Prestasi 2021 Hektar REIT: Menempuh Cabaran

Raih Perolehan RM96.6 juta & Hasil Bersih Hartanah RM47 juta
DPU 2.53 sen, naik 181%
Petanda pemulihan terjejas oleh peningkatan kes Omicron
Meningkatkan langkah-langkah kelestarian & penarafan ESG 3 bintang oleh FTSE Russell

Kuala Lumpur, 25 Februari 2022 – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., selaku pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (“Hektar REIT”),  hari ini mengumumkan keputusan tahunan Hektar REIT bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (“FY2021”) dengan perolehan sebanyak RM96.60 juta pada FY2021, susut 13.1% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Perbelanjaan Operasi Hartanah mengurang sebanyak RM8.59 juta atau penjimatan 14.8% berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan Bersih Hartanah (NPI) adalah sebanyak RM47.02 juta, susut 11.2% berbanding 2020. FY21 merupakan tahun mencabar bagi sektor peruncitan disebabkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan, Pelan Pemulihan Negara, sekatan perjalanan dan penutupan perniagaan tidak penting untuk tempoh yang panjang. Di sebalik cabaran tersebut kepada pusat-pusat beli-belah, REIT mampu menarik penyewa baharu dan mengekalkan yang sedia ada meliputi 39.2% Kawasan Sewaan Bersih (‘’NLA’’) Hektar REIT pada FY21.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 (“4Q 2021”), Hektar REIT mencatat perolehan sebanyak RM24.98 juta, iaitu 16.2% lebih rendah berbanding suku serupa tahun sebelumnya. Perbelanjaan Operasi Hartanah menurun sebanyak RM4.86 juta atau penjimatan sebanyak 27.9% berbanding suku tahunan sama pada tahun sebelumnya. Hektar REIT mencatat pendapatan bersih hartanah sebanyak RM12.38 juta bagi suku di bawah kajian, yang merupakan kenaikan sedikit sebanyak 0.2% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, manakaka pendapatan direalisasi bagi 4Q 2021 adalah 185.5% lebih tinggi iaitu RM3.21 juta berbanding RM1.12 juta yang dicatat pada 4Q 2020.

Pengurus menyatakan bahawa terdapat petand pemulihan disokong oleh pembukaan perlahan-lahan ekonomi dan ia juga boleh dilihat pada peningkatan dari segi bilangan pelawat sejak larangan dilonggarkan oleh Kerajaan. Sementara Hektar REIT maklum bahawa trajektori kemajuan pertumbuhan didorong oleh pemulihan pasaran buruh, sokongan polisi berterusan dan perluasan dari segi permintaan luaran, selain kemungkinan pembukaan sempadan antarabangsa seawal suku kedua, REIT walaubagaimanapun mengekalkan kewaspadaan berikutan gelombang baharu jangkitan Omircon.

Agihan Pendapatan

Seperti diumumkan awal dulu, Hektar REIT mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak RM11.9 juta bagi 4Q 2021, bersamaan 2.53 sen seunit atau hasil DPU sebanyak 4.96%, iaitu 181% lebih tinggi berbanding agihan pendapatan bagi tempoh sama pada 2020. Pandek COVID-19 telah menjejaskan industri peruncitan dengan teruk dan REIT juga tidak terkecuali. Namun, kami kekal komited untuk memacu portfolio kami ke arah pemulihan tahun ini, dengan harapan tiada berlaku kejadiaan tidak dijangka di sebalik Kebimbangan Varian (“VOC”) yang boleh menganggu keseluruhan pemulihan sektor runcit & ekonomi.

Penempatan Persendirian

Dalam suku tahunan yang dikaji, saiz dana Hektar REIT bertambah kepada 471,260,178 unit daripada 461,960,178 unit berikutan proses penempatan persendirian yang diumumkan pada 15 November 2021. Sejumlah 9.30 juta unit daripada keseluruhan cadangan penempatan persendirian sebanyak 23.098 juta telah dilaksanakan di dalam dua peringkat pada Disember 2021, menjana RM4.23 juta. Penempatan persendirian itu secara keseluruhannya membantu operasi harian Hektar REIT dengan memberikan lebih fleksibiliti dari segi aliran tunai pengurusan.

Usaha Kelestarian

Hektar REIT kekal komited untuk memenuhi tanggungjawabnya di dalam memastikan semua aktiviti perniagaan dilakukan mengikut standard tinggi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Pelbagai penggunaan tenaga dan inisiatif pengoptimisasian sejak 2017 telah diadakan di semua pusat beli-belahnya, menghasilkan pengurangan besar dari segi pelepasan gas rumah hijau (CO2e) dan penggunaan tenaga sejak lima tahun ini. Di sebalik pandemik, pengurangan jejak alam sekitar pada aset-aset dan operasi kami kekal menjadi keutamaan. Kami dapat mengurangkan jumlah keseluruhan pelepasan CO2e di semua aset kami antara 11.6% hingga 18.8 juta kgCO2e pada 2021 daripada hampir 21.3 juta kgCO2e pada 2020. Ketumpatan pelepasan aset-aset kami dinyatakan itu sebagai jumlah CO2e dilepaskan setiap kawasan lantai kasar (kgCO2e/sq.ft.) juga menambah baik kepada 4.0 kgCO2e/sq.ft. daripada 4.50 kgCO2e/sq.ft. pada 2020. Keseluruhannya, portfolio Ketumpatan Tenaga Bangunan (“BEI”) juga berada dalam trend menurun. Hektar REIT merupakan ahli Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia dan di dalam penilaian terkini pada Disember 2021, langkah-langkah ESG yang diambilnya telah diiktiraf dengan penarafan ESG 3 bintang oleh FTSE Russell.

Ringkasan Keputusan Kewangan Hektar REIT bagi 4Q21 (belum diudit)4Q 2021 (3 bulan) (RM ‘juta)4Q 2020 (3 bulan) (RM ‘juta)Perbezaan (%)
Perolehan Kasar24.9829.82(16.2)
Kos Langsung & Perbelanjaan Hartanah12.617.4627.9
Pendapatan Bersih Hartanah12.3812.360.2
Pendapatan Bersih – Direalisasi3.21.1185.5
Pendapatan Seunit Bersih – Direalisasi (sen)0.690.24187.5
Dividen Seunit (sen)2.530.90181.1
Ringkasan Keputusan Kewangan Hektar REIT bagi FY21 (belum diaudit)FY2021 (12 bulan) (RM ‘juta)FY2020 (12 bulan) (RM ‘juta)Perbezaan (%)
Perolehan Kasar96.60111.14(13.1)
Kos Langsung & Perbelanjaan Hartanah49.5858.1714.8
Pendapatan Bersih Hartanah47.0252.97(11.2)
Pendapatan Bersih – Direalisasi12.7114.22(10.6)
Pendapatan Seunit Bersih – Direalisasi (sen)2.753.08(10.7)
Dividen Seunit (sen)2.530.90181.1

Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke www.bursamalaysia.com.

© 2023 BlackButterfly DesignArts