Qashier Memperkenalkan Treats, Satu Tawaran Yang Menggabungkan POS, Pembayaran, dan Kesetiaan Pelanggan  Dengan Kesetiaan  Berintegrasi Pembayaran Automatik

  • Qashier adalah penyedia penyelesaian POS dan pembayaran pertama di Asia Tenggara untuk menawarkan program kesetiaan unik.
  • Program pilot Treats telah meningkatkan jualan sebanyak 26% dan menarik kepulangan pelanggan dalam lapan hari.
  • Selain itu, peranti QashierXS turut dinaik taraf untuk membawa perkhidmatan yang lebih baik.
Qashier Memperkenalkan Treats, Satu Tawaran Yang Menggabungkan POS, Pembayaran, dan Kesetiaan Pelanggan  Dengan Kesetiaan  Berintegrasi Pembayaran Automatik

Kuala Lumpur, 15 Julai 2024 – Syarikat pemula fintech yang berpangkalan di Singapura, Qashier, hari ini melancarkan Treats, program kesetiaan unik yang berintegrasi dengan pembayaran (payment-linked loyalty). Pelancaran Treats bertujuan memudahkan cara pelanggan mengumpul mata ganjaran, di mana mereka hanya perlu membayar dengan kad kredit/ debit yang dipautkan dengan peniaga di bawah program Treats.

Sebelum pelancaran Treats, Qashier telah menjalankan program pilot pada Jun 2024 dengan sebanyak 7,000 pelanggan di mana peniaga-peniaga Qashier telah menyaksikan peningkatan sebanyak 26% dalam pembelian serta peningkatan kadar pelanggan yang kembali dalam lingkungan lapan hari.

Menurut laporan YouGov terkini yang memerhati landskap program kesetiaan di Asia Pasifik, faktor  utama yang menghalang pengguna menyertai program kesetiaan adalah kesukaran dalam membuat  pendaftaran (52%) dan juga struktur ganjaran yang mengelirukan (50%). Untuk membantu para peniaga mengatasi cabaran ini, Qashier telah melancarkan Treats sebagai penyelesaian kesetiaan yang pantas, mudah dan lancar.

Pelanggan yang berminat untuk mendaftar Treats hanya perlu mengimbas kod QR untuk memautkan kad kredit atau debit mereka. Selepas itu, mereka boleh menikmati mata ganjaran secara automatik apabila mereka membeli-belah dengan mana-mana peniaga yang menggunakan Treats.

Mata ganjaran Treats yang terkumpul boleh ditebus dengan diskaun apabila pelanggan kembali ke kedai tersebut. Pelanggan yang membeli-belah dengan peniaga yang memiliki multistore juga mempunyai pilihan untuk memperolehi dan menebus mata ganjaran Treats di seluruh rangkaian kedai mereka.

Ciri Treats tersedia untuk semua peniaga QashierPOS dan QashierPay untuk memudahkan pelanggan membayar dan memperolehi mata ganjaran secara automatik. Dinobatkan sebagai inovasi yang pertama dalam industri fintech, terminal QashierPay yang diaktifkan dengan Treats akan membolehkan peniaga mengakses profil dan mata ganjaran pelanggan melalui peranti tersebut semasa pembayaran. Selain itu, perancangan Qashier untuk melancarkan perkhidmatan QashierPay di Thailand dan Filipina pada tahun ini, mendorong lebih ramai pelanggan dan peniaga di Asia Tenggara didedahkan kepada  faedah Treats.

“Qashier sentiasa menjadi pilihan utama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bagi perkhidmatan pembayaran digital kami. Dengan pelancaran Treats, kami telah mengembangkan sokongan kami untuk memberi manfaat kepada kedua-dua peniaga dan pelanggan. Bagi peniaga, ini bermakna mereka dapat mengeratkan hubungan pelanggan dan menggalakkan pembelian berulang. Manakala bagi pelanggan, Treats menawarkan ganjaran cashback secara automatik semasa membeli-belah di kedai kegemaran mereka. Kami teruja untuk memberi pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan lebih memuaskan untuk kedua-dua pihak ,” kata Travis Kok, Naib Presiden Kanan Qashier.

