Putar, jilat dan celup! OREO tetap kekal ceria sehingga ke 108 tahun

Biskut kegemaran dunia raikan keceriaan bersama rakyat Malaysia dengan pemberian biskut, permainan yang menarik dan peraduan media sosial

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2020 – OREO, biskut kegemaran dunia telah menyambut ulang tahun yang ke-108 pada 6 Mac, dan sehingga kini ia masih terus mengilhamkan detik-detik keceriaan bersama keluarga kepada jutaan penggemarnya di serata dunia. Seiring dengan semangat ceria dan DNA jenamanya, OREO ingin menggalakkan orang ramai untuk merapatkan hubungan dan menikmati saat-saat ceria dengan OREO.

OREO yang julung kali diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1912 kini merupakan biskut yang terlaris di dunia dan dinikmati di lebih 100 buah negara. Jenama yang sentiasa berinovasi ini telah memperkenalkan beraneka jenis perisa yang menyelerakan termasuklah pudina, vanila, red velvet, dan mentega kacang. Tidak kiralah bagaimana caranya ia dinikmati, ritual ikonik OREO iaitu “putar, jilat, celup” menjadikan OREO satu-satunya biskut yang dapat menyatukan penggemarnya.

“OREO sentiasa berpegang kepada kemesraan dengan mambawakan detik-detik yang menyeronokkan buat pengguna dan orang kesayangan mereka. Kami sentiasa mencari sesuatu yang baharu untuk menggalakkan keceriaan kerana ia adalah cara yang paling berkesan untuk menyatukan dan menghubungkan sesiapa sahaja. Sebagai memperingati ulang tahun OREO yang ke-108, kami mengharapkan ibu bapa serta anak-anak dapat mencungkil keceriaan tanpa batasan mereka melalui OREO,” kata Arpan Sur, Pengarah Bersekutu, Ekuiti dan Inovasi , Biscuits-Treat and Savoury  Asia Tenggara , Mondelēz International.

Sebagaimana semangat yang penuh keceriaan dalam meraikan hari ulangtahunnya,, OREO telah menganjurkan kempen digital di Malaysia yang menyaksikan para pelayar internet menerima kejutan yang menyeronokkan apabila mereka melayari laman web kegemaran mereka. Rujukan nakal buat internet cookies menyaksikan pengguna yang bersetuju menerima cookies(“accept cookies”) daripada  OREO dibawa ke laman Lazada untuk menerima satu pek biskut secara percuma. Sejumlah 2,000 pek OREO telah dihadiahkan kepada pengguna terawal yang cukup teruja di seluruh negara.

Sambutan diteruskan di luar talian di mana OREO membawakan kejutan kepada keluarga yang terplih di Malaysia dengan OREO Birthday Treasure Hunt Kit. Kit khusus itu menampilkan aktiviti yang menyeronokkan dan permainan berinspirasikan OREO yang mengujakan, dengan tujuan untuk mewujudkan pertalian yang ceria di rumah serta merapatkan hubungan ahli keluarga dengan cara yang unik, imaginatif, dan cukup  bermakna.

Oreo turut mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi detik-detik OREO bersama keluarga mereka sendiri di media sosial dengan hashtag #MakeEveryMomentPlayful dan #OreoMYStayPlayful. Bermula hari ini hingga 12 April 2020, penyertaan dengan kapsyen yang paling kreatif dan mendefinasikan ‘detik ceria’ bakal berpeluang untuk menjadi di antara 10 pemenang bertuah di Malaysia untuk menerima hamper ulang tahun OREO.

OREO adalah salah satu daripada jenama di bawah Mondelēz, syarikat pengeluar snek yang terkemuka. Menerusi misinya untuk memperkasakan orang ramai ke arah pemakanan snek yang berhemah, Mondelēz menawarkan snek yang sesuai kepada para pengguna di Malaysia dan di seluruh dunia dengan snek yang tepat, di masa yang betul, dan diperbuat dengan cara yang sepatutnya.

Untuk detik-detik “putar, jilat dan celup” yang tidak dapat dilupakan, OREO kini menawarkan satu pek 133g percuma dengan setiap pembelian dua pek pelbagai 264.6g di kedai-kedai terpilih. OREO boleh didapati di semua pasar raya dan kedai serbaneka utama di Malaysia dalam pek-pek berikut:

  • Pek tunggal 133 gram @ RM3.30
  • Pek pelbagai 264.6 gram @ RM5.89
Putar, jilat dan celup! OREO tetap kekal ceria sehingga ke 108 tahun – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts