ketahanan mental tidak kira apa yang ditempuhi sepanjang kehidupannya dan di KIX HD, kami meraikan kejayaan peribadi sebegini yang menempuhi apa saja cabaran.”

R U Tough Enough 2019_Seah-final leap up the Wall
R U Tough Enough 2019_Seah-final leap up the Wall

Final Showdown ini telah diadakan di Sunway Pyramid, dengan cabaran laluan berhalangan yang sukar bagi menguji keupayaan, kekuatan mental dan kemampanan emosi setiap finalis, mendorong mereka melangkaui batasan diri. Bahagian terakhir di laluan berhalangan tersebut memerlukan pesaing berlari dan melompat ke arah dinding melengkung menggunakan kekuatan atas badan untuk menarik diri mengatasi dinding tersebut bagi menyempurnakan perlumbaan. Di cabaran akhir pusingan ‘Head-to-Head Challenge’, Kajohnsak dari Thailand mengungguli pada awalnya, namun perlawanan menjadi dramatik apabila Seah mula menguasai dan berjaya menyelesaikan segalanya, dan seterusnya membuat lompatan terakhir di dinding melengkung sekaligus menundukkan Kajohnsak, dengan sorakan gemuruh dari orang ramai.

Pada tahun ini, R U Tough Enough mengetengahkan logo yang baharu dan memperkenalkan finalis dari Hong Kong buat pertama kali. Pada Januari 2020, kisah-kisah inspirasi kekuatan para peserta R U Tough Enough musim lepas akan ditayangan dalam sebuah rancangan TV eksklusif 30 minit yang akan disiarkan di KIX HD (Saluran Astro 729).

R U Tough Enough Southeast Asia 2019 dipersembahkan oleh Fisherman’s Friend, gula-gula untuk dewasa dengan pelbagai faedah tambahan, rakan kecergasan rasmi Celebrity Fitness, rakan media rasmi Astro, rakan tajaan lokasi rasmi Sunway Piramid, rakan hotel Dorsett Grand Subang dan rakan sokongan Warrior Reunion dan Infinix.

Dapatkan perkembangan terkini pertandingan ini menerusi platfrom media sosial KIX HD, iaitu Facebook: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts