Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), dengan kerjasama Visa, telah mengumumkan pemenang-pemenang peraduan Bayar & Menang, kempen yang berlangsung dari 20 Februari hingga 30 Jun 2023 di semua cawangan Pos Malaysia. Upacara pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang utama telah diadakan di Honda Westar Auto di Ampang hari ini.
Peraduan ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan setia Pos Malaysia dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Nama para peserta secara automatik layak masuk ke dalam cabutan apabila membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 menggunakan kad kredit atau kad debit Visa mereka untuk produk dan perkhidmatan terpilih di lebih daripada 750 cawangan Pos Malaysia sepanjang tempoh kempen ini.
Pos Malaysia berazam untuk terus menyampaikan keceriaan dan kemudahan kepada para pelanggannya dengan menawarkan pelbagai pilihan mod pembayaran dan perkhidmatan di cawangan-cawangan seluruh negara.
Senarai Pemenang Bayar & Menang:
Pemenang Hadiah Utama – Honda HR-V