You are currently viewing Raikan Diri Anda Bersama Levi’s® dan Kempen “You Are Wonderfully Made” pada Ramadan ini 

Raikan Diri Anda Bersama Levi’s® dan Kempen “You Are Wonderfully Made” pada Ramadan ini 

Tahun lalu, Levi’s® telah melancarkan kempen “We Are Wonderfully Made” (Kita Diciptakan Sempurna) yang memaparkan koleksi pakaian yang luas, lestari dan bergaya sempena bulan Ramadan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk “Buy Better, Wear Longer” (Beli Lebih Baik, Pakai Lebih Lama). Untuk tahun ini, Levi’s® mahu menyampaikan mesej “You Are Wonderfully Made” (Anda Diciptakan Sempurna) kepada seluruh rakyat Malaysia, mengalakkan semua untuk memaparkan nilai-nilai keperibadian diri melalui gaya mereka.

Dengan menyedari betapa pentingnya aspek individu dan peribadi seseorang, Levi’s® ingin menekankan tentang ekspresi diri, dimana setiap individu adalah unik dan sempurna. Setiap orang mempunyai keinginan untuk membuat kebaikan dalam cara tersendiri. Ini menjadi lebih ketara apabila kita berada dalam bulan mulia yang penuh dengan semangat memberi dan kemaafan. 

Apabila bergabung, kekuatan individu kita – tanpa mengira kecil atau besar – mempunyai kuasa untuk membawa perubahan. Ini dapat dilihat dengan lebih ramai belia hari ini yang lebih peka tentang pilihan harian mereka untuk mengurangkan jejak karbon masing-masing. Levi’s® berhasrat untuk menjadi rakan sekutu semua pihak dalam perjalanan penemuan diri mereka menerusi penawaran produk-produk berkualiti tinggi dalam pelbagai padanan, gaya dan potongan yang segar serta saiz yang bermatlamat untuk dipakai untuk jangka masa yang lama.

Bersempena dengan Ramadan juga, Levi’s® memperkenalkan koleksi kapsul Eco Performance, diinspirasikan oleh konsep “The New Lounge” (Santai Baharu), yang menggabungkan elemen keselesaan dan gaya. 

Cuaca panas di negara ini mungkin menyebabkan ketidakselesaan, khasnya apabila anda berada di luar untuk menyempurnakan tugasan dan menziarahi insan-insan tersayang semasa musim perayaan. Melalui teknologi Eco Performance Levi’s®, jenama ikonik ini terus mengintegrasikan gaya bersama fungsi dan kelestarian, sambil memberi pelbagai pilihan pakaian yang direka teliti untuk menyerlahkan gaya hidup anda. 

Koleksi Eco Performance Climate Levi’s® terdiri daripada fabrik inovatif yang diperbuat dengan ciri-ciri penyamanan dan sesuai untuk negara beriklim panas tropika seperti Malaysia. Kain denimnya diperbuat daripada serat Aerolight yang mempunyai teknologi menyerap kelembapan di samping memberi kesan penyejukan, sekali gus memastikan anda sentiasa sejuk, kering dan selesa. 

Bagi pilihan bukan denim pada Ramadan ini, Levi’s® mengintegrasikan REPREVE iaitu gentian poliester yang diperoleh daripada botol-botol kitar semula dalam koleksinya. Fabrik lestari ini turut direka untuk menyingkir dan menyerap kelembapan. 

Tambahan terbaharu dalam fabrik lestari Eco Performance Levi’s® adalah Chill Tech, satu gabungan unik kapas dan serat lestari yang menghasilkan fabrik sangat lembut dan ringan dengan ciri-ciri menyejuk dan menyerap kelembapan. Pada musim ini, Levi’s® membawakan pembaharuan pada platform Chill Tech dengan pelbagai pilihan washes, gaya dan padanan segar yang sempurna untuk Hari Raya nanti. 

Koleksi kapsul lelaki menawarkan baju dalam warna biru dan merah jambu yang lembut dan segar, berlatar belakangkan kombinasi warna hitam dan putih. Turut ditampilkan grafik-grafik bermusim yang menaikkan semangat dan memberikan suntikan tenaga serta keseronokkan bagi meraikan musim panas ini. 

Dengan pembaharuan terhadap portfolio fabrik mereka, gaya Ramadan tahun ini menampilkan pelbagai rekaan baharu dan ringan seperti seersucker dan compact jersey pada kemeja dan baju-T serta gaya throwback dengan elemen-elemen moden menerusi siluet Slouchy fit baharu yang tampak cool, mudah dipadankan, dan gaya yang lebih santai.

Teknologi Eco Performance Cool menawarkan ciri-ciri fabrik menyejukkan yang inovatif pada rekaan jeans denim klasik dan moden Levi’s®, menampilkan XX Chino Standard Taper fit dalam pilihan warna bermusim baharu yang diperbuat daripada fabrik REPREVE. 

Sementara baju wanita pada koleksi ini memberi tumpuan pada warna-warna lembut, diserlahkan dengan warna-warna persimmon dan kuning serta berkontraskan dengan sentuhan warna butternut untuk menggambarkan perubahan warna pada siang hari musim panas. 

Kepelbagaian siluet gaya yang bersesuaian dengan pelbagai bentuk tubuh dan panjang lengan membolehkan si pemakai menzahirkan keperibadian dan gaya unik tersendiri pada acara-acara penting yang juga mematuhi kehendak budaya menerusi fabrik knit dan woven, diperincikan dengan sulam hias smoking, jahit tepi beropol, dan bahagian atas lengan paf.

Bagi seluar pula, Levi’s® memperkenalkan “Pajama Denim” baharu, nama yang diinspirasikan daripada rekaan longgar yang amat lembut dan selesa. Koleksi kapsul ini menawarkan pelbagai pilihan denim menggunakan fabrik SORBTEK REPREVE yang diperbuat daripada botol-botol kitar semula. Ia mewujudkan iklim mikro antara tubuh anda dan fabrik tersebut dengan penebat yang mencukupi serta menyerap kelembapan, pada masa sama turut menyediakan perlindungan UV.

Selain daripada hasrat untuk menghasilkan fabrik yang lestari, Levi’s® menerapkan konsep “Buy Better, Wear Longer” (Beli Lebih Baik, Pakai Lebih Lama) untuk semua pelanggannya dengan menggalakkan mereka membeli pakaian berkualiti lebih tinggi yang mampu bertahan lebih lama. Menerusi konsep ini, lebih banyak sumber semulajadi terpelihara kerana permintaan terhadap fast fashion (fesyen segera) menyusut kesan daripada penghasilan fabrik lestari. 

Dengan kesedaran bahawa trend berubah pantas dengan peredaran masa, Levi’s® menyediakan perkhidmatan Tailor Shop di seluruh dunia, yang membolehkan pelanggan membuat penyesuaian peribadi atau memberi penampilan baharu kepada baju-T, jeans, jaket trucker, dan item-item Levi’s® kegemaran mereka. 

“Pasukan kami peka bahawa Style Curator (Kurator Gaya) hari ini bersifat berani dalam meneroka idea-idea dan konsep baharu serta mencetus perubahan dengan pelbagai kemungkinan. Levi’s® mahu menjadi sebahagian daripada usaha tersebut serta menjadi teman kepada individu yang mahu membentuk masa depan ini. Dengan lebih ramai peminat Levis® membuat pilihan secara bijak menerusi pembelian lestari, Levi’s® berhasrat untuk memberikan mereka kebebasan untuk menyerlahkan diri mereka dengan penuh gaya, pada masa sama memberikan keyakinan bahawa pakaian tersebut diperoleh secara mampan. Dengan Levi’s® menawarkan pelbagai jenis pakaian selain daripada seluar jeans, kami memastikan gaya mereka terjamin pada Ramadan ini!,” kata Imran Butt, Pengurus Besar, Levi’s® Malaysia dan Singapura.

Gaya utama Ramadan 2022 dan koleksi Levi’s® Eco Performance kini boleh didapati di laman levi.com.my, semua butik Levi’s® dan gedung-gedung di seluruh negara. Perkhidmatan Levi’s® Tailor Shop terletak di  Lot 308H-1, Aras 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur dan Pavilion Bukit Jalil.