Perusahaan Kecil dan Sederhana sebagai Tumpuan Utama di Malaysia

Oleh Tien-Long Woon, Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia

Di Malaysia, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjadi tunjang ekonomi yang menjana sebahagian besar daripada hasil negara, di samping mencipta peluang pekerjaan, mengembangkan ekonomi dan mempelopori inovasi.

Dalam persekitaran perniagaan yang dinamik, PKS di Malaysia perlu mengambil pendekatan proaktif dalam usaha mengembangkan operasi mereka melalui perdagangan rentas sempadan, seterusnya mewujudkan saluran hasil tambahan. Perdagangan rentas sempadan juga membuka pelbagai peluang bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), termasuk meluaskan capaian kepada kumpulan pelanggan yang belum diterokai yang seterusnya memanfaatkan skala ekonomi. Peluang-peluang ini boleh menjadi benteng pertahanan penting terhadap cabaran yang mendatang berikutan perkembangan ekonomi semasa.

Dalam ucapan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menekankan komitmen kerajaan terhadap sektor kritikal ini, termasuk penggunaan teknologi digital baharu.[1] Sejajar dengan ini, FedEx mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh PKS dalam persekitaran ekonomi negara dan bertekad untuk memberi sokongan menyeluruh ke arah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan. Sesungguhnya teknologi digital semakin penting dalam usaha PKS mempelopori inovasi digital dan menerokai trend terkini untuk mengekalkan ketangkasan dan ketahanan operasi, terutamanya dalam persekitaran e-dagang yang dinamik.

Berikut adalah cara FedEx memperkasakan PKS di Malaysia berasaskan kedudukan operasi yang kukuh, kesalinghubungan yang mampan dan penyelesaian digital yang mampu mengukuhkan strategi logistik mereka.

Mencapai Kesalinghubungan Logistik yang Lebih Luas untuk PKS

Sepanjang tiga dekad, FedEx Malaysia telah berkembang maju dan mencapai pelbagai mercu jaya yang penting. Ini termasuk penetapan kedudukan strategik bagi keupayaan rangkaian di fasiliti utama kami. Antara langkah penting yang diambil termasuk pembukaan kemudahan logistik FedEx di Johor – iaitu pintu masuk strategik ke Singapura – yang pastinya akan meningkatkan tahap kesalinghubungan untuk kawasan selatan Malaysia di peringkat global. Begitu juga kemudahan FedEx Batu Kawan di Pulau Pinang yang turut meningkatkan kesalinghubungan di kawasan utara Malaysia menerusi rangkaian pengangkutan darat dan udara. Kemudahan-kemudahan berkedudukan strategik ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengangkutan dan penghantaran yang cekap dan tepat pada masanya, penyediaan perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai kepada syarikat-syarikat perniagaan Malaysia, sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Dipacu oleh sokongan aktif FedEx terhadap Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (Regional Comprehensive Economic Partnership), rangkaian global syarikat kami membuka peluang yang berpotensi untuk melonjakkan pertumbuhan PKS. Sebagai syarikat yang sudah sekian lama menyokong perdagangan global bebas, FedEx bersedia menyokong PKS untuk menerajui perniagaan mereka ke peringkat global dengan memanfaatkan kelebihan daripada kerjasama serantau ini.

Memandangkan rantau Asia Pasifik mewakili sebahagian besar, iaitu 34 peratus, daripada pasaran kargo udara global[2], FedEx terus peka terhadap permintaan yang semakin meningkat di rantau ini, termasuk Malaysia. Ini mampu membolehkan kami mengoptimumkan rangkaian global dan menyediakan penyelesaian khusus bagi PKS meneroka pasaran baharu, seterusnya menambah peluang import dan eksport yang akhirnya menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan mereka.

Strategi Rantaian Bekalan sebagai Pencetus Penting PKS

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, FedEx Malaysia telah memberi tumpuan menyokong usaha PKS meluaskan capaian global masing-masing. Amy Blair, yang menerajui Batik Boutique, sebuah perusahaan sosial Malaysia yang khusus dalam penghasilan dan pemasaran produk batik buatan tangan, mencerminkan usaha ini. Kisah perjalanan Batik Boutique, dalam pembinaan perniagaan yang kukuh di dalam negara dan disanjungi di pentas antarabangsa telah merangsang eksport global bagi hasil ciptaan batik mereka yang unik.

Manakala Yusfariq Iqmal Yuslan, pengasas The Jasmine Group telah memulakan perniagaannya melalui produk tudung. Beliau memperkenalkan Hijab Magnetic, atau tudung tanpa pin (PINLESS hijab) yang mempunyai pasaran yang luas di Malaysia dan Indonesia. Syarikatnya kini sedang mengembangkan operasi ke beberapa pasaran global, disokong oleh khidmat penghantaran dan penyelesaian logistik antarabangsa oleh FedEx.

Ternyata PKS berpotensi mendapatkan kelebihan ketara daripada penyelesaian logistik FedEx, seperti FedEx International Connect Plus,  yang memberikan keseimbangan ideal antara kepantasan dan ketermampuan dan menjamin penghantaran kos efektif tanpa menjejaskan kecekapan. Di samping itu, FedEx International Economy menyediakan khidmat penghantaran ke lebih 170 pasaran global, memastikan pakej pelanggan tiba di destinasinya dengan lancar dan tanpa sebarang kesulitan.

PKS boleh merebut peluang yang cukup besar dengan memanfaatkan e-dagang, di mana perniagaan dalam talian terus berkembang maju untuk memenuhi permintaan pelanggan yang dinamik, di samping menerapkan aspek seperti penyesuaian peribadi, hiburan para pembeli dan kaedah pembayaran yang diselaraskan. Perkembangan ini dipermudahkan oleh FedEx menerusi penyelesaian digital seperti penyelesaian perisian FedEx Compatible, yang membolehkan pemilik perniagaan mendapatkan perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan lain yang diperlukan secara terus daripada perisian. Tambahan pula, kemudahan penghantaran dalam talian FedEx Ship Manager (FSM) menyediakan penyelesaian yang menyeluruh dan cekap kepada perniagaan dan individu untuk menguruskan penghantaran mereka di dalam talian.

Pencapaian 30 Tahun

Sejak 1993, FedEx Malaysia telah menempa nama sebagai penyedia perkhidmatan logistik yang boleh dipercayai merentasi pelbagai sektor, termasuk perdagangan luar negara, PKS dan penghantaran e-dagang. FedEx sangat komited dalam memupuk pertumbuhan syarikat-syarikat tempatan yang kebanyakannya telah berkembang maju menjadi jenama serantau atau antarabangsa. Sempena ulang tahunnya yang ke-30, FedEx terus berusaha memenuhi komitmen tidak berbelah bahagi untuk memperkasakan PKS Malaysia dan mewujudkan lebih banyak peluang bagi syarikat-syarikat perniagaan tempatan. Kami juga komited untuk mempelopori rantaian bekalan dengan memberi tumpuan kepada inovasi terbaik, yang bakal merintis jalan untuk maju ke hadapan. Dalam tempoh yang mendatang, FedEx akan terus memberi tumpuan kepada bidang-bidang utama berikut di Malaysia:

  • Menerajui Inovasi dan Adaptasi: Dengan terus menjadi perintis inovasi dan peka terhadap dinamik perkembangan pasaran, FedEx berada dalam kedudukan yang kukuh untuk memenuhi keperluan PKS yang kian berubah. FedEx memanfaatkan teknologi untuk mengukuhkan operasinya dan menambahbaik pengalaman pelanggan. Kami menggunakan pendekatan berasaskan data dan terus melabur dalam inovasi dan teknologi baharu yang sejajar dengan trend industri yang lebih luas, untuk beroperasi di persimpangan rangkaian fizikal dan digital. Sebagai contoh, melalui pembelajaran mesin, kecerdasan buatan dan kaedah analisis lanjutan dalam rangkaian syarikat untuk mengoptimumkan operasi dalaman, FedEx mampu menambah baik proses penghantaran yang rumit. Pendekatan proaktif ini melengkapkan PKS dengan penyelesaian canggih untuk berkembang maju dalam persekitaran perniagaan yang dinamik.
  • Mengamalkan Kelestarian: Seiring dengan kepesatan pertumbuhan pasaran, FedEx akan meneruskan tumpuan untuk mewujudkan rantaian bekalan yang lestari di seluruh operasi, termasuk mengurangkan pelepasan karbon dan sisa, menggantikan teknologi dan kenderaan lama dengan yang lebih cekap dan memperbaharui operasi syarikat dengan teknologi yang lebih baharu. Salah satu perkhidmatan yang baru ditambah kepada rangkaian perkhidmatan syarikat ialah FedEx Sustainability Insights, iaitu pelaporan pelepasan global yang inovatif dan mengupayakan pelanggan FedEx untuk menilai pelepasan CO2 masing-masing, membolehkan kami mengawal jejak karbon syarikat. Berbekalkan semua usaha ini, FedEx komited untuk mencapai tahap keneutralan karbon global dalam operasinya menjelang 2040. 
  • Mengutamakan Kesejahteraan Kakitangan: FedEx mengiktiraf tenaga kerjanya sebagai aset penting dan berusaha memupuk persekitaran kerja yang membolehkan para pekerja memberi kesan positif dalam pembelajaran terus berkembang maju. Berpandukan falsafah Insan-Perkhidmatan-Keuntungan atau ‘People-Service-Profit’ (P-S-P), FedEx memupuk persekitaran kerja yang terjamin, terangkum dan memberi kepuasan yang memperkasakan para pekerjanya menyediakan perkhidmatan pelanggan yang mantap. Selain itu, Saranan Nilai Kakitangan (Employee Value Proposition) syarikat pula membantu mewujudkan tempat kerja yang mengiktiraf individu atas pencapaian mereka selain menyediakan peluang pertumbuhan untuk mereka mencapai kemajuan.

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan jangka panjang, PKS perlu bekerjasama dengan rakan-rakan logistik yang boleh dipercayai yang mempunyai kefahaman mendalam tentang kerumitan yang wujud dalam perdagangan rentas sempadan dan menyediakan pelbagai penyelesaian logistik yang disesuaikan mengikut keperluan perniagaan mereka. Menerusi kerjasama dengan penyedia perkhidmatan logistik yang berwibawa, pemilik perniagaan boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap fungsi perniagaan teras mereka sambil mengamanahkan tanggungjawab berkaitan rantaian bekalan kepada rakan kerjasama pilihan mereka.

© 2023 BlackButterfly DesignArts