Dengan integrasi Treats, produk Qashier kini menawarkan penyelesaian bisnes 3-dalam-1 yang meliputi perisian POS yang berkuasa, pembayaran yang boleh menerima transaksi kad kredit, pembayaran mudah alih, e-wallet, pembayaran kod QR, pembayaran dalam talian, serta program kesetiaan. Ini menguasakan para peniaga untuk menyelaraskan operasi mereka melalui satu peranti untuk menjalankan transaksi dengan lancar dan menguruskan kos operasi  yang berpatutan. Lebih-lebih lagi, program kesetiaan Treats baharu ini adalah percuma dan disertakan untuk peniaga QashierPOS dan QashierPay di Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand untuk  tahun 2024.

QashierXS: Kini Diperbaharui dan Dinaik Taraf

Trend digitalisasi merupakan topik hangat bagi para peniaga di Singapura – terutamanya di kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Laporan Ekonomi Digital Singapura 2023 mendedahkan bahawa kadar penerimaan teknologi oleh PKS telah meningkat daripada 73.8% pada tahun 2018 kepada 94.3% pada tahun 2022. Mengikuti perkembangan ini, Qashier juga telah memperbaharui peranti  QashierXS seiring dengan pelancaran Treats bagi mempertingkatkan mutu pengalaman pembayaran dalam landskap ekonomi digital yang sentiasa berubah.

Qashier Memperkenalkan Treats, Satu Tawaran Yang Menggabungkan POS, Pembayaran, dan Kesetiaan Pelanggan  Dengan Kesetiaan  Berintegrasi Pembayaran Automatik

Berbanding dengan versi terdahulu, QashierXS baharu yang berfungsi 3-dalam-1 menawarkan pemprosesan yang lebih pantas dan kapasiti memori yang lebih tinggi, justeru menguasakan para peniaga untuk mengendali inventori dan mengakses rekod transaksi. Sungguhpun dengan peningkatan ini, berat peranti  QashierXS yang baharu ini kekal di bawah 500 gram, dan mempunyai reka bentuk yang ramping dan padat seperti versi terdahulu.

Dengan memanfaatkan teknologi yang semakin berkembang, QashierXS merupakan peranti serba guna yang bukan sahaja ringan dibawa, menjimatkan  ruang, malah berupaya untuk  mencekapkan operasi peniagaan seperti pembayaran POS dengan kos rendah.

QashierXS kini dilancarkan di Singapura, Thailand, dan Filipina. Sementara itu, Malaysia dijangka melancarkannya pada bulan Ogos. 

Sejak penubuhannya pada tahun 2019, Qashier telah memproses transaksi bernilai lebih daripada AS$1 bilion dan memperkasakan hampir 7,000 perniagaan di seluruh Asia Tenggara dengan peranti  bersepadu dan penyelesaian perisian berasaskan awan yang boleh memudahkan operasi.

Qashier juga baru-baru ini mendapatkan Kelulusan Secara Prinsip bagi lesen Institusi Pembayaran Utama (MPI) daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi menawarkan perkhidmatan pemerolehan peniaga, serta perkhidmatan pemindahan wang domestik dan rentas sempadan.

Perkembangan Qashier telah meluaskan jangkauannya di empat pasaran utama di Asia Tenggara, termasuk Singapura, Malaysia, Filipina, dan Thailand. Seiring dengan pengembangannya, Qashier akan terus berinovasi dan melabur dalam teknologi untuk memastikan para peniaga di rantau ini dapat mengembangkan dan menskalakan perniagaan mereka dengan berkesan dan mudah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Qashier dan caranya memperkasakan perniagaan anda, sila kunjungi https://www.qashier.com/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts