Program Mesra Ramadhan Anjuran IJM Land Menjadi Sinar Harapan Bagi Keluarga Kurang Bernasib Baik di Seremban

Program Mesra Ramadhan Anjuran IJM Land Menjadi Sinar Harapan Bagi Keluarga Kurang Bernasib Baik di Seremban

Seremban, 5 April 2024 – Sempena bulan Ramadan yang sedang berlangsung, IJM Land sekali lagi telah melancarkan Program Mesra Ramadan yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan enam keluarga yang kurang bernasib baik di Seremban. Inisiatif tahunan ini menekankan komitmen pemaju hartanah terkemuka Malaysia terhadap tanggungjawab sosial dengan memberikan sokongan kepada keluarga yang memerlukan supaya mereka dapat menjalani bulan suci ini dengan tenang, serta membantu mereka membuat persiapan bagi sambutan Raya yang akan datang.

Pada tahun ini, IJM Land melanjutkan sokongannya kepada enam keluarga yang layak dengan menyediakan barang-barang keperluan bernilai RM600, termasuk beras, minyak masak, tepung, dan biskut, berserta RM1,000 sebagai duit Raya. Usaha amal ini bertujuan untuk memastikan keluarga-keluarga yang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan dapat menyambut perayaan tanpa diselubungi dengan tekanan kewangan.

Encik Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad menegaskan kepentingan untuk mengingati dan membantu mereka yang berada dalam keadaan sukar, terutamanya semasa Ramadan dan Raya, yang merupakan masa untuk pemurnian rohani dan purifikasi.

“Sementara umat Islam di seluruh negara bersiap sedia untuk sambutan yang meriah, adalah penting bagi kami untuk menitikberatkan keprihatinan terhadap masyarakat tempatan semasa bulan puasa ini. Matlamat kami bukan sahaja untuk menyalurkan bantuan secara material, malahan demi menyemarakkan sinar harapan dan kesatuan dalam komuniti. Oleh itu, kami ingin memastikan bahawa tiada keluarga yang dibiarkan menghadapi beban kewangan semasa musim perayaan,” tambah Encik Chai.

Program Mesra Ramadhan Anjuran IJM Land Menjadi Sinar Harapan Bagi Keluarga Kurang Bernasib Baik di Seremban

Di antara enam keluarga tempatan tersebut, Mastura binti Abdul Rahim (56 tahun) dan Siti Haidawati binti Biseri (46 tahun) merupakan ibu tunggal, masing-masing dengan cabaran sendiri. Mastura, yang mempunyai seorang anak, menghidap kencing manis dan telah menjalani pembedahan amputasi kaki, manakala Siti Haidawati, yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah, sedang berjuang dengan penyakit buah pinggang. Selain itu, Sahrul Arifin bin Md Yunos (40 tahun), seorang penjual burger, dan isterinya, Noor Anzalina binti Almarsi (41 tahun), seorang pegawai imigresen, memikul tanggungjawab untuk membesarkan empat orang anak yang masih di bangku sekolah.

Program Mesra Ramadhan Anjuran IJM Land Menjadi Sinar Harapan Bagi Keluarga Kurang Bernasib Baik di Seremban

Sementara itu, Mohd Hafiz bin Abdul Kader (40 tahun) memperolehi pendapatan minimum sebagai pengawal keselamatan untuk menyokong dua anaknya yang masih kecil. Norazli bin Mohd Ishak (41 tahun) yang bekerja sebagai pemandu peribadi juga menghadapi kesukaran dari segi kewangan untuk menyokong empat orang anaknya yang berumur antara 5 hingga 16 tahun. Penerima lain, Hanisah Binti Abdul Kader (46 tahun) mendapati dirinya berada dalam keadaan yang mencabar kerana membesarkan dua orang anak di samping menjaga bapanya yang tua, sementara suaminya, Md Bahar Uddin Bin Mustafar (41 tahun) hanya mendapat upah minimum sebagai pengawal keselamatan.

Melalui Program Mesra Ramadan, IJM Land bukan hanya berhajat untuk memberikan bantuan segera tetapi juga untuk menginspirasikan budaya empati dan sokongan yang lebih luas dalam masyarakat.

“Selain daripada mengubahsuai landskap hartanah, kami komited untuk “Bringing Life to Ordinary Spaces”. Program ini lebih daripada usaha amal; ia merupakan peluang untuk berhubung dan belajar dari orang di sekeliling kita. Untuk tahun-tahun yang akan datang, kami berharap dapat terus menaikkan semangat komuniti tempatan dan memberi hak nyata mereka. Bersama-sama, marilah kita menjadikan musim perayaan ini kenangan yang tersemat dalam ingatan,” demikian disimpulkan oleh Encik Chai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Mesra Ramadan, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.

© 2024 BlackButterfly DesignArts