Persatuan Kebajikan Marrybrown Menyumbangkan Makanan Bernilai Lebih RM5,000 Kepada Pelbagai Pertubuhan Wanita Sempena IWD

Marrybrown memperkasakan organisasi yang memperjuangkan #EmbraceEquity untuk wanita sempena Hari Wanita Sedunia.

Kuala Lumpur, 10 Mac 2023   Selaras dengan Hari Wanita Sedunia tahun ini, Marrybrown Malaysia komited terhadap #EmbraceEquity kepada masyarakat yang kurang mendapat perhatian dengan menyumbangkan makanan Marrybrown bernilai lebih RM5,000 kepada pelbagai organisasi di seluruh Lembah Klang dan Johor, iaitu Perkhidmatan Sosial Pembangunan Komuniti Daerah Gombak (PSPK); Badan Kebajikan Ti-Ratana; Women Aid Organisation; Women of Will; Persatuan Kebajikan Bayt Al-Rahmah; Exodus Shelter dan Pusat Komuniti I Care.

Tidak dinafikan bahawa kesamaan wanita telah mencapai tahap kemuncak, di mana majoriti wanita berjaya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, bekerja, naik pangkat dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, masih ada segelintir yang tidak berpeluang kerana rintangan yang terpaksa dilalui. Dengan kepercayaan bahawa Wanita Boleh, sekali lagi Marrybrown, sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia telah mendekati beberapa organisasi untuk membantu golongan wanita yang teraniaya serta memperkasa semula kehidupan mereka.

Persatuan Kebajikan Marrybrown Menyumbangkan Makanan Bernilai Lebih RM5,000 Kepada Pelbagai Pertubuhan Wanita Sempena IWD
With the belief of ‘Women Boleh’, Marrybrown hopes to empower underserved women from these women-focused organisations with support and encouragement.

Menurut Datin Nancy Liew, Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Marrybrown, kesaksamaan dan persamaan jantina adalah sama penting kerana tanpa kesaksamaan, persamaan sukar dicapai. Datin Nancy berkongsi pengalaman peribadinya, di mana peluang yang diberikan membolehkan beliau berjaya berdepan dengan cabaran sehingga memperolehi kejayaan dan pencapaian di Marrybrown. Semenjak penubuhan lebih dari 40 tahun lalu, ianya sudah menjadi intipati syarikat dalam mengamalkan persamaan dan kesaksamaan jantina iaitu melalui peluang pekerjaan dan beberapa sistem bantuan yang lain selaras dengan perkembangan perniagaan mereka di seluruh dunia. Katanya, melalui Persatuan Kebajikan Marrybrown, ia telah berhasil membantu golongan wanita yang memerlukan.

“Amat penting untuk memahami erti kesaksamaan pada masa kini, supaya wanita boleh mengambil peluang efektif untuk menimba ilmu, lebih berpengetahuan dan memperkasakan wanita di mata dunia. Kami berbangga dengan semua organisasi yang terlibat, terutamanya penglibatan mereka kepada golongan wanita yang terpinggir dan juga kepada mereka yang tidak mendapat hak sama rata seperti wanita lain secara umumnya. Malah organisasi ini sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dalam membantu menjaga hal ehwal mereka. Kami di Marrybrown berharap dapat memainkan peranan untuk menjadi rakan dalam meneruskan budaya kesaksamaan dan hasilnya ia dapat memperkayakan dunia serta menyumbang kejayaan pada tahun mendatang,” kongsi Datin Nancy.

Marrybrown sampai hari ini telah melayani jutaan pelanggan dan mempunyai lebih dari 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai yang tertinggi untuk pengalaman makan yang terunggul.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari: 

Website: https://marrybrown.com/ 

MB App: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

© 2023 BlackButterfly DesignArts