Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas MeraikanWarisan Budaya Tak Ketara Malaysia

Ganjaran Bernilai Lebih RM80k disampaikan kepada 24 Pelajar

Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 – Pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi Malaysia, artis kontemporari terkemuka, para pendidik, dan pakar warisan serta  kuratorial telah berkumpul bagi menyaksikan majlis penyampaian hadiah pemenang tahun ini di Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas majlis yang diadakan petang tadi bertempat di hotel Element Kuala Lumpur.

Komponen yang telah lama dilaksanakan dalam program tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Usaha Tegas, Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas ini diadakan setiap tahun bagi menjemput bakat-bakat muda dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta Malaysia untuk menghantar karya seni mereka merentasi lima kategori – lukisan minyak dan akrilik, media campuran, seni cetak, lukisan arang/pensel/dakwat dan cat air – mengikut  tema yang telah ditetapkan berkaitan dengan warisan budaya.

Sebagai penandaan pertandingan edisi yang kedua puluh dua, pertandingan bagi tahun ini yang bertemakan “Warisan Budaya Malaysia Tidak Ketara” telah berjaya menarik sebanyak 235 penyertaan oleh pelajar melebihi dari 30 institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian pada majlis penyampaian hadiah, Pengarah UTSB Management Sdn Bhd, Encik Shaharul Rezza Bin Hassan berkata, ”Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas mula ditubuhkan pada tahun 2001, sejajar dengan kepercayaan organisasi kami terhadap peranan penting seni dan kepelbagaian warisan budaya kita sebagai masyarakat majmuk. Pertandingan ini telah menjadi platform tahunan yang diraikan untuk menggalakkan, mengiktiraf dan mempromosikan bakat artis-artis muda Malaysia yang bercita-cita tinggi, selain mewujudkan repositori penting karya seni kontemporari yang mencerminkan warisan budaya Malaysia yang unik, kaya dan dinamik melalui kaca mata mereka.”

Tambah beliau lagi, “Pertandingan tahun ini menjemput pelajar untuk menghantar karya seni di bawah tema yang lebih khusus iaitu ‘Warisan Budaya Malaysia Tidak Ketara’ dan karya-karya pemenang bukan sahaja mengabadikan lambang kekayaan tradisi budaya yang mudah dilihat dan dikenali dari seluruh negara kita, tetapi juga usaha, kebijaksanaan dan kisah ibu bapa, datuk nenek dan nenek moyang kita, selain warisan alam sekitar semula jadi yang kita kongsikan bersama.”

Panel hakim Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas tahun ini diketuai oleh seniman seni cetak, Encik Juhari Said, Ketua Seni Halus di Institut Seni Malaysia dan artis pelbagai disiplin, Cik Bibi Chew, ahli pemuliharaan bangunan warisan berpusat di Pulau Pinang, Ar. Parama Nathan dan kurator kanan Balai Seni Lukis Negara, Encik Syahrul Niza.

Mengulas mengenai pertandingan tahun ini, Encik Juhari Said menyatakan, “Dalam seni, apa yang sangat penting ialah idea dan emosi, dan itulah yang kami cari. Penyertaan yang menang pada tahun ini menunjukkan pemahaman tentang warisan tidak ketara, tentang yang tidak material – bahawa ia bukan tentang sesuatu yang anda boleh sentuh, rasa atau beli, tetapi sesuatu yang kita warisi daripada keluarga kita, sejarah kita, yang boleh kitab boleh majukan ke hadapan.”

Cik Bibi Chew menambah, “Ramai generasi muda tidak melihat kepentingan warisan, mereka cenderung kepada subkultur. Tetapi seseorang perlu berkembang dengan mengetahui latar belakang mereka, akar dan didikan mereka. Masyarakat memainkan peranan penting melalui institusi pendidikan dalam mendedahkan generasi muda kepada warisan mereka dengan memberikan pengetahuan dan bimbingan, jadi kami berharap Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas, sebagai satu-satunya pertandingan yang menitikberatkan tema ini, dapat meneruskan usaha baik mereka bekerjasama dengan sektor pendidikan.”

Membincangkan hubungan antara seni dan warisan, Ar. Parama Nathan menghuraikan, “Seni adalah jiwa budaya dan tamadun kita – mereka tidak boleh dipisahkan. Namun hari ini terdapat percanggahan antara seni dan cara hidup kita. Pertandingan seperti ini membantu mengembalikan seni ke dalam kehidupan seharian kita dengan mewujudkan kesedaran tentang bagaimana seni dahulunya merupakan sebahagian daripada gaya hidup tradisional kita.”

Mengenai peranan penting pertandingan, Encik Syahrul Niza berkata, “Pertandingan seni seperti yang dianjurkan oleh Usaha Tegas ini memainkan peranan penting dalam mencabar pelajar seni Malaysia untuk mengasah kemahiran yang akan membantu mereka maju ke peringkat profesional. Dengan berbuat demikian, mereka juga memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan seni Malaysia.”

Pada tahun ini, hadiah tempat pertama dalam kategori Cat Minyak dan Akrilik dianugerahkan kepada karya bertajuk ‘Dulang Opah’ oleh Nurain Fatini Binti Abdul Jalil dari UITM; ‘Alternative Performer’ oleh Lye Heng Jing dari Akademi ATEC (New School of Media Design) dalam kategori Media Campuran; ‘Majlis Khatam Quran Nostalgia’ oleh Norfatihah Binti Yusof dari Universiti Sains Malaysia dalam kategori Seni Cetakan; ‘Penunggu’ oleh Wan Atiqa Ramli dari UITM dalam kategori Lukisan Arang/Pensil/Dakwat dan ‘Pusaka’ oleh Kua Wei Lun dari The One Academy KL dalam kategori Cat Air, dengan masing-masing menerima wang berjumlah RM 8,000.00. Pemenang tempat kedua, ketiga dan saguhati masing-masing menerima RM 3,000.00, RM 2,000.00 dan RM 500.00.

Dianjurkan setiap tahun sejak 2001, Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas kekal sebagai salah satu pertandingan yang terlama di negara ini, dan juga terbuka kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi dan mengundang penyertaan bagi  menyelami warisan budaya Malaysia yang kaya. Setelah memupuk kerjasama kukuh dengan institusi-institusi pengajian tinggi awam di Malaysia, pertandingan tahun ini menerima sambutan sebanyak 235 penyertaan merentasi 5 kategori yang terdiri daripada 32 institusi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas sila layari:

www.instagram.com/utheritageartcompetition/ or linktr.ee/utheritage.

Pertandingan Seni Lukis Warisan Usaha Tegas MeraikanWarisan Budaya Tak Ketara Malaysia – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts