Pusat Mata Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway dan A-Look Eyewear Tawar Perkhidmatan Penjagaan Mata Holistik

Pusat Mata Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway dan A-Look Eyewear Tawar Perkhidmatan Penjagaan Mata Holistik

Bandar Sunway, 11 Mac 2024 – Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, dan A-LOOK Group, syarikat yang menyediakan cermin mata yang bergaya dan inovatif, baru-baru ini mengumumkan kerjasama strategik bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan mata yang komprehensif dan berkualiti kepada masyarakat di Lembah Klang serta kawasan sekitarnya.

Melalui usahasama yang dijalinkan, kedua-dua organisasi ini akan bekerjasama menganjurkan inisiatif kesedaran awam mengenai kesihatan mata sambil menekankan kepentingan melakukan pemeriksaan mata secara berkala. Antara program yang bakal dianjurkan ialah penyediaan perkhidmatan penjagaan mata seperti pemeriksaan kesihatan mata dan pemberian cermin mata percuma kepada komuniti yang memerlukan, dengan fokus terhadap anak-anak yatim dan penduduk orang asli yang menetap di kawasan terpencil.  Penglihatan yang jelas adalah sangat penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Selain itu, kerjasama strategik ini juga bertujuan untuk memudahkan pelanggan A-LOOK melalui proses rujukan dengan lancar. Mereka boleh mendapat akses perkhidmatan penjagaan mata yang khusus di Pusat Mata Sunway menerusi talian bantuan khas yang disediakan kepada pengamal penjagaan mata A-LOOK, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Melalui kerjasama ini, pesakit mempunyai akses kepada perkhidmatan perubatan penjagaan mata serta produk optik pada bila-bila apabila diperlukan. Keadaan yang boleh menyebabkan mata menjadi buta seperti retinopati diabetik dan glaukoma boleh dielakkan jika intervensi awal dilaksanakan.

Visi Bersama Demi Mata yang Sihat

“Pusat Mata Sunway ialah salah satu daripada 28 Pusat Kecemerlangan di SMC dan ia memainkan peranan penting dalam ekosistem kami,” kata Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif SMC. “Berpandukan prinsip sinergi, kerjasama strategik ini memanfaatkan kekuatan kedua-dua organisasi.  Sebagai pusat rujukan pilihan bagi A-LOOK, SMC menawarkan perkhidmatan penjagaan mata yang menyeluruh kepada komuniti serta memastikan akses yang pantas ke Pusat Mata Sunway, yang kini merupakan pusat rujukan pilihan A-LOOK.”

“Misi kami di A-LOOK ialah untuk menyediakan cermin mata yang bukan sahaja bergaya dan inovatif, malah turut mengutamakan kesejahteraan holistik pelanggan kami,” kata Dato’ Terry Ngeow, Pengarah Urusan A-LOOK Group. “Kerjasama strategik dengan Pusat Mata Sunway, yang sememangnya terkenal dengan kepakaran dan komitmen yang utuh terhadap penjagaan mata, adalah selari dengan nilai kami iaitu memastikan kualiti dan kepuasan pelanggan.”

Mengubah Kehidupan Melalui Kerjasama

“Kami akan berganding bahu untuk meletakkan penanda aras bagi standard kesihatan mata dan kecemerlangan cermin mata, menggabungkan kedua-dua bahagian ini demi meningkatkan kesihatan mata untuk mendapat penglihatan yang jelas,” kata Dato’ Terry Ngeow. “Kerjasama ini menjanjikan perkhidmatan yang yang tiada tandingan, seperti cermin mata yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan khas untuk setiap individu serta meninggalkan impak yang berkekalan kepada komuniti kami.”

SMC meraikan ulang tahunnya yang ke-25 pada tahun ini. Memulakan operasi pada tahun 1999 dengan hanya 200 katil berlesen dalam satu menara, SMC kini berkembang kepada kapasiti 724 katil yang terletak di lima menara iaitu Menara A hingga E. Dengan pembukaan Menara F pada tahun hadapan, SMC akan dilengkapi dengan 1,100 katil berlesen.

A-LOOK ialah kumpulan rangkaian perniagaan penjagaan mata yang mengendalikan tiga jenama optic iaitu A-LOOK, SEEN dan OWL.  Mereka menyediakan perkhidmatan refraksi penglihatan dan menjual bingkai optik, cermin mata hitam, kanta mata, kanta sentuh dan aksesori, dengan lebih daripada 100 cawangan kedai di Semenanjung Malaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts