Raikan Bulan Kopi Antarabangsa Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf®

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2021 – Benarlah kata bidalan, tak kenal maka tak cinta. Bagi yang belum jatuh hati, kopi hanyalah…sekadar kopi. Namun bagi penggemarnya,ianya sepertimerasakan hari mereka tidak lengkap tanpa menikmati minuman dengan aroma yang menyegarkan dan hirupan pertama yang mampu melapangkan fikiran ini, seolah kopi seumpama cecair emas. Bahkan, mungkin ada yang tidak menyangka bahawa di sesetengah tempat di dunia ini, biji kopi pernah diterima sebagai mata wang.

Tentunya The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) yang paling memahami dan menghargai nilai sebenar kopi. Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, CB&TL berusaha untuk memartabatkan kopi yang berkualiti; di sepanjang perjalanan biji kopi kami, bermula dari ladang di puncak gunung tinggi sehinggalah ia sampai ke kaunter yang menyajikan minuman kegemaran anda. Setiap biji kopi, sama ada yang berasal dari  Afrika Timur, Amerika Latin atau rantau Pasifik, dipilih daripada 1% biji kopi Arabika yang terbaik di dunia. Lebih menarik, sumber biji kopi ini datangnya dari ladang kecil dan estet persendirian yang terletak pada ketinggian 6,000 kaki di atas paras laut, di mana CB&TL berurusan terus dengan penanam kopi, bagi memastikan mereka mendapat harga berpatutan di samping menjalin kerjasama yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti.

Signature Espresso kami adalah campuran biji kopi dari lima rantau berbeza, digabungkan untuk menghasilkan espresso penuh, beraroma harum, dengan setiap biji kopi menampilkan ciri keunikannya yang tersendiri. Biji kopi dari setiap kawasan ini akan dipanggang secara berasingan di dalam kuantiti kecil bagi mengekalkan kualiti dan menggandakan aroma serta perisanya sebelum digandingkan bersama untuk menghasilkan campuran akhir.

Hasilnya? Signature Espresso istimewa yang menampilkan bru dengan rasa mewah, yang cukup memuaskan setiap hirupan.

Kami juga teruja untuk menawarkan minuman Kahawa 28, yang dihasilkan daripada Peaberry Tanzania, spesis jarang ditemui yang tumbuh sebagai biji kopi tunggal. Minuman dari biji kopi tunggal ini memang cukup istimewa; ia membolehkan anda merasai sepenuhnya pelbagai ciri unik kopi ini, termasuklah keharuman aroma bunga jasmin dengan sedikit cetusan rasa coklat dan anggur hitam.

“Bru terbaik – dihasilkan daripada biji kopi berkualiti yang dipanggang pada suhu yang tepat untuk mengoptimumkan perisanya – mempunyai keajaiban tersendiri. Ia boleh meningkatkan semangat anda dan mengubah keseluruhan hari anda, serta mengeratkan penggemar kopi dengan cara yang istimewa. Inilah yang kami lakukan di The Coffee Bean & Tea Leaf®, dan inilah juga sebabnya mengapa kami terus membuat pelaburan dalam pencarian biji kopi terbaik di seluruh dunia,” kata Fiona Rodrigues, Ketua Jualan & Pemasaran, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Bulan ini, izinkan kami membawakan anda unsur yang paling penting dalam sajian kami – sentuhan kemanusiaan – supaya anda boleh menikmati minuman yang disediakan secara teliti bagi memberikan pengalaman yang cukup memuaskan.”

Untuk meraikan Bulan Kopi Antarabangsa bersama CB&TL, kami memberikan penghargaan sepenuhnya kepada biji kopi yang mengagumkan ini. Sepanjang bulan Oktober ini, anda boleh membuat pilihan dari Menu ‘Fully Caffeinated’, yang disediakan khusus menggunakan Signature Espresso kami sebagai asas, disajikan bersama Espresso Whipped Cream khas untuk meningkatkan lagi keenakan rasanya. Malah, inilah masa yang terbaik untuk anda mencuba Hazelnut Charcoal edisi terhad kami yang boleh dinikmati sebagai minuman panas, sejuk atau sebagai minuman Ice Blended®.  

Bagi mendapatkan butiran mengenai keistimewaan yang disediakan buat penggemar kopi, lawatilah akaun Instagram CB&TL @coffeebeanMY atau laman web www.coffeebean.com.my untuk menu penuh. Terdapat juga beberapa tawaran hebat untuk tempoh terhad sahaja, di semua cawangan CB&TL yang beroperasi. Anda boleh mengambilnya sendiri menggunakan platform pungutan ‘Leaf With Me’, atau dihantar ke rumah oleh penghantar Grabfood dan Foodpanda.

Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini CB&TL, kunjungi halaman Facebook CB&TL, www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram CB&TL  @coffeebeanMY, atau lawati laman web mereka di www.coffeebean.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts