Pusat Perubatan Sunway Velocity Rai Ulang Tahun Ke-3 dengan Kempen #FamilyHealthHistoryMatters

Kebanyakan penyakit dan masalah kompleks berlaku disebabkan faktor genetik serta boleh diwarisi daripada ahli keluarga
SMCV ingin menekankan kepentingan mengetahui sejarah kesihatan keluarga untuk menjaga diri demi masa depan yang lebih bermakna

Kuala Lumpur, 1 September 2022 – Gaya hidup dan pemakanan sihat adalah antara langkah yang boleh diambil untuk kualiti hidup yang lebih baik, namun adakah anda tahu bahawa sejarah kesihatan keluarga juga memainkan peranan yang penting untuk mencegah pelbagai penyakit dan masalah kesihatan yang lain?

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan sebanyak 1.7 juta rakyat dewasa Malaysia hidup dengan kombinasi penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol, manakala 3.4 juta orang lagi mempunyai dua daripada tiga penyakit tersebut.

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), dalam sambutan ulang tahun ketiganya melancarkan kempen #FamilyHealthHistoryMatters untuk meningkatkan kesedaran akan kepentingan mengetahui sejarah kesihatan diri dan keluarga supaya pesakit mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap masa depan mereka. Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini telah memaklumkan bahawa jangka hayat rakyat Malaysia semasa kelahiran pada tahun 2021 dijangka meningkat kira-kira 12 tahun berbanding lima dekad lalu dan meningkatkan keperluan mempunyai perancangan penjagaan kesihatan yang lebih baik untuk memastikan kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

Sepanjang bulan September ini, SMCV akan menyediakan pelbagai tawaran istimewa, pakej saringan dan juga aktiviti CSR untuk menggalakkan lebih ramai orang memberi perhatian kepada sejarah kesihatan keluarga mereka untuk manfaat mereka sendiri.

Derrick Chan, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV
Derrick Chan, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV

Derrick Chan, Ketua Pegawai Eksekutif SMCV berkongsi, “Sektor kesihatan berperanan penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan, dan SMCV berhasrat untuk merealisasikan perkara ini untuk komuniti di sekeliling kami. Kami ingin menggalakkan pesakit kami membuat keputusan yang lebih baik tentang kesihatan mereka – dengan cara mewujudkan lebih banyak kesedaran tentang keperluan untuk memahami sejarah kesihatan keluarga mereka atau memilih untuk menjalani saringan kesihatan tahunan bagi mengenal pasti sebarang isu kesihatan. Kami mahu melakukan perubahan dan memberi sokongan kepada komuniti – SMCV berbangga untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan para pesakit kami, dan kami berhasrat untuk memberikan kualiti rawatan yang baik untuk para pesakit yang memerlukannya kini dan pada masa akan datang.”

Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan SMCV
Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan SMCV

Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan dari SMCV menambah, “Amat penting untuk mempunyai pengetahuan tentang sejarah kesihatan keluarga supaya anda dapat mengetahui risiko untuk mendapat penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases) yang mungkin berlaku awal, atau kemudian dalam hidup. Meskipun anda tidak boleh mengubah genetik, anda boleh menukar pilihan gaya hidup kepada yang lebih sihat – perubahan ini, disertakan dengan saringan kesihatan dapat membantu untuk mengesan tanda-tanda awal penyakit dan anda boleh bertindak lebih awal untuk memastikan tahap kesihatan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.”

Berkenaan Kempen Ulang tahun Ke-3 SMCV

Bagi mengalakkan lebih ramai pesakit mengambil serius tentang sejarah kesihatan keluarga mereka, SMCV memberi tawaran bagi pakej saringan kesihatan dan pakej saringan jantung pada harga diskaun, ujian darah dan penanda tumor serta pemeriksaan endoskopi dan kolonoskopi sepanjang bulan September ini.

SMCV juga akan mengadakan hari terbuka Pusat Kesuburan Sunway pada bulan yang sama, dan seterusnya akan diikuti dengan aktiviti gerai vendor di hospital ini. Pada akhir September, SMCV akan menganjurkan aktiviti “treasure hunt” yang akan dibuka kepada orang ramai. Kesemua hasil jualan tiket aktiviti ini akan disumbangkan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) yang merupakan pusat sehenti penyelidikan kebangsaan bagi semua perkara berkaitan buah pinggang, jadi semua digalakkan untuk turut serta.

Kempen ini akan ditutup di penghujung bulan September dengan aktiviti derma darah yang akan dijalankan dari 29 ke 30 September di SMCV. Orang ramai boleh hadir ke hospital untuk menderma darah serta menyumbang kepada perubahan dalam kehidupan mereka yang memerlukannya kerana setiap titisan darah mampu menyelamatkan nyawa.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Sebarang maklumat, sila hubungi +603 9772 9191 atau email kami di [email protected].

© 2023 BlackButterfly DesignArts