9 Amalan untuk Kehidupan yang Lebih Demure, Lebih Mindful
Dalam kesibukan kehidupan seharian, terkadang kita terlepas pandang akan perubahan kecil yang sebenarnya mampu mengubah hidup kita menjadi lebih baik, meningkatkan mood, dan kesejahteraan diri. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023, lebih daripada sejuta orang di Malaysia berumur 16 tahun ke atas (bersamaan 4.6% daripada populasi negara) mengalami kemurungan – angka yang telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019 hingga 2023. Trend yang semakin meningkat ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menghadapi risiko kesihatan mental tetapi juga lebih terdedah kepada isu kesihatan fizikal yang berkaitan, seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, dan banyak lagi.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat bukanlah sesuatu yang susah. Anda hanya perlu membuat sedikit perubahan kepada tabiat dan rutin harian anda demi kehidupan yang lebih seimbang dan memuaskan. Sama ada anda ingin menambah baik kecekapan minda atau kesihatan badan, meningkatkan mood, atau ingin menjadi lebih produktif, cubalah sembilan amalan di bawah untuk mengalu-alukan hari esok yang lebih positif!
1. Tenangkan Pagi yang Sibuk
Memulakan pagi dengan baik mampu menentukan mood sepanjang hari. Daripada memulakan hari anda dengan tergesa-gesa, mulakanlah hari anda dengan rutin yang menenangkan. Anda boleh bangun 15 minit lebih awal untuk menikmati secawan teh sambil menikmati kesunyian pagi, bermeditasi, atau melakukan senaman regangan sambil mendengar muzik kegemaran anda. Perubahan kecil ini boleh mendatangkan perbezaan yang ketara dalam kehidupan seharian anda dengan meningkatkan mood, produktiviti, dan tenaga untuk menangani apa sahaja yang dihadapi.
2. Elakkan Kata-Kata Negatif dan Gantikan dengan Kata-Kata Positif
Suara dalaman anda memainkan peranan yang besar dalam membentuk realiti anda. Jika anda rasa diri anda merupakan pengkritik terburuk diri sendiri, ubah skrip tersebut dan gantikan kata-kata negatif dengan kata-kata positif. Kita perlu mengawasi dialog dalaman kita kerana ia berkuasa untuk meningkatkan kekuatan mental kita dalam mengharungi cabaran hidup. Apabila anda berada dalam situasi yang mencabar, pastikan anda berhenti seketika untuk menilai dan mengesahkan realiti situasi tersebut. Memang mudah untuk merasakan diri sebagai mangsa keadaan, tetapi apabila anda mendidik minda untuk sentiasa mendekati isu semasa dengan sikap positif, anda mampu mengatasi apa sahaja situasi yang tidak menyenangkan. Dengan melakukan perubahan kecil ini, anda akan dapat meningkatkan keyakinan diri dan menjalani kehidupan dengan persepsi yang lebih positif.
3. Tukar Masa Skrin dengan Masa Berkualiti
Skrin sememangnya tidak dapat dielakkan, lagi-lagilah pada zaman teknologi ini, di mana ramai di antara kita yang ketagih skrin. Apabila anda mula “doomscrolling” atau menonton reels di TikTok dan Instagram, cubalah mencabar diri anda untuk mengetepikan peranti dan sebaliknya meluangkan masa melakukan aktiviti tanpa peranti. Peruntukkan waktu dalam sehari untuk meluangkan masa bersama orang tersayang, ataupun menikmati hobi yang anda gemari. Sama ada membaca, melukis, atau sekadar berbual sambil menjamu selera, saat-saat tanpa skrin pasti memperkayakan kehidupan anda dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
4. Elakkan Snek dan Pilih Makanan yang Berkhasiat
Bak kata pepatah, ‘you are what you eat’, apa yang kita makan akan mempengaruhi kesihatan kita secara langsung. Kali seterusnya anda rasa ingin mencapai snek yang tidak sihat, cuba pilih pilihan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan atau kekacang. Makanan yang lebih semulajadi bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga lebih mengenyangkan. Pastikan dapur anda mempunyai yogurt dan mentega kacang yang kedua-duanya padat dengan nutrien dan protein. Dengan memilih makanan yang lebih berkhasiat, ia bukan sahaja memanfaatkan kesihatan fizikal dan melancarkan sistem pencernaan, tetapi juga akan membuat anda berasa lebih bertenaga sepanjang hari.
