You are currently viewing Plant Origins bersama Puteri Aishah menyambut Aidilfitri dengan Melancarkan Set Aromaterapi Istimewa
Puteri Aishah x Plant Origins

Plant Origins bersama Puteri Aishah menyambut Aidilfitri dengan Melancarkan Set Aromaterapi Istimewa

Sempena musim perayaan ini, jenama FMCG ini menampilkan wangian yang mengimbau memori indah Puteri Aishah, memberikan haruman nostalgia kepada penggunanya

Kuala Lumpur, 15 April 2022 — Plant Origins, salah satu jenama di bawah Signature Market, telah bekerjasama dengan selebriti Malaysia, Puteri Aishah bagi melancarkan set aromaterapi istimewa dengan wangian nostalgia sempena Aidilfitri. Dengan tiga set Raya eksklusif untuk dipilih, setiap kotak mengandungi haruman aromaterapi yang dipilih secara khusus bagi merangsang memori nostalgia musim perayaan. 

Diinspirasikan oleh detik istimewa lalu, setiap set terdiri daripada haruman Inflorescence Aromatherapy Room Spray yang dipilih oleh Puteri Aishah sendiri. Berbeza dengan haruman semburan bilik Plant Origins yang lain, semburan bilik edisi terhad ini dapat mengembalikan ingatan kita kepada sambutan Hari Raya dan pelukan mesra kasih sayang keluarga.

“Saya pasti bahawa setiap orang mempunyai haruman yang berupaya menyentuh hati mereka. Tidak kira sama ada memori hari paling gembira bagi mereka, zaman kanak-kanak, seseorang atau tempat yang istimewa, pasti ada satu haruman yang akan membawa kita kembali ke detik itu. Apabila saya memilih sesuatu haruman itu, saya mahukan sesuatu yang boleh mengimbau memori terindah dan paling bermakna yang menjadi inspirasi di sebalik penghasilan Inflorescence Aromatherapy Room Spray. Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Plant Origins dalam menghasilkan produk ini dan saya teruja untuk semua orang menikmatinya dan semoga ianya dapat mengembalikan detik nostalgia dalam hidup mereka,” kata Puteri Aishah.

“Hari Raya membawa pelbagai bauan yang dapat membangkitkan memori silam. Malah, haruman yang terhasil daripada makanan tertentu, tumbuh-tumbuhan, lilin, dan benda-benda lain dapat mewujudkan hubungan di antara emosi dan memori silam kita. Dan itulah yang mendorong kami untuk memilih sesuatu yang amat bermakna menjelang Hari Raya ini terutamanya untuk mereka yang tidak dapat meraikannya bersama orang yang tersayang,” kata John Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Signature Market, syarikat induk Plant Origins.

“Kesudian Puteri Aishah untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama ini menjadikannya lebih istimewa lagi kerana Inflorescence Aromatherapy Room Spray dipilih berdasarkan kepada memori nostalgia beliau bersama-sama dengan pasukan R&D kami yang telah menggunakan haruman bunga bagi menyegarkan dan menghidupkan suasana untuk di mana-mana ruang. Kami berharap semoga pelanggan kami dapat berkongsi detik indah ini bersama-sama dengan insan yang tersayang, tidak kira jauh atau dekat,” tambah beliau.

Berharga daripada RM80 hingga RM200, set Aromaterapi bingkisan Raya eksklusif Plant Origins termasuk Raya Terindah, Idaman Hari, dan Riang Ria Aromatherapy Gift Box. Set-set berkenaan terdiri daripada semburan bilik, minyak pati, pembersih, semburan kulit, krim tangan, dan banyak lagi.

Selain daripada set Aromaterapi bingkisan Raya, pengguna juga berpeluang untuk membeli Inflorescence Aromatherapy Room Spray sahaja yang dijual pada harga RM49.90. Mereka yang membeli semburan bilik itu sahaja akan menerima Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml) secara percuma.

ItemPeneranganHarga (RM)
Raya Terindah Aromatherapy Gift BoxPakej bundle ini termasuk: Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml)Plant Origins Peppermint Essential Oil (10ml)Plant Origins Midnight Velvet Hand Cream (30ml)Plant Origins Aromatherapy Diffuser Patch (unscented) (30 patches)Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml)RM80
Idaman Hati Aromatherapy Gift BoxPakej bundle ini termasuk: Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml)Plant Origins Bulgarian Lavender Essential Oil (10ml)Plant Origins Good Night Sleep Essential Oil Blend (5ml)Plant Origins Aromatherapy Wooden Portable Diffuser (100ml)Plant Origins Room Spray Trial Gift Box (6 units)Plant Origins Daily Gentle Cleanser (3ml)Plant Origins Daily Soothing Skin Mist (3ml)RM150
Riang Ria Aromatherapy Gift BoxPakej bundle ini termasuk: Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml)Plant Origins Aromatherapy Diffuser with Remote (550ml)Plant Origins Spearmint Essential Oil (10ml)Plant Origins Lemongrass Essential Oil (10ml)Plant Origins Ache Away Essential Oil Blend (10ml)Plant Origins Sweet Almond Carrier Oil (100ml)Plant Origins Room Spray Trial Gift Box (6 units)Plant Origins Daily Gentle Cleanser (3ml)Plant Origins Daily Soothing Skin Mist (3ml)RM200
Inflorescence Aromatherapy Room SprayPembelian Plant Origins X Puteri Aishah Limited Edition Inflorescence Aromatherapy Room Spray (100ml) sahaja akan menerima Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml) secara PERCUMA!RM49.90

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari Instagram dan Facebook Plant Origins  &  Instagram, Facebook, YouTube, atau laman sesawang Signature Market.