Platform E-Dagang Tempatan, Dreamshop Memperluaskan Kategori Automotif Dengan Menyenaraikan Model Royal Enfield

Pelanggan kini boleh memiliki dan membeli model motorsikal Royal Enfield kegemaran mereka menerusi pelan pembayaran mudah tanpa faedah 0% sehingga 36 bulan secara eksklusif melalui Dreamshop.
Dreamshop mensasarkan jualan sebanyak 15 unit sebulan
Model Royal Enfield yang tersedia di Dreamshop adalah Interceptor 650, Himalayan 411, Continental GT 650, Classic 350 dan Meteor 350 dengan harga bermula dari RM25,145

Kuala Lumpur, 23 Mei 2022 – Berikutan dengan kejayaan kerjasama kenderaan dua roda pertamanya lebih enam bulan lalu, Dreamshop, platform e-dagang pertama di Malaysia dengan kategori automotif, mengumumkan satu lagi kerjasama yang pasti mengujakan bersama jenama unik dan ikonik, Royal Enfield!

Dreamshop, platform yang menempatkan lebih dari satu bilion produk mengumumkan kerjasama jenama automotif pertamanya pada Oktober tahun lepas – jenama skuter mewah dari Itali, Vespa. Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Pemasaran DCR, syarikat induk Dreamshop berkata, “Kolaborasi bersama Vespa adalah salah satu cara kami bagi merealisasikan impian pelanggan menjadi kenyataan. Kemudahan dalam talian yang menyenangkan dan Pelan Pembayaran Mudah 0% daripada 10 bank utama terbukti menjadi formula kejayaan dengan sejumlah 50 unit Vespa yang telah berjaya dijual.”

“Oleh itu, kami amat teruja memperkenalkan satu lagi jenama ikonik dengan warisan tersohor kepada pelanggan kami di Dreamshop, Royal Enfield yang Baharu dan Klasik yang mempunyai peminatnya sendiri di Malaysia. Kami percaya dengan jalinan kerjasama bersama Didi Group, pengedar rasmi jenama Royal Enfield di Malaysia dan Maybank, Dreamshop bakal menjadi platform ideal bagi pelanggan membeli model Royal Enfield baharu mereka,” tambah Lin.

Dreamshop bekerjasama dengan sepuluh (10) bank utama dalam menawarkan pembelian yang menyenangkan dengan Pelan Pembayaran Mudah 0% sehingga 36 bulan termasuk Malayan Banking Bhd (Maybank), United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd. Pelanggan boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

  • 30 pelanggan pertama selain pemegang kad Maybank Premium akan menikmati kad Touch ‘n Go percuma bernilai RM200.

*Tertakluk kepada terma & syarat

Lima model jenama ikonik yang boleh dimiliki di Dreamshop:.

  1. Royal Enfield Classic 350 @ Harga serendah RM 699 sebulan
  2. Royal Enfield Meteor 350 @ Harga serendah RM 723 sebulan
  3. Royal Enfield Interceptor 650 @ Harga serendah RM 984 sebulan
  4. Royal Enfield Himalayan 411 @ Harga serendah RM 877 sebulan
  5. Royal Enfield Continental GT 650 @ Harga serendah RM 1,038 sebulan

*Harga yang dinyatakan di atas hanya di Semenanjung Malaysia, harga jualan tanpa insurans.

Bersempena dengan kerjasama ini, Royal Enfield menganjurkan acara eksklusif buat pemegang Ahli Kad Premium Maybank pada 22 Mei 2022 yang menyaksikan rombongan 1,000 penunggang motosikal bersama Royal Enfield mereka. Acara ‘The Distinguished Gentleman’s Ride’ telah diadakan di The Gasket Alley, Petaling Jaya dengan tema ‘Ride for a Purpose’. Acara ini diadakan pada hari yang sama di seluruh dunia dengan objektif meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan lelaki seperti kanser prostat, kesihatan mental dan program pencegahan bunuh diri. Ahli Kad Premium Maybank yang menghadiri acara itu dapat melihat lebih dekat model Royal Enfield terbaharu dan menyemak mata ganjaran Maybank serta beramah mesra dengan peminat Royal Enfield yang lain.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendapatkan Royal Enfield anda sendiri, layari www.dreamshop.com.my hari ini!

© 2023 BlackButterfly DesignArts