Platform ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’, Atome kini dilancarkan di Malaysia; lebih 100 rakan peniaga telah turut serta

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2021 — Platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ yang terkemuka di Asia, Atome telah melancarkan perkhidmatannya di Malaysia dengan lebih 100 peniaga dalam talian dan luar talian turut serta di platform tersebut. Kemasukan syarikat ini di pasaran tempatan dan pertumbuhannya yang pantas menampilkan pelbagai jenama terkemuka seperti Agoda, ezbuy, Eu Yan Sang dan Hush Puppies yang mengguna pakai perkhidmatan ‘beli sekarang, bayar kemudian’ atau ‘buy now, pay later’ (BNPL) sebagai pilihan pembayaran untuk para pelanggan mereka.

Platform ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’, Atome kini dilancarkan di Malaysia

Rakan peniaga Atome lain turut melibatkan industri-industri penting seperti fesyen, kecantikan, gaya hidup dan kesihatan/kecergasan. Antaranya termasuklah Obermain, Onikym, Lash Lab, Face Shop, Aprilskin, 176 Avenue, A Cut Above, Swee Lee Music, Novelship, Crumpler, Box of Bricks, Cocomi, Trapo, Liberty Active, Circle DNA, Tribe dan Fly Project.

Pelanggan di Malaysia kini boleh membeli-belah dan membuat pembayaran menggunakan Atome untuk rakan peniaganya dengan mengimbas kod QR di kedai atau memilih Atome sebagai pilihan pembayaran di laman web. Pembayaran menggunakan Atome membolehkan pelanggan membahagikan bil mereka kepada tiga pembayaran tanpa faedah dalam tempoh tertentu, tanpa sebarang kos admin atau perkhidmatan. Pembukaan akaun di Atome mengambil masa kurang 2 minit dan boleh dilengkapkan di aplikasi mudah alih Atome.

Trasy Lou Walsh, Pengurus Besar Atome Singapura dan Malaysia berkata bahawa perkhidmatan Atome bukan sahaja mengubah cara pelanggan berbelanja dan membuat pembayaran, tetapi juga membantu peruncit dan peniaga tempatan di Malaysia untuk memulihkan jumlah jualan mereka akibat kesan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

“Pilihan pembayaran fleksibel yang ditawarkan Atome membantu rakan peniaga meningkatkan purata  konversi sehingga 17 peratus dan purata jumlah barangan yang terjual untuk satu transaksi sehingga lebih 30 peratus. Kami melihat perkara ini di Singapura baru-baru ini melalui Sephora dan bagaimana mereka mampu meningkatkan pengkalan pelanggan mereka dengan Atome. Bagi jenama perkakas rumah, IUIGA, mereka berjaya meningkatkan purata jumlah barangan yang terjual untuk satu transaksi sehingga dua kali ganda dan peningkatan jumlah transaksi sebanyak 15 kali ganda, selepas mengintegrasikan Atome dalam proses pembayaran mereka,” kata Walsh.

Platform ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’, Atome kini dilancarkan di Malaysia

Dalam menangani impak yang tidak dijangka dalam situasi pandemik, terutamanya kepada peniaga kecil sederhana (PKS) dan perniagaan tempatan, Walsh berkata, “Pilihan pembayaran kami membahagikan bil kepada tiga pembayaran tanpa faedah dan tanpa caj tersembunyi. Ini secara langsung memperkasa pelanggan dengan pilihan, kemudahan dan fleksibiliti untuk berbelanja dan membuat pembayaran. Dengan menawarkan Atome sebagai pilihan pembayaran membantu perniagaan tempatan mendapatkan jualan dan konversi yang lebih baik melibatkan pelanggan mereka.”

Dilancarkan di Singapura pada Disember 2019, Atome telah berkembang menjadi platform “beli sekarang, bayar kemudian” yang terkemuka di Asia, dengan lebih 2,000 peniaga atas talian dan luar talian di tujuh pasaran (Singapura, Indonesia, Malaysia, Hong Kong, Thailand, Vietnam dan China). Rakan peniaga dan platform e-dagang utama termasuklah Sephora, Agoda, Zara, Marks & Spencer, Charles & Keith, Eu Yan Sang dan JD.ID melibatkan industri seperti kecantikan, fesyen, elektronik, hiasan rumah, pelancongan dan gaya hidup. Aplikasi mobil Atome Malaysia boleh didapati di App Store dan Google Play. Media kit boleh di dapati di sini.

Platform ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’, Atome kini dilancarkan di Malaysia
© 2023 BlackButterfly DesignArts