5. Kurangkan Merungut dan Mula Menulis Jurnal
Apabila segala yang dirancang tidak menjadi, memang mudah untuk fokus pada yang negatif. Setiap kali anda rasa tertekan dengan emosi negatif dan mendapati diri anda dalam pemikiran sinis, luangkan sedikit masa untuk menulis dalam jurnal kesyukuran anda dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda syukuri – sama ada peluang untuk menikmati makanan kegemaran, meluangkan masa bersama rakan terdekat, atau peluang untuk tidur lena. Amalan mudah ini dapat membantu mengalihkan fokus anda kepada nikmat hidup yang menggembirakan sambil memupuk sikap bersyukur.
6. Kurangkan Multitasking
Dalam dunia yang serba pantas hari ini, multitasking dianggap sebagai satu keperluan untuk mengekalkan produktiviti, tetapi ia sebenarnya boleh meningkatkan lagi tahap tekanan kita. Untuk mengurangkan tabiat ini, menangani beberapa tugas secara serentak, cubalah memberi tumpuan anda pada tugas harian mengikut keutamaan. Dengan fokus yang tertumpu pada setiap tugasan, anda bukan sahaja boleh menyiapkannya tanpa gangguan, tetapi juga dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan perasaan tertekan.
7. Utamakan Tidur yang Cukup
Bekerja hingga larut malam bukanlah satu tabiat yang sihat. Apabila letih, anda lebih cenderung melakukan kesilapan atau menghasilkan kerja yang kurang baik. Sebaliknya, amalkan tabiat tidur awal dan selesaikan tugasan pada keesokan hari setelah mendapatkan rehat yang cukup. Rutin tidur yang sihat juga penting untuk meningkatkan kualiti tidur anda. Ketepikan peranti dan mainkan muzik yang menenangkan atau bermeditasi sebelum tidur. Mengutamakan tidur yang cukup adalah salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
8. Fikir Sebelum Bertindak
Bertindak secara impulsif boleh menyebabkan keputusan tergesa-gesa yang membawa kepada tekanan, konflik, dan kerosakan yang mungkin berkekalan. Apabila anda mendapati diri anda berada dalam keadaan yang tertekan, tarik nafas panjang untuk mengelakkan diri daripada melakukan tindakan impulsif. Dalam keadaan sensitif, pastikan anda menilai situasi terlebih dahulu dan ambil masa yang diperlukan untuk bertindak. Dengan tidak tergesa-gesa, anda boleh berinteraksi dengan lebih baik dan berasa lebih tenang.
9. Jangan Berbelanja Sambil Lewa, Buatlah Pembelian yang Lebih Bijak
Membeli-belah boleh merupakan satu ganjaran untuk diri sendiri, atau self-reward, tetapi dengan pelbagai kedai dan platform yang menawarkan pelbagai jualan dan promosi yang menjanjikan nilai terbaik, memang mudah untuk kita sebagai pengguna berasa kehilangan dan terharu. Syukurlah ada beberapa perubahan bijak yang boleh anda lakukan untuk berbelanja secara cekap supaya dijamin kepuasan pembelian yang berkekalan.
Pada 9.9 ini, pilihlah jualan yang lebih baik iaitu Jualan Jenama Hebat 9.9 Lazada! Bermula 8 September (8 malam) hingga 11 September 2024, jualan ini dipenuhi dengan tawaran hebat pada jenama antarabangsa dan tempatan yang menanti anda dengan diskaun sehingga 90%. Tingkatkan penjimatan dengan baucar, penghantaran percuma, LazCoins, dan banyak lagi apabila anda membeli-belah sempena jualan Lazada September ini!