Radio Gegar Anjur Ibadah Korban Untuk Kampung Di Kelantan

Mengenai ‘Korban Raya GEGAR 2021’

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, GEGAR, jenama radio pilihan No. 1 di Pantai Timur, menganjurkan ibadah korban menerusi ‘Korban Raya GEGAR 2021’, dan mengagihkan daging korban kepada tiga buah kampung di Tanah Merah, Kelantan iaitu Kampung Padang Lalang, Kampung Banggol Nering, Kampung Batu Hitam.

Korban Raya GEGAR 2021

Proses penyembelihan serta pengagihan daging korban dikendalikan oleh Geng GEGAR Fan Club (GGFC) di Tanah Merah, dan daging korban diagihkan kepada hampir 145 buah rumah dari kampung-kampung tersebut.

Selain melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam, tujuan penganjuran ‘Korban Raya GEGAR 2021’ adalah untuk berkongsi rezeki bersama peminat di Kelantan dan sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan mereka kepada jenama GEGAR.

Penganjuran ibadah korban ini diluluskan dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Maklumat lanjut berkaitan ‘Korban Raya GEGAR 2021’ boleh didapati di halaman rasmi GEGAR

“Kami bersyukur berpeluang menjalankan ibadah korban dan mengagihkan sumbangan ini kepada peminat-peminat kami di Kelantan tahun ini. Disebabkan norma baharu dan sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti turun padang seperti ini dihadkan. Namun, dengan kerjasama dan bantuan Geng GEGAR Fan Club (GGFC) dari Tanah Merah sendiri, usaha ini dapat dijalankan untuk kami berkongsi rezeki bersama peminat dan penduduk kampung dalam meraikan Hari Raya Aidiladha ini.”
Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan GEGAR

© 2023 BlackButterfly DesignArts