IJM Seremban 2 memberikan bantuan kewangan dan keperluan asas kepada keluarga kurang berkemampuan, membantu mereka menyambut Deepavali dengan lebih ceria dan bermakna
Seremban, 25 Oktober 2024 – Semasa komuniti Hindu di seluruh dunia bersiap sedia untuk menyambut Pesta Cahaya, IJM Land Seremban 2 meneruskan tradisinya untuk menyebarkan kegembiraan dan sokongan kepada keluarga tempatan yang kurang bernasib baik melalui program tahunan Deepavali Charity Cheer. Pada tahun ini, program tersebut memberi tumpuan untuk menceriakan sambutan enam keluarga yang kurang berkemampuan dengan memberikan bantuan kewangan dan barangan keperluan harian.
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), IJM Land Seremban 2 telah mengenal pasti enam keluarga di kawasan Seremban yang menghadapi masalah kewangan. Setiap keluarga telah menerima wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan keperluan harian bernilai RM600, termasuk beras, minyak masak, biskut perayaan, dan barangan runcit lain supaya mereka dapat menyambut Deepavali dengan penuh keceriaan.
Datuk Chai Kian Soon, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, berkongsi bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ketujuh program amal tersebut, dan beliau berkata, “Setiap tahun, kami menemui keluarga yang mempunyai masalah kewangan dan tidak dapat menikmati sambutan perayaan Deepavali. Dengan bantuan yang diberi, kami bukan sahaja untuk meringankan beban kewangan mereka tetapi juga untuk mewujudkan peluang kepada mereka untuk menikmati perayaan yang bermakna in.,”
Antara penerima bantuan tahun ini ialah Puan Komathi Nyana Tambi, keluarganya menghadapi kesukaran selepas beliau mengalami strok semasa PKP dan tidak dapat bekerja. Suaminya pula berkaki palsu dan juga tidak bekerja. Satu-satunya sumber pendapatan keluarga mereka adalah daripada anak lelaki mereka yang berusia 19 tahun, yang bekerja di kilang. Seorang lagi penerima bantuan tahun ini ialah Puan Vali Perumal berusia 51 tahun yang bekerja sebagai operator untuk menyara dua orang anaknya selepas kematian mengejut suaminya akibat serangan jantung.
Program amal ini turut memberikan bantuan kepada penerima Program myHome IJM Land tahun lepas, iaitu Puan Komala Tanjoh Maleh, yang keluarganya termasuk dua anak lelaki yang masih bersekolah, menghadapi cabaran kewangan akibat pendapatan yang terhad. Penerima lain, termasuk Mohana Babu Raman, Kogulabalan Gunasilan, dan Puan Komathy Arumugam, turut menerima bantuan untuk meringankan beban kewangan mereka.
“Ketabahan yang ditunjukkan oleh keluarga-keluarga ini menekankan betapa pentingnya komitmen berterusan kami untuk membawa perubahan yang bermakna untuk mereka yang memerlukan. Sempena perayaan istimewa ini, kami berharap dapat memberikan mereka sedikit kelegaan supaya mereka dapat meluangkan masa bersama yang tersayang tanpa kerisauan. Sebagai sebuah masyarakat, kami berazam untuk meneruskan usaha kami dan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka yang kurang bernasib baik,” kata Datuk Chai.
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif di atas, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.