Pos Malaysia Melancarkan ‘Setem Ku’ Istimewa Untuk Tahun Baharu Cina Demi Kemakmuran Tahun Naga 2024

Pos Malaysia Melancarkan ‘Setem Ku’ Istimewa Untuk Tahun Baharu Cina Demi Kemakmuran Tahun Naga 2024

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, Pos Malaysia menyambut perayaan tersebut dengan mengeluarkan koleksi setem istimewa menampilkan mitologi naga, yang merupakan salah satu daripada 12 haiwan yang diwakili dalam zodiak Cina, yang melambangkan tuah dan kejayaan. Ini bertepatan dengan sambutan “Tahun Naga 2024’ yang melambangkan peluang tanpa batas.

Set ‘Setem Ku’ edisi terhad ini dijual pada harga RM28.00 setiap satu. Kandungan set tersebut mengandungi lembaran lima keping setem yang direka khas untuk sambutan tahun baharu tersebut. Salah satu setem menampilkan ilustrasi naga dan tulisan dalam bahasa Cina untuk perkataan “naga” dengan ciri-ciri berwarna emas yang diperbuat daripada teknik cap panas. Lagi empat setem tersebut mengandungi lukisan naga, persembahan gendang, dan ucapan Tahun Baharu Lunar yang ditulis dalam bahasa Cina. Demi memudahkan proses pengeposan kepada orang tersayang sempena Tahun Naga yang bertuah ini, setiap set turut disertakan sekeping kad ucapan dan sampul surat dengan setem yang telah dilekatkan.

Pos Malaysia Melancarkan ‘Setem Ku’ Istimewa Untuk Tahun Baharu Cina Demi Kemakmuran Tahun Naga 2024

Dapatkan segera di Kaunter Unit Setem & Filateli, Aras 1, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kuala Lumpur bermula 6 Februari 2024. Set setem ini boleh didapati secara runcit di semua 90 Biro Filateli seluruh negara, termasuk 13 Pejabat Pos Besar bermula 9 Februari 2024.

© 2023 BlackButterfly DesignArts