PMS Phantom Juara Muktamad Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile 2021

3 Pemenang Utama Bakal Mewakili Malaysia Dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA 2021

22 November 2021, Kuala Lumpur – Para peminat PUBG Mobile menyaksikan kemuncak Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021 apabila PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah berjaya membidik dan menewaskan pasukan lain sekaligus merangkul gelaran pasukan PUBG Mobile terbaik bagi peringkat kolej! PMCC 2021 dibawakan oleh Yoodo – perkhidmatan mudah alih 100 peratus digital pertama yang boleh diubahsuai di Malaysia.

PMS Phantom berjaya menewaskan 16 pasukan lain dan memperoleh 2 chicken dinner dan 111 mata, seterusnya memperoleh ganjaran PMCC 2021 yang menarik seperti: sebahagian besar daripada hadiah utama wang tunai berjumlah RM60,000, serta peluang hebat untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021 yang akan datang.

“PMCC 2021 mempamerkan bakat dan persaingan sengit yang luar biasa daripada setiap pasukan yang mengambil bahagian. Tahniah dan syabas kepada PMS Phantom!” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Selain itu, kami sangat teruja dengan sambutan hebat yang diterima PMCC daripada pemain dan peminat. Dengan sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif esukan yang menarik pada masa hadapan.”

PMS Phantom bersama pemenang tempat kedua UniKL.Nova dan ketiga UBMI.Esport dari Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology dan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute PMCC 2021 akan mewakili Malaysia pada PMCC SEA 2021, di mana mereka akan bersaing bersama pasukan kampus PUBG Mobile dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Tambah Tuck Mun, “Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang sangat dominan dalam arena esukan, Yoodo bangga dapat membawa pemain generasi baharu untuk bersaing dan menyinar di peringkat wilayah. Kami ingin menaikkan semangat bakat esukan tempatan dan meletakkan pemain muda ini pada laluan menuju kejayaan dan ia benar-benar memuaskan. Kami tidak sabar untuk menonton aksi tiga pemenang PMCC 2021 tidak lama lagi!”

“Kami berbangga dengan kerjasama jangka panjang bersama Yoodo yang berterusan mendapat sokongan padu daripada industry esukan tempatan,” kongsi Gaga Li, Ketua Esports. “PMCC 2021 membawakan pasukan kolej terbaik Malaysia dan semangat mereka terhadap PUBG Mobile juga turut menarik untuk ditonton. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang menang!

PMCC 2021 disokong oleh Rakan Telefon Pintar Rasmi, Xiaomi – challenge your boundaries with RedMi Note4 10, dan Rakan Rasmi Viu, dan Rakan Corn Strips Rasmi, Mission Foods. 3 pemenang utama PMCC 2021 juga akan menerima bekalan Mission Corn Strips selama  setahun daripada Mission Foods.

PMCC 2021 menerima lebih 1,000 penyertaan 344 pasukan daripada lebih 200 institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Pusingan akhir, yang disiarkan secara langsung di platform Yoodo, menerima lebih 1 juta tontonan. Hari ke-2 Grand Final menyaksikan peminat menikmati perlawanan persembahan antara 16 Pasukan PMCC Teratas dan 3 pasukan pengaruh, yang terdiri daripada nama besar seperti Soloz, Daddyhood, Yakuza, Boyka, Mossgoku, Manparang, Master Ramen dan Pemburu. Pemburuan epik lagi menyeronokkan ini berakhir dengan kejayaan untuk pasukan PMCC.

PMCC 2021 turut menampilkan Pencarian Pengulas untuk penyampai terbaik, Mohd Izzat Najmi bin Safie (Xenpai) dari Universiti Malaysia Perlis dan Mohammad Adib Adam bin Mohammad Nawawi (Dibo) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, berjaya memenangi pencarian tersebut. Selain itu Yoodo turut memperkenalkan pencarian wajah PMCC 2021 melalui pencarian Duta Kampus dan Nurul Zulaikha Najwa binti Aminuddin Zaki (Juju) dan Nur Shameerina Asifa binti Mohammad Shamsul (Curry), kedua-duanya dari Universiti Kuala Lumpur, telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pencarian tersebut.

Sekiranya anda terlepas semua aksi, jangan risau! Layari halaman esukan Yoodo untuk menonton rakaman. Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, sila layari www.yoodo.com.

© 2023 BlackButterfly DesignArts