Rakyat Malaysia Berlari Hampir 300,000 Kilometer Dalam Larian Herbalife Live Your Best Life

Sejumlah 15,000 Peserta di Seluruh Asia Pasifik Berlari Sejauh Sejuta Kilometer

Rakyat Malaysia Berlari Hampir 300,000 Kilometer Dalam Larian Herbalife Live Your Best Life
(Front: Fourth from left) Steven Chin, Senior Director/General Manager, Herbalife Malaysia and Singapore leading a group of enthusiastic participants as they eagerly prepare to kick off the Herbalife 5KM Sustain Run at UiTM Shah Alam.

Shah Alam, 26 Februari 2024 – Herbalife, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang terkemuka, telah menganjurkan larian Herbalife ‘Live Your Best Life 2023’ di seluruh rantau Asia Pasifik. Acara ini mencapai kejayaan besar dengan sejumlah 15,000 peserta berlari sejauh lebih daripada 1 juta kilometer di Malaysia, Australia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, New Zealand, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Larian sepanjang satu bulan disertai oleh lebih daripada 4,600 peserta Malaysia, yang bersama-sama meliputi jarak larian melebihi 290,000 kilometer, satu pencapaian yang sungguh mengagumkan.

Diadakan sepanjang November 2023, kemuncak acara ‘Live Your Best Life Herbalife Run 2023’ di Malaysia ialah aktiviti ‘Herbalife 5KM Sustain Run’ yang diadakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM). Acara tersebut telah dianjurkan serentak di empat kampus UiTM di seluruh negara, iaitu Kampus  UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Negeri Sembilan (Kampus Seremban), UiTM Cawangan Melaka (Kampus Jasin) dan UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh) dan menarik penyertaan lebih daripada 1,800 pelari.

Sebahagian daripada kerjasama berterusan antara Herbalife dan UiTM yang bertumpukan kepada pemakanan dan sains sukan, acara ‘5KM Sustain Run’ mencerminkan sinergi yang dihasilkan oleh kedua-dua organisasi untuk menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan belia Malaysia di institusi pendidikan yang terbesar di negara ini.

Meskipun berlari dalam cuaca hujan, peserta menunjukkan tahap kesungguhan dan daya tahan yang tinggi. Muhammad Hazim Zuhairi bin Azahari, pelajar sains komputer berusia 22 tahun dari UiTM Shah Alam yang sedang berlatih untuk menjadi pelari menara, muncul sebagai juara. Berkat usaha gigih yang ditunjukkan, beliau membawa pulang baucar barangan dan pakaian sukan bernilai RM1,000.

Rakyat Malaysia Berlari Hampir 300,000 Kilometer 
Dalam Larian Herbalife Live Your Best Life
(Center) Muhammad Hazim Zuhairi bin Azahari receives RM1,000 worth of sports merchandise as the first-place winner of the Herbalife 5KM Sustain Run, presented by (left) Associate Professor Dr. Shahsuzan Zakaria, Director of Student Development at Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam and Steven Chin.

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, semasa mengulas mengenai kejayaan acara berkata: “Aktiviti  ‘5KM Sustain Run’ sesungguhnya memperlihatkan matlamat kerjasama yang bermakna antara Herbalife dan UiTM. Lebih penting lagi, ia menekankan dedikasi jangka panjang untuk bersama-sama memupuk semangat kemasyarakatan dan menggalakkan pembangunan generasi belia yang lebih aktif.”

Profesor Madya Dr. Shahsuzan Zakaria, Pengarah Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di UiTM, berkata, “Kerjasama dengan pemimpin industri seperti Herbalife memberikan pendedahan berharga kepada para pelajar kami dan memberi peluang kepada mereka untuk mencapai kemajuan diri, melengkapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu untuk menikmati sepenuhnya kehidupan selepas mendapat ijazah. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak aktiviti yang membina asas yang kukuh demi meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan pada masa depan.”

Nurul Izzati binti Mohazir, peserta dari Fakulti Sains Gunaan UiTM Shah Alam yang berusia 21 tahun berkata, “Acara 5KM Sustain Run membolehkan kami melibatkan diri dalam aktiviti sukan bersama rakan-rakan, dan memberi inspirasi kepada kami untuk terus menjalani gaya hidup aktif. Kita semua boleh menyertai aktiviti sukan seperti ini dengan mula mengambil langkah mudah untuk beransur-ansur membina kehidupan yang sihat, seperti berjalan kaki pantas, kemudian berjoging perlahan-lahan dan seterusnya menyertai acara larian seperti ini dan kalau boleh mencapai kemenangan!” 

Di samping itu, ‘Live Your Best Life Herbalife Run 2023’ turut berjaya mengumpulkan dana berjumlah US$61,000 (RM289,000) untuk Yayasan Pemakanan Herbalife (HNF). Secara keseluruhan, US$300,000 (RM1.4juta) telah dikutip daripada penganjuran acara sejak 2020 untuk membekalkan pemakanan kepada kanak-kanak yang memerlukan di Asia Pasifik menerusi program induk Casa Herbalife anjuran HNF.

Acara larian tahunan Herbalife telah diadakan selama empat tahun berturut-turut dan melibatkan 70,000 peserta dari pelbagai negara di rantau Asia Pasifik, yang bersama-sama berlari sejauh 4 juta kilometer.

© 2023 BlackButterfly DesignArts