Pertempuran Bermula! Yoodo Bawakan PUBG Mobile Campus Championship 2021

Gamer Kampus bakal beraksi untuk merebut hadiah bernilai RM60,000

15 OCTOBER 2021, KUALA LUMPUR – Siap sedia untuk beraksi! Yoodo –perkhidmatan mudah alih digital 100 peratus pertama di Malaysia – sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile untuk menganjurkan PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) edisi 2021 dengan hadiah keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi!

Kejohanan khas untuk pelajar pengajian tinggi tersebut turut disokong oleh Rakan Telefon Pintar Rasmi, Xiaomi; Rakan Rasmi, Viu; dan Rakan Corn Strips Rasmi, Mission Foods. PMCC 2021 dijangka akan menarik lebih 1,000 pelajar kolej dan universiti dari seluruh Malaysia. Mereka akan bertarung dalam pertempuran maya yang penuh aksi untuk merebut hadiah wang terkumpul, slot wildcard untuk penyertaan automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022, serta kredit dan barangan eksklusif Yoodo.

“Kami berbesar hati dapat melancarkan PMCC 2021 bersama PUBG MOBILE dan rakan-rakan rasmi untuk menyokong bakat muda tempatan,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan cabaran pandamik ini, e-sukan secara uniknya telah membuktikan bahawa ia bukan sahaja mampu bertahan, malah terus berkembang dengan pesat. Sebagai peneraju syarikat telekomunikasi digital di Malaysia yang sentiasa ingin mencungkil bakat baharu, Yoodo sedia melakukan inisiatif untuk memartabatkan komuniti e-sukan serta bakat-bakat baharu ke arah peringkat yang lebih tinggi.”

“Kami sangat teruja untuk membawakan aksi-aksi hangat PUBG Mobile kepada pelajar-pelajar Malaysia bersama rakan kami, Yoodo,” ujar Gaga Li, Ketua Esports Tencent Malaysia. “Tencent dan Yoodo sama-sama berkongsi minat dan dedikasi dalam arena e-sukan. Kami bangga dapat bekerjasama dengan Yoodo untuk melancarkan PMCC 2021 dan kami mengharapkan satu lagi kejohanan yang menarik dan berjaya tahun ini.”

PMCC tahun ini juga menyaksikan Caster Search Yoodo yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2020 kembali pada tahun ini. Inisiatif ini memberi peluang kepada para pengulas yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka dan memulakan karier masing-masing dalam bidang e-sukan, dan dalam masa yang sama turut menyokong matlamat utama Yoodo untuk memupuk bakat rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja! Yoodo turut menyokong bakat tempatan dengan pencarian duta kampus PMCC 2021 – segmen pencarian bakat baharu dalam usaha mencari mereka yang layak untuk menjadi duta kejohanan tersebut. Pelajar-pelajar berbakat yang memenuhi ciri-ciri sebagai ikon PMCC 2021 boleh menghantar penyertaan melalui video pengenalan untuk disenaraikan.

Sementara itu, para gamer yang terdiri daripada pelajar akan bertarung dalam di medan pertempuran melalui sessi kelayakan yang akan berlangsung di antara 30 Oktober – 14 November 2021. Lima pasukan yang layak akan terus bertarung mengikut zon-zon seperti berikut:

  • Kawasan Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya)
  • Selatan (Melaka Negeri Sembilan, Johor)
  • Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Borneo (Sabah, Sarawak Labuan)

Dari sini, 16 pasukan teratas dan terbaik negara akan bertempur di pertandingan akhir PMCC 2021 pada 20 – 21 November 2021. Para peminat boleh menyaksikan aksi pertempuran di skrin masing-masing kerana kejohanan ini akan disiarkan secara digital pada 30 Oktober (kelayakan Borneo), 31 Oktober (kelayakan Timur), 5 November (kelayakan Utara), 6 November (kelayakan Selatan), 7 November (kelayakan Kawasan Tengah), 13 – 14 November (Liga PMCC) dan 20 – 21 November (pertandingan akhir PMCC) di laman Facebook Yoodo Esports.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, PMCC mendapat sambutan dan sokongan luar biasa dari seluruh pelosok negara,” sambung Tuck Mun. “Kami bangga dapat mengembalikan kejohanan yang disukai oleh pelajar Malaysia dan menjadikan e-sukan lebih kompetitif dan lebih mudah diakses oleh bakat muda bersama rakan kongsi berprestij Tencent dan XiaoMi. Kami tidak sabar untuk menyaksikan pertempuran yang sengit di antara peserta-peserta untuk merebut gelaran juara PMCC 2021!”

Pendaftaran untuk PMCC 2021 kini dibuka. Para pelajar boleh mendaftar dihttp://www.yoodo.com.my/pmcc2021.

© 2024 BlackButterfly DesignArts