Pusat Perubatan Sunway Velocity Berkongsi Keceriaan Krismas Bersama Warga Emas Agecare Sdn Bhd

Pusat Perubatan Sunway Velocity Berkongsi Keceriaan Krismas Bersama Warga Emas Agecare Sdn Bhd
  • Dengan kerjasama daripada ‘Fetch Me Later’, hospital tertiari ini dapat menggembirakan warga emas dengan bantuan beberapa anjing terlatih dengan sesi bermain dan persembahan
  • Terdapat juga sesi perkongsian dan pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan oleh doktor pakar SMCV khusus untuk warga emas dan penjaga atau ahli keluarga mereka, dengan tujuan mementingkan kesejahteraan untuk semua

Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 – Dengan bantuan beberapa rakan berkaki empat untuk memeriahkan lagi suasana menjelang sambutan Krismas yang bakal tiba, Pusat Perubatan Sunway Velocity Velocity (SMCV) telah mengadakan lawatan komuniti ke AgeCare Sdn Bhd, sebuah rumah jagaan warga emas di Cheras.

Pada 10 Disember, rumah warga emas ini telah dikunjungi oleh lebih kurang 40 orang yang hadir untuk menyokong dan memeriahkan rumah jagaan ini. Ini terdiri daripada 10 warga emas yang tinggal di rumah jagaan itu, penjaga mereka, ahli keluarga serta doktor pakar dan kakitangan daripada SMCV. Dengan penjagaan warga emas menjadi antara tumpuan teras bagi SMCV, lawatan komuniti ini adalah sebahagian daripada komitmennya untuk memberi semula kepada masyarakat, dengan tambahan segmen yang menarik pada kali ini.

Lawatan komuniti ini dimulakan dengan sesi perkongsian oleh Dr Ryan Tee Chun Keat, Pakar Perunding Psikiatri daripada SMCV yang bercakap mengenai penjagaan stres di kalangan pengasuh serta berkongsi mengenai kepentingan untuk memahami mereka yang tugas utamanya menjaga orang lain.

Pusat Perubatan Sunway Velocity Berkongsi Keceriaan Krismas Bersama Warga Emas Agecare Sdn Bhd

“Sokongan dan bantuan untuk pesakit adalah sangat penting untuk memastikan mereka sihat, namun kesejahteraan penjaga mereka harus dititikberatkan dengan baik. Menjaga orang tua bukanlah satu tugas yang mudah dan penjaga sering berhadapan dengan pelbagai tuntutan penjagaan. Akibatnya, mereka berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan fizikal dan mental. Oleh itu, adalah sangat penting bagi penjaga untuk belajar bagaimana menguruskan tekanan mereka dengan baik dan menjaga keperluan kesihatan mental mereka sendiri,” kongsi Dr Ryan.

Acara kemuncak untuk lawatan komuniti ini ialah segmen khas oleh Fetch Me Later, sebuah pusat penginapan dan dandanan yang membawa beberapa anjing terlatih untuk membuat persembahan atau ‘pawformance’ istimewa, serta sesi bemain dengan warga emas yang tinggal rumah jagaan tersebut. Segmen ini sememangnya menimbulkan perasaan gembira dan teruja di kalangan warga emas yang dihiburkan dan bermain bersama dengan anjing yang hadir.

Kajian telah menunjukkan bahawa terapi haiwan peliharaan atau ‘pet therapy’ mempunyai kesan positif yang mendalam, terutamanya kepada warga emas. Sementara hubungan di antara haiwan dan manusia telah ditunjukkan untuk meningkatkan moral seseorang, ia juga boleh mengurangkan insiden kemurungan[1] di kalangan warga emas.

Pusat Perubatan Sunway Velocity Berkongsi Keceriaan Krismas Bersama Warga Emas Agecare Sdn Bhd

“Pesakit warga emas atau orang-orang tua, terutamanya mereka yang ditempatkan di rumah jagaan selalunya berasa boleh berasa sunyi dan seperti kehilangan tempat tinggal kerana mereka diletakkan di persekitaran yang pada awalnya tidak dianggap sebagai rumah mereka. Mempunyai haiwan peliharaan, atau menjalani terapi haiwan peliharaan boleh mengurangkan rasa sunyi dan boleh memberikan mereka sesuatu untuk dinanti-nantikan serta boleh meningkatkan perasaan gembira,” tambah Dr Ryan.

Puan Jaya Rajamanickam, Pengasas Rumah Warga Emas Age Care menghargai keprihatin SMCV yang bukan sahaja mengambil berat mengenai kesihatan warga emas tetapi juga kesejahteraan mereka yang terlibat dalam menjaga mereka. Beliau juga menekankan kepentingan sesi perkongsian Dr Ryan mengenai pengawalan stress di kalangan penjaga, dan faedahnya untuk ahli keluarga serta penjaga yang mungkin mengalami cabaran ini.

Beliau juga berkongsi, “Sepanjang kami menjaga warga emas di sini, kami sentiasa mencari cara baharu untuk menyediakan penjagaan yang lebih baik untuk penduduk AgeCare Sdn Bhd. Kami amat terharu dan berterima kasih kepada SMCV di atas lawatan komuniti yang diadakan menjelang krismas ini. Sentuhan tambahan terapi haiwan peliharaan ini sangat dialu-alukan, dan ini terbukti apabila jelas terpancar kegembiraan di wajah warga emas kami sebaik melihat anjing-anjing tiba. Kami mengalu-alukan SMCV atau sesiapa sahaja yang ingin melawat dan mengembirakan penduduk kami pada bila-bila masa.”

Selain daripada segmen yang menyeronokkan ini, Pakar Perunding SMCV turut hadir untuk memeriahkan suasana dan menjalankan pemeriksaan percuma untuk warga emas dan ahli keluarga atau pengasuh mereka, termasuk Dr Raymond Yeak Dieu Kiat, Pakar Perunding Ortopedik, Trauma dan Pakar Bedah Sukan yang menjalankan pemeriksaan klinikal untuk kesihatan tulang; Dr Juani Hayyan Abdul Karaf, Pakar Perunding Telinga, Hidung, Tekak (ENT) dan Pakar Bedah Kepala dan Leher yang menjalankan pemeriksaan ENT serta Dr Lakana Kumar Thavaratnam, Pakar Perunding Oftalmologi dan Neuro-Oftalmologi yang menjalankan pemeriksaan mata.

Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Sebarang maklumat, sila hubungi +603 9772 9191 atau email kami di smcv-enquiry@sunway.com.my. Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan Sunway Medical Centre Velocity, sila layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my/ (Facebook: Sunway Medical Velocity).

Pusat Perubatan Sunway Velocity Berkongsi Keceriaan Krismas Bersama Warga Emas Agecare Sdn Bhd – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts