
KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2025 – Purcotton, jenama gaya hidup kapas premium, kini rasmi dilancarkan di Malaysia, sekali gus memperkenalkan rangkaian keperluan harian diperbuat daripada 100% kapas yang digemari di seluruh dunia kepada pengguna tempatan. Bersempena dengan pelancaran ini, sebuah acara pop-up akan berlangsung di Oval Concourse, Tingkat LG, 1 Utama Shopping Centre, bermula hari ini hingga 17 Ogos 2025.
Ditubuhkan pada tahun 2009, Purcotton berteraskan ketulenan dan keselesaan yang dihasilkan daripada 100% kapas tulen. Terinspirasi daripada gabungan perkataan ‘Pure’ dan ‘Cotton’, jenama ini komited menghasilkan keperluan harian yang secara semula jadi lembut pada kulit dan mesra alam.
Dengan sokongan kepakaran perubatan selama 34 tahun daripada syarikat induknya, Winner Medical, Purcotton mengekalkan piawaian pembuatan bertaraf perubatan yang ketat bagi seluruh rangkaian produknya. Antara produk utamanya yang mendapat sambutan global termasuk tisu kapas 100% pertama di dunia yang juga peneraju pasaran, tisu basah kapas, produk penjagaan feminin, penjagaan bayi, serta barangan keperluan rumah dan juga keperluan perjalanan.
“Kami teruja untuk membawa Purcotton, jenama gaya hidup kapas premium, ke pasaran Malaysia – sebuah pasaran yang mengutamakan kualiti, keselesaan, dan kelestarian,” ujar Andie Liu Hua, Naib Presiden Purcotton. “Misi utama kami adalah untuk mendorong rakyat Malaysia agar memilih produk harian yang bukan sahaja lembut pada kulit, tetapi juga mesra alam. Ini hanyalah permulaan perjalanan kami di sini, dan kami berhasrat untuk berkembang bersama komuniti dengan penjagaan serta tanggungjawab sebagai teras segala yang kami lakukan.”
Kapas Tulen, Keselesaan Sejati
Purcotton percaya bahawa apa sahaja yang bersentuhan dengan kulit haruslah selamat, selesa, dan dihasilkan secara bertanggungjawab. Kapas, serat semula jadi yang boleh digunakan terus tanpa proses kimia, menawarkan kelembutan semula jadi, pengudaraan yang baik, dan keselesaan yang berpanjangan — ciri-ciri yang menyokong kesejahteraan harian. Semua produk Purcotton diperbuat daripada kapas tulen semula jadi berkualiti tinggi 100% yang hipoalergenik dan bebas daripada bahan kimia keras, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk bayi dan individu berkulit sensitif.
Sebagai serat semula jadi, kapas tumbuh subur di tanah kering, boleh dituai setiap tahun, dan terurai secara semula jadi. Ini menjadikannya pilihan boleh diperbaharui dan mesra alam dari sumber hingga ke rak, selari dengan komitmen jenama terhadap gaya hidup yang selamat dan lestari.
Peranan Kapas dalam Kehidupan Harian — Dari Penjagaan Kulit ke Kelestarian
Majlis perasmian acara pop-up “Pure Cotton, Pure Comfort” di 1 Utama menampilkan sesi panel eksklusif yang bertujuan untuk mendidik, mencetuskan dialog pakar, dan menggalakkan perubahan nyata. Sesi ini mempertemukan Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Kartini Farah Rahim; Aktivis Kelestarian dan Pengacara TV, Melissa Tan; serta Pencipta Kandungan dan Ikon Fesyen, Jestinna Kuan, yang membincangkan impak kapas terhadap penjagaan kulit, kesejahteraan gaya hidup, dan kelestarian jangka panjang.
Pelancaran Purcotton di Malaysia turut membawakan inisiatif “The Cotton Commitment”, sebuah seruan terbuka kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang lebih bijak dalam kehidupan seharian. Sama ada memilih kapas semula jadi 100% berbanding bahan sintetik, mengamalkan tabiat lebih sihat dan selamat, atau menjadi lebih peka terhadap produk yang digunakan — setiap langkah kecil memberi impak besar. Bersama-sama, tindakan sedar ini mampu membentuk masa depan yang lebih lembut pada kulit dan lebih mesra alam.
Alami Kelembutan Purcotton di 1 Utama
Bermula sekarang hingga 17 Ogos, acara pop-up Purcotton mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk merasai sendiri kelembutan kapas tulen 100% melalui zon interaktif, sesi percubaan produk, aktiviti menghias beg jinjing, serta permainan digital yang menyeronokkan. Pengunjung juga boleh mempelajari manfaat kapas tulen, menebus benih kapas untuk ditanam di rumah, serta menyertai aktiviti “Belanja dan Menang” dengan peluang membawa pulang hadiah eksklusif.
Keperluan harian kapas tulen 100% Purcotton kini boleh didapati di rakan niaga terpilih di Malaysia, termasuk Jaya Grocer, Guardian, myNews, Popular, serta kedai khusus ibu dan bayi utama. Pembelian juga boleh dibuat secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada — memudahkan rakyat Malaysia beralih kepada produk penjagaan harian berasaskan bahan semula jadi.
Jangan lepaskan peluang untuk menerokai dunia keselesaan tulen bersama Purcotton — kini di 1 Utama sehingga 17 Ogos. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/PurcottonMY/.