You are currently viewing Quill City Mall KL Menyambut Pembukaan Besar-Besaran NSK Grocer, Kedai Runcit Terbesar Di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

Quill City Mall KL Menyambut Pembukaan Besar-Besaran NSK Grocer, Kedai Runcit Terbesar Di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur

Quill City Mall KL membawakan kedai runcit inovatif yang pertama seumpamanya, NSK Grocer dengan produk premium yang mampu milik untuk warga KL

Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 – Bersedialah untuk kedai runcit terbaharu! Destinasi runcit dan gaya hidup fizikal dan digital (Figital), Quill City Mall KL dengan bangganya mengumumkan pelancaran penyewa utamanya, NSK Grocer, yang dikenali sebagai kedai runcit terbesar yang menggayakan konsep kedai runcit moden baharu yang pertama di Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan pelbagai tawaran produk tempatan dan import premium mampu milik.

NSK Grocer di Quill City Mall KL bersedia untuk menjadi lokasi terpilih untuk keperluan harian dan barangan runcit berkualiti bagi kesenangan para pembeli. Berkeluasan lebih 85,000 kaki persegi yang terdiri daripada bahagian makanan segar terbesar, bahagian barangan kering, bahagian borong dan deli, NSK Grocer @ Quill City Mall KL menggayakan konsep pertama seumpamanya yang memodenkan suasana pasar tradisional yang dilengkapi dengan persekitaran yang kemas dan selesa.

Sebagai kedai runcit terbesar dengan pilihan makanan segar yang paling luas di Kuala Lumpur, NSK Grocer akan menjadi kedai runcit pertama oleh Kumpulan NSK yang menawarkan rangkaian produk premium berkualiti dan mampu milik dari seluruh dunia. Barangan yang ditawarkan termasuk pelbagai jenis barangan runcit, barangan isi rumah, ayam, hasil segar seperti sayur-sayuran, makanan laut seperti ikan, udang dan ketam pada harga yang berpatutan untuk lebih nilai kepada wang anda. Selain itu, pemilik perniagaan kecil juga boleh membeli barangan pukal di bahagian borong dengan pelbagai pilihan produk pada harga yang menjimatkan.

Encik Justin Liew, Naib Presiden Kanan Quill City Mall Retails Sdn Bhd berkongsi bahawa dengan memperolehi NSK Grocer yang pertama sebagai penyewa di Quill City Mall KL, ianya bukan sahaja satu kejayaan untuk pusat beli-belah itu, tetapi juga merupakan satu usaha strategik yang dibentuk untuk memenuhi permintaan para pembeli hari ini yang arif lagi moden.

“Kami berbesar hati untuk memiliki NSK Grocer yang pertama sebagai sebahagian daripada keluarga Quill City Mall, dan kami berbesar hati untuk membawa pengalaman membeli-belah yang teristimewa dan menyeronokkan kepada para pembeli moden masa kini. Sebagai salah satu pusat membeli-belah terkemuka di Pusat Bandar Kuala Lumpur, kami sentiasa berusaha untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang menarik dan memudahkan khas buat pembeli untuk mendapatkan keperluan harian mereka di satu tempat lalu menghasilkan destinasi membeli-belah yang ideal untuk semua. Kami yakin NSK Grocer mempunyai potensi dan kredibiliti yang kukuh untuk memenuhi keperluan orang ramai di Kuala Lumpur dan seluruh Lembah Klang,” kata Encik Justin waktu majlis pelancaran baru-baru ini.

Encik Loh Teck Wah, Pengarah Eksekutif NSK Grocer (KL) Sdn Bhd menegaskan bahawa Quill City Mall adalah lokasi yang ideal untuk membuka cawangan baharunya yang pertama. Ini disebabkan lokasi strategik pusat beli-belah ini yang terletak di tengah-tengah bandar, ditambah pula dengan kehadiran pelbagai jenis pelanggan yang berkunjung setiap hari, terutamanya pekerja pejabat, keluarga muda dan para pelajar kolej di kawasan sekitar.

“NSK Grocer bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembekal produk premium berkualiti pada harga yang sangat berpatutan untuk orang ramai. Konsep inovatif terkini ini memenuhi keperluan setiap gaya hidup, dan kami percaya pembukaan NSK Grocer di Quill City Mall KL akan menghasilkan pengalaman membeli-belah yang santai serta mendatangkan impak positif kepada orang ramai, terutamanya bagi mereka yang menetap atau bekerja di pusat bandar yang sentiasa sibuk maka memerlukan kedai runcit yang bersesuaian untuk mendapatkan keperluan harian mereka.

“NSK Grocer berbangga kerana kami sentiasa menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif. Dengan penyediaan bahagian hasil segar yang terbesar, NSK Grocer memberi pelbagai pilihan kos efektif untuk setiap individu. Kami komited untuk sentiasa menyediakan hasil segar dengan bekerjasama rapat dengan semua pembekal utama kami dan memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami,” kata Teck Wah.

NSK Grocer terletak di LG-19-21 Lower Ground di Quill City Mall KL, dan dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Quill City Mall KL, sila layari https://www.quillcitymall.com.my/