Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Pasaran Malaysia Melalui Pos Fulfill

Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Pasaran Malaysia Melalui Pos Fulfill

Kuala Lumpur, 30 November 2023 – Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan negara mengumumkan bahawa perkhidmatan pemenuhan bersepadu sepenuhnya, Pos Fulfill, telah menyokong kemasukan syarikat berasaskan makanan dan minuman dari Thailand, Rocks PC Co. Ltd. ke pasaran Malaysia untuk perniagaan runcit Potato Corner mereka.

Rohit Gunavanthe, Ketua Pos Fulfill, Pos Malaysia berkata, “Pos Fulfill dengan sukacitanya memudahkan kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Malaysia, melalui syarikat tempatannya, Rocks Foods Sdn. Bhd. Kami berada di landasan yang baik dengan perkhidmatan pemenuhan dan penghantaran kami untuk menyokong pelancaran dan strategi pertumbuhan Potato Corner di seluruh negara. Kerjasama ini menekankan keupayaan Pos Fulfill dalam menyampaikan penyelesaian penuh rantaian bekalan yang komprehensif kepada perniagaan yang mencari peluang pertumbuhan di Malaysia.”

Pos Fulfill ialah perkhidmatan pemenuhan bersepadu yang khusus dalam pergudangan dan pemenuhan pesanan untuk perniagaan B2B dan B2C, memastikan produk pelanggan disimpan dengan selamat dan teratur, dihantar tepat pada waktunya dan dihantar kepada rakan penghantar yang ditetapkan untuk memenuhi permintaan pasaran melalui kebolehlihatan sistem.

Sebagai penyedia penyelesaian setempat, Pos Fulfill mengaitkan semua perkhidmatan Pos Malaysia yang lain termasuk kargo batuan terakhir, pos antarabangsa, penghantaran ke kedai, penghantaran lintas sempadan, dan menyediakan penyelesaian holistik untuk perniagaan yang mementingkan kecekapan, kestabilan dan kebolehpercayaan dalam operasi logistik mereka.

Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Pasaran Malaysia Melalui Pos Fulfill

Pada masa ini, Pos Fulfill mengendalikan lebih daripada 200,000 kaki persegi ruang gudang di Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur, dan Kota Kinabalu. Dengan rangkaian tapak dan infrastruktur yang berkembang pesat, Pos Fulfill dapat memberikan sokongan padu kepada Rocks Foods untuk menembusi pasaran runcit pengguna Malaysia.

Digelar “Kentang Goreng Paling Sedap Dunia sejak 1992”, kentang goreng berperisa Potato Corner ditubuhkan pada tahun 1992, dan syarikat itu telah berkembang ke lebih 1,800 kedai di 16 buah negara termasuk Thailand, United Kingdom, Dubai, Australia, dan Singapura. Jenama itu melancarkan kiosk pertamanya di Sunway Pyramid pada bulan ini.

Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Pasaran Malaysia Melalui Pos Fulfill
Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Pasaran Malaysia Melalui Pos Fulfill
Pos Malaysia Memudahkan Kemasukan Potato Corner dari Thailand ke Pasaran Malaysia Melalui Pos Fulfill

“Dalam perkembangan jenama Potato Corner di Malaysia, kami gembira dengan kerjasama Pos Fulfill sebagai rakan kongsi pemenuhan kami. Kepakaran dan jangkauan luas mereka di seluruh Malaysia akan membolehkan kami memberi tumpuan kepada perniagaan teras kami untuk mempesonakan pelanggan Potato Corner. Apabila kami berkembang dan meluaskan lagi perniagaan di Lembah Klang dan seluruh Malaysia, kami akan bergantung kepada Pos Fulfill untuk menggerakkan operasi rantaian bekalan kami,” kata Chayapatra Thongcharoen, Ketua Pegawai Eksekutif Rocks Foods Sdn. Bhd.

Pos Malaysia telah secara aktif memperluaskan keupayaan pemenuhan dan logistik e-dagang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) sejak tahun lepas. Pengembangan ini memanfaatkan pertumbuhan pasaran perkhidmatan pemenuhan e-dagang global, yang dijangka mencapai AS$198.62 bilion menjelang tahun 2030 menurut unjuran industri1 . Kemasukan Rocks Foods di dalam portfolio merupakan satu kejayaan besar bagi Pos Fulfill untuk menunjukkan keupayaannya dalam menyokong kemasukan dan perkembangan jenama-jenama baru ke pasaran Malaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts