Rakan Grab: Memacu Malaysia Madani Hadapan, Menyemai Semangat Perpaduan dan Memperkasa Ekonomi Digital Hari Merdeka Ini

Petaling Jaya, 31 Ogos 2023 – Grab Malaysia dengan sukacitanya ingin berkongsi bahawa rakan-pemandu dan raken-penghantar Grab yang berdedikasi telah memainkan peranan aktif dalam perbarisan dan perarakan Hari Merdeka yang telah diadakan dengan meriah di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, dan Kuantan. Bagi  sambutan Hari Merdeka yang ke-66, Grab Malaysia telah berganding bahu dengan rakan-pemandu dan rakan-penghantarnya untuk meraikan perjalanan Malaysia ke arah kemerdekaan dan perpaduan. Penyertaan rakan-rakan Grab Malaysia dalam perarakan ini melambangkan komitmen mereka kepada negara dan sumbangan mereka dalam membina masyarakat yang lebih baik.

Rakan Grab menyertai perarakan kemerdekaan di Kota Kinabalu
Rakan Grab menyertai perarakan kemerdekaan di Kota Kinabalu

Grab mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh rakan-pemandu dan rakan-penghantarnya dalam memacu pertumbuhan ekonomi. “Melalui usaha gigih dan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi, rakan-pemandu dan penghantar Grab telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi digital dan keusahawanan di Malaysia. Kami mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan pemandu dan penghantar kami yang tidak pernah jemu berkhidmat dan menyumbang kepada keperluan Malaysia dan rakyatnya melalui ekonomi digital. Seiring dengan kemajuan negara, rakan-rakan Grab juga memainkan peranan penting dalam memacu keterangkuman ekonomi dan memperkasakan individu untuk menjana cara hidup yang mampan. Penyertaan mereka dalam Perarakan Hari Merdeka melambangkan dedikasi mereka dalam memacu ekonomi dan komitmen mereka untuk membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” kata Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia.

Rakan Grab menyertai perarakan kemerdekaan di Johor Bahru
Rakan Grab menyertai perarakan kemerdekaan di Johor Bahru

Selama lebih satu dekad, komuniti rakan Grab telah menjadi nadi kepada semua yang dilakukan oleh syarikat ini dan Grab kekal komited untuk terus menyokong rakan pemandu dan penghantarnya dalam memacu Malaysia Madani ke hadapan. Berteraskan wawasan kemajuan dan perpaduan yang sama, Grab Malaysia bersama dengan rakan Grab telah bertekad untuk memenuhi harapan dan membuka jalan bagi masa depan yang lebih cerah untuk semua rakyat Malaysia. Melalui kerjasama dan sokongan bersama, Grab Malaysia akan terus memperkasakan rakan pemandu dan penghantarnya, merangsangkan peningkatan ekonomi, dan mencipta peluang yang lebih luas melampaui sekadar penyediaan perkhidmatan. Hari ini, rakan pemandu dan penghantar Grab dengan bangganya berdiri bersama Grab Malaysia untuk meraikan Hari Merdeka, memperkukuhkan semangat ketekunan dan perpaduan yang selama ini telah mendorong kemajuan Malaